PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA DIGESA REBUT PELUANG INSENTIF BELANJAWAN 2013

MELAKA, 30 Sept (Bernama) -- Pelajar institusi pendidikan Majlis Amanah

Rakyat (Mara) diminta merebut peluang atas pelbagai insentif yang diumumkan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013,

Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata

pelajar khususnya dalam bidang kemahiran perlu lebih inovatif dan kreatif bagi

meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Sebagai contoh katanya pelajar dalam bidang automotif boleh merebut peluang

menjadi usahawan dalam bidang berkenaan melalui dana yang diwujudkan kerajaan.

"Kita mahu pelajar di bawah Mara menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk

dibawa ke satu tahap lebih tinggi, bukan sekadar menjadi pekerja yang boleh

membaiki kereta di bengkel-bengkel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan

IPMArace di Melaka International Motosports Circuit di sini, hari ini.

Sebanyak 27 pasukan daripada institusi pendidikan Mara dan institusi

pengajian tinggi tempatan menyertai perlumbaan bertujuan memberi peluang kepada

pelajar mengaplikasi kemahiran teknikal dalam menghasilkan jentera lumba.

-- LAGI

MARA-BELANJAWAN 2 (AKHIR) MELAKA

Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013 melancarkan pertandingan ''Lautan Biru

1Malaysia For Youth'' atau 1M4U bagi golongan belia mempersembah idea kreatif dan

inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.

Bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi

(ICT), sebuah yayasan dengan nama ''New Entrepreneur Foundation'' akan ditubuhkan

dengan peruntukan permulaan RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan selain

''Young Entrepreneur Fund'' juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta,

disediakan SME Bank.

Dana pinjaman mudah alih itu bagi belia berumur 30 tahun ke bawah dengan

subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak

RM100 ribu serta bayaran balik, selama tujuh tahun.

Dalam pada itu, Hasan turut meminta tenaga pengajar di institusi pendidikan

Mara agar membantu para pelajar dengan memberi galakan dan bimbingan bagi

membolehkan mereka mencapai cita-cita.

-- BERNAMA

KIA KIA RAM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …