Pekerjaan pra-glamor selebriti

  • It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama
    It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama

    Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was up to the president of the United States whether to see opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim or not. "It is his (Obama) right, up to him who he wants to see, he does not even want to see me, a former prime minister," Dr Mahathir (pic) told reporters in Putrajaya today. He was... …

  • Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say
    Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say

    GEORGE TOWN, April 24 — Analysts believe that Barisan Nasional (BN) does not stand a fighting chance in Bukit Gelugor, and even said it may not be worth the ruling pact’s time to contest the seat... …

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

Mereka mungkin bintang yang terkenal dan memiliki aset dan harta bernilai jutaan dolar. Namun tidak semua artis bermula sebagai orang kaya.

Seperti orang lain, ada di antara mereka yang memulakan hidup mereka dengan pekerjaan yang tidak membanggakan, malah ada yang lebih teruk teruk daripada itu.

Kami senaraikan pekerjaan pra-glamor selebriti ini sebelum bergelar bintang dalam industry sehingga dikenali ramai.

JON HAMM, Pelakon, Penerbit...
...dan bekas PEREKA SET FILEM LUCAH

Dia mungkin eksekutif pengiklanan yang kacak menawan Don Draper dalam "Mad Men", namun sebelum dia menjadi idaman setiap wanita, dia pernah bekerja dikelilingi 'wanita idaman'.

Sekalipun Jon Hamm cuba mempertahankan kerja lamanya dengan mengatakan ia tidak seteruk itu dan masih dianggap 'jenis halus' genre itu, yang jelasnya dia adalah bekas pereka set filem lucah.

Namun begitu, Hamm masih menganggap kerjayanya itu satu pekerjaan yang sangat menyedihkan. Dia menerimanya kerana ketika itu dia masih lagi pelakon yang sedang merangkak dalam industri dan hidup susah.

Jelas Hamm, "Tugas asas saya ialah untuk mereka set dan membetulkan kedudukan perabot di keliling pelakon-pelakon yang sedang berbogel. Bukan kerja yang bermakna tetapi saya perlukan duit."

FLO RIDA, Penyanyi Rap, Pencipta Lagu, Pelakon...
...dan bekas PENGUTIP SAMPAH

Ketika dia masih lagi seorang pemuzik rap yang tidak dikenali dan menghasilkan muziknya secara amatur, Flo Rida menyara kehidupannya dengan bekerja syif malam di Hotel MGM Grand Casino di Las Vegas.

Sementara orang lain sibuk menghabiskan wang di mesin dan kaunter perjudian, penyanyi lagu "Wild Ones" ini pula menghabiskan masanya mengutip semua sampah-sarap orang lain. Jelasnya, adakalanya dia akan menemui barangan berharga dalam sampah orang lain.

Ironik kerana kini peminat pula sanggup menyelongkar sampahnya untuk mencari sesuatu yang berharga untuk dijadikan kenangan!

KELLY CLARKSON, Penyanyi, Penulis Lirik, Penerbit...
...dan bekas PENJUAL PENYEDUT HAMPAGAS

Hampir kebanyakan mereka yang menyertai 'American Idol' merupakan orang biasa yang idamkan hidup glamor sebagai seorang artis. Begitu juga dengan pemenang pertama pertandingan tersebut, Kelly Clarkson.

Dia telah melakukan begitu banyak kerja sebelum menjadi penyanyi tetapi kerjayanya yang dianggap paling teruk adalah sebagai penjual dan telefonis pemasaran produk penyedut hampagas di Fort Worth, Texas.

Jelas Clarkson, dia tidak pernah berjaya menjadi penjual terbaik kerana dia terlalu malu untuk menjual dari pintu ke pintu.

P. DIDDY, Penyanyi Rap, Ahli perniagaan, Penerbit...
... dan bekas TUKANG CUCI TANDAS

Sebelum dia menempa namanya sebagai satu daripada pemuzik rap yang terhormat di Amerika Syarikat, anak kepada rakan gangster Frank Lucas, Melvin Combs ini pernah membuat pelbagai kerja sambilan ketika sedang meningkat dewasa, termasuk pekerjaan di restoran makanan Mexico, El Torito di mana P. Diddy diberikan tugas yang paling 'disukai' ramai iaitu mencuci tandas.

Namun, sudah menjadi sifat Diddy yang sangat yakin dengan semua perkara yang dilakukannya, dia mengakui bahawa dia merupakan tukang cuci yang terbaik yang pernah wujud!

FAITH HILL, Penyanyi, Penulis Lirik, Pemuzik, Penerbit, Pelakon...
...dan bekas TUKANG MASAK DI MCDONALD'S

Seperti remaja lain, Faith Hill mencari wang tambahan dengan bekerja di McDonald's.

Namun seperti remaja lain, dia juga membenci kerjayanya terutama sekali dalam bab memasak daging burger.

