OMAR KASEH DILANTIK KETUA PENGARAH MAMPU YANG BAHARU

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk

Omar Kaseh dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri mulai 1 Jun

ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan Omar

adalah bagi menggantikan Datuk Mohamad Zabidi Zainal yang dilantik sebagai Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam mulai 15 Mac lepas.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki oleh

Omar akan membolehkan beliau menerajui Mampu dan melaksanakan tanggungjawab

dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam usaha memacu pemodenan

Perkhidmatan Awam bagi memastikan agenda transformasi negara dapat dilaksanakan

secara menyeluruh dan berterusan ke arah menyediakan perkhidmatan terbaik kepada

rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Omar, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti

Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Luar Bandar dan Sumber dari

Universiti Aberdeen, United Kingdom menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai

Tadbir dan Diplomatik pada 26 Nov 1979.

Beliau berpengalaman dalam bidang perancangan dan pengurusan sumber manusia,

pentadbiran dan kewangan serta pengurusan pembangunan daerah dan kerajaan

tempatan.

Omar dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mulai 26 Mei 2008,

dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Saraan, Wang

Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan; Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif, Perbadanan Labuan, Kementerian Kewangan; Pengarah, Bahagian

Pengurusan, Jabatan Kebajikan Masyarakat; Timbalan Pengarah, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Perpaduan Negara; Ketua Penolong Pegawai

Daerah Klang dan Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri.

-- BERNAMA

NAN KHY NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …