Orang Sulu: Usah bawa perang ke sini

Kumpulan masyarakat Sulu tempatan diselubungi gerun dan bimbang ketika pasukan keselamatan kini menggempur penceroboh Sulu di Kampung Tanduo sejauh kira-kira 15km dari kediaman mereka.

Golongan ini merupakan penduduk Kampung Batu-Batu yang terdiri daripada masyarakat Sulu dan Bajau yang meraih pendapatan daripada kerja-kerja perikanan dan pertanian.

Masyarakat Suluk di sini menyatakan bahawa kesetiaan mereka terletak pada tanah yang didiami mereka sejak lebih 40 tahun lalu - lebih lama sebelum kemasukan peneroka Felda.

Felda Sahabat yang merupakan sebahagian daripada program penempatan semula golongan miskin luar bandar ke kawasan pembangunan baru ditubuhkan pada 1980.

Pasukan keselamatan di sini juga nampaknya tidak menghiraukan penduduk kampung berkenaan ketika menjalankan operasi mereka ke atas penceroboh, termasuk pasukan anggota pasukan gerakan am.

Kem pasukan tersebut terletak bersebelahan dengan Kampung Batu-Batu.

"Kami tiada hubungan dengan sultan Sulu, kami sudah tinggal di sini sejak sekian lama... Kami tiada keinginan lain selain untuk tinggal di sini," kata Monayara Aligarah, 61, ketika ditanya sama ada golongan Suluk akan menerima seorang sultan Sulu.

Beliau merupakan salah seorang anggota masyarakat Suluk yang mula-mula masuk ke Felda Sahabat.

Monayara, seperti kebanyakan penduduk lain di kampung yang dihuni 200 orang itu, berasal dari Zamboanga City, Mindanao di selatan Filipina.

Manoyara meninggalkan tempat itu bersama bakal suaminya, Jadung Birong dan 10 orang yang lain ketika perang saudara meletus di antara pasukan kerajaan Filipina dan Moro National Liberation Front (MNLF) pada tahun 1970-an.

"Kami naik bot yang berdagang sayur dan ubi menuju ke Sabah dan mendarat di Semporna," katanya.

Beliau kemudiannya menerima pas IMM13 - dokumen untuk pelarian - dari kerajaan Malaysia sebelum kumpulan itu mengambil haluan masing-masing.

"Kami memutuskan untuk ke Lahad Datu kerana tidak seperti Semporna, selain dari menangkap ikan ada juga tanah untuk bertani," katanya.

Manoyara berkata beliau tidak dapat mengingati bilakah beliau meninggalkan Filipina namun katanya beliau tiba di tapak berkenaan pada tahun 1974.

"Sebaik tiba, kami mengumpulkan kayu dan daun nipah untuk bina rumah. Saya kemudiannya berkahwin dan sejak itu terus tinggal di sini.

Monayara berkata beliau tidak bersetuju dengan penceroboh Sulu berkenaan.

"Saya lari dari Zamboanga untuk menyelamatkan diri dari peperangan, namun sekarang orang ini cuba membawa perang ke sini.

"Kami tidak mahu kembali, kami tiada tanah di sana (selatan Filipina). Kami juga tidak mahu ke tempat mereka (penceroboh Sulu) untuk menuntut tanah mereka sebagai milik kami.

"Kami cuma mahu anak kami membesar dengan kad pengenalan (menjadi rakyat Malaysia) supaya nanti mereka boleh beli tanah," kata ibu kepada enam anak itu.

Beliau menambah, kesemua anaknya sudah besar dan kini bekerja dengan Felda yang memberi kehidupan sederhana dan selesa.

[Baca berita penuh]

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …