Advertisement

Pejabat JPJ seluruh negara beroperasi Jumaat dan Sabtu ini

Kadar bayaran lesen memandu kekal

Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan akan beroperasi Jumaat dan Sabtu ini bagi menyelesaikan permohonan urusan jabatan itu yang tertangguh ekoran peralihan sistem SIKAP ke sistem mySIKAP.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pejabat JPJ dan cawangan di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan yang sepatutnya tutup kerana cuti mingguan esok akan buka seperti biasa manakala pejabat JPJ negeri dan cawangan lain akan beroperasi Sabtu ini.

Waktu perkhidmatan kaunter JPJ negeri dan cawangan akan beroperasi seperti biasa bermula 7.45 pagi bagi semua perkhidmatan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan perkara itu diedarkan kepada semua pengarah JPJ negeri dan ketua cawangan di seluruh negara pada hari ini cawangan di seluruh negara. - Bernama, 28 November, 2013.