PEMAKANAN SIHAT PADA BULAN RAMADAN PENTING

  • Umno MP apologises for ‘careless’ remarks on Karpal
    Umno MP apologises for ‘careless’ remarks on Karpal

    Umno's Langkawi MP Datuk Nawawi Ahmad, who created a furore on social media for his insensitive remarks about the late Karpal Singh’s death, has finally issued a public apology. "I would like to express my deep remorse and regret on what transpired the last two days about my posting on my private Facebook account pertaining to a status of what... …

  • Pakatan MPs want bigger Parliament in polls boundary redrawing
    Pakatan MPs want bigger Parliament in polls boundary redrawing

    KUALA LUMPUR, April 19 — Pakatan Rakyat (PR) federal lawmakers expressed today their openness to a larger Parliament created in the Election Commission’s (EC) redelineation exercise to ensure... …

  • Karpal a great ‘son of the soil’, PKR’s Wan Azizah says
    Karpal a great ‘son of the soil’, PKR’s Wan Azizah says

    GEORGE TOWN, April 19 — With Karpal Singh’s passing, Malaysia has lost one of its greatest sons, Datuk Seri Dr Wan Azizah said today. The PKR president, who was among the hundreds of people who... …

  • Karpal unflinching in fight for justice, says Kelantan MB
    Karpal unflinching in fight for justice, says Kelantan MB

    GEORGE TOWN, April 19 — Karpal Singh was a fearless leader who did not compromise in his fight for justice, Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yaakob said today. The PAS leader was among the... …

  • Ex-prime minister Abdullah backs Kelantan’s hudud bill
    Ex-prime minister Abdullah backs Kelantan’s hudud bill

    Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi (pic) has come out in support of the PAS-led Kelantan government’s plan to table a Private Members' Bill on hudud in Parliament. “What's wrong if the matter is brought to Parliament?" Bernama quoted him as saying in Putrajaya today. Kelantan had reportedly set up a technical committee to study... …

  • Will Bukit Gelugor seat go from father to son?
    Will Bukit Gelugor seat go from father to son?

    GEORGE TOWN, April 19 — The sudden death of Karpal Singh has also shifted the spotlight on his eldest offspring, Jagdeep Singh Deo, as the likeliest contender to fill in the now vacant Bukit... …

KUALA LUMPUR, xx Ogos (Bernama) -- Bulan Ramadan menyaksikan umat Islam di

seluruh dunia menjalani ibadah puasa, dengan tekun dan penuh ketertiban.

Mereka cuba mengurangkan pergantungan yang keterlaluan terhadap makanan dan

minuman sebaik yang mungkin, berbanding bulan lain.

Berpuasa merupakan satu kewajipan buat umat Islam dan ia berlangsung selama

sebulan.

Umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum antara waktu Mahgrib dan

Imsak, iaitu beberapa minit sebelum azan subuh atau fajar menjelma.

Apakah yang patut terus diamalkan mereka sewaktu berbuka puasa dan bersahur,

di samping menikmati hidangan ‘morei’ di surau dan masjid selepas menunaikan

solat sunat Taraweh?

Wartawan Bernama baru-baru ini berkesempatan bertanyakan cara pemakanan

paling sihat dan tidak memudaratkan kesihatan di bulan Ramadan, daripada seorang

pakar pemakanan yang periang dan masih muda Joan Isabel Baldwin Thomas, dari

Hospital Pantai Kuala Lumpur.

BERBUKA PUASA DI LUAR

Joan tidak menafikan bulan Ramadan di Malaysia sangat meriah malah amat

dikenali dengan promosi makanan sewaktu berbuka puasa yang pelbagai dan ‘mewah’

juadah hidangannya.

Hotel dan restoran mempromosi hidangan yang bermacam-macam jenis pada

harga yang pelbagai; ada yang mahal dan ada juga yang masih berpatutan.

Rata-rata diperhatikan ada menghidangkan berjenis-jenis set makanan lengkap

dengan minuman dan buah tamar serta tidak kurang juga yang menghidangkan pilihan

makanan kaum etnik Malaysia yang pelbagai, termasuk makanan orang Melayu, Cina,

India, serta selera dari Sabah dan Sarawak.

Tidak ketinggalan juga pilihan makanan orang Barat, dari Arab dan

Jepun yang turut disediakan untuk dijamah ketika berbuka puasa.

Di sini turut diperhatikan bukan sahaja mereka yang berpuasa datang berbuka

puasa bersama keluarga tetapi mereka yang bukan Islam juga turun menikmati

makanan yang dihidangkan di meja bufet restoran-restoran ini.

Joan, sambil tersenyum menasihatkan mereka yang memilih untuk berbuka di

luar rumah tidak memakan terlalu banyak makanan yang dihidangkan terutamanya

yang tinggi kandungan kabohidrat dan gulanya.

“Pastikan makanan yang dipilih tidak ditimbunkan atas pinggan

masing-masing. Hati-hati kerana makanan yang diambil secara berlebihan atau

membukit itu boleh mengakibatkan seseorang itu mengambil lebih daripada yang

diperlukan untuk sehari. Kalorinya mungkin melebihi had sepatutnya. Ini mesti

dielakkan,” nasihat Joan lagi.

PILIHAN SELAMAT

Orang yang berpuasa mesti memastikan mereka