Pelancong terperangkap di Taman Negara dibawa keluar guna bot

Banjir: 5 pusat pemindahan baharu dibuka

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menghantar 4 bot pagi tadi untuk menyelamatkan 102 pelancong termasuk 20 rakyat tempatan yang terperangkap di sebuah resot di Taman Negara Kuala Tahan.

Pegawai Daerah Jerantut, Ali Syahbana Sabaruddin merangkap pengerusi jawatankuasa operasi menyelamat berkata bekalan makanan turut dihantar.

“Semua pelancong berkenaan didapati selamat dan mereka akan dibawa dengan bot ke pusat pemindahan banjir di Kuala Tahan sebelum dibawa menaiki helikopter ke bandar Jerantut," katanya.

Beliau berkata pelancong itu yang terputus bekalan makanan turut diberi bantuan makanan oleh penduduk tempatan.

Mereka termasuk dari Jerman, Perancis, Kanada dan Republik Chech dijangka tiba di Jerantut selewat-lewatnya petang ini jika cuaca mengizinkan.

Mereka terperangkap setelah paras air Sungai Tembeling naik mendadak. – Bernama, 24 Disember, 2014.