Pegawai bank ditembak mati pengawal keselamatan yang merompak

Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.
Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu. – 23 Oktober, 2013.