Hill kemudiannya berpindah ke Nashville dan bekerja di pejabat sebuah syarikat penerbitan muzik sebelum syarikat itu sendiri menyedari bakat yang dimilikinya. Kini Hill adalah salah seorang penyanyi wanita country terkenal di seluruh dunia.

TINA FEY, Pelakon, Pelawak, Penulis, Produser, Pemuzik...
...dan bekas PEMBANTU GIMNASIUM

Liz Lemon, watak Tina Fey dalam "30 Rock" sangat benci untuk bersenam. Tetapi Fey yang sebenar pernah menyara hidupnya ketika baru tamat belajar dengan bekerja di gimnasium.

Bintang komedi terkenal ini pernah menjadi penyambut tetamu di sebuah gimnasium YMCA di Evanston, Illinois.

Namun begitu, tugasnya bukan sekadar menyambut tetamu. Dia juga perlu menyediakan dan melipat tuala, membetulkan lampu dan melayan kerenah pengguna gimnasium.

Semuanya dilakukan dengan penuh sabar sementara dia menimba ilmu dalam bidang improvisasi dan membolehkan dia menjadi wanita pertama yang dinaikkan ke jawatan ketua penulis untuk rancangan komedi terkenal Amerika Syarikat, "Saturday Night Live".

STING, Pemuzik, Penyanyi, Penerbit...
...dan bekas KERANI CUKAI

Mungkin kerjaya tersebut merupakan pekerjaan yang normal bagi orang lain. Namun bagi Sting (atau nama sebenarnya Gordon Matthew Thomas Sumner) yang lebih menyukai muzik dan kebebasan berkarya, pekerjaannya sebagai kerani cukai di Manchester dianggapkan sebagai satu pekerjaan yang membunuh jiwanya.

Namun begitu, sekalipun kerja tersebut dianggap yang paling dibencinya, Sting juga pernah bekerja sebagai konduktor bas, buruh binaan dan guru sebelum dia menempa namanya dalam bidang muzik bersama The Police.

OZZY OSBOURNE, Pemuzik, Penulis Lirik, Vokalis Black Sabbath...
...dan bekas TUKANG SEMBELIH

Ya, sebelum dia menggegarkan dunia dengan kontroversi kerana memakan kepala kelawar hidup di atas pentas konsertnya, Ozzy Osbourne telah pun menggegarkan dunia haiwan ternakan dengan kerjayanya sebagai penyembelih di sebuah rumah penyembelihan di United Kingdom.

Tugas Osbourne? Menyembelih lembu dan dia melakukannya selama dua tahun. Mungkin itu yang menyebabkan Osbourne kini memilih gaya hidup seorang vegetarian?

Oh, jangan lupa. Dia juga pernah secara tidak sengaja terpotong ibu jarinya ketika bekerja sebagai pembantu tukang paip.

Ozzy Osbourne sememangnya tidak boleh hidup tanpa menumpahkan darah.

WHOOPI GOLDBERG, Pelakon, Pelawak, DJ, Personaliti TV, Penulis, Produser, Bintang Broadway, Penyanyi, Aktivis...
...dan bekas JURUSOLEK/PENDANDAN MAYAT

Kini dia seorang bintang EGOT (selebriti yang pernah memenangi Anugerah Emmy, Grammy, Academy dan Tony) yang memiliki rombongan jurugaya, jurusolek dan pegawai publisiti sendiri.

Namun suatu masa dahulu, Whoopi Goldberg perlu melakukan solekannya sendiri dan juga menyara hidupnya dengan menyolek orang lain... yang sudah mati.

Ya, beliau merupakan seorang jurusolek mayat dan dia memilih bidang tersebut sebagai kerjaya sambilan sementara dia cuba mendapatkan banyak tawaran persembahan komedi sebanyak yang dia mampu.

KURT COBAIN, Pemuzik, Penulis Lirik, Vokalis Nirvana...
...dan bekas PENJAGA BANGUNAN

Pemuzik paling ikonik 90-an ini mungkin terkenal sebagai satu daripada pelopor muzik grunge ketika masih hidup.

Namun begitu, tidak sukar untuk membayangkan Cobain memiliki kerjaya yang lebih sederhana daripada bidang muzik, apatah lagi kesetiaannya pada gaya selekeh itu tidak menyukarkan anda membayangkan dirinya sebagai penjaga bangunan.

Jelas pemain bass Nirvana, Krist Novoselic, Cobain mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penjaga bangunan melalui Syarikat Penjagaan Lemon demi mencari wang untuk menghasilkan demo.

Jadi kesimpulannya, upahnya sebagai penjaga bangunanlah yang membolehkan anda menikmati muzik grunge dan menyanyikan lagu "Smell Like Teen Spirit" di pusat karaoke sekarang.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily news updates.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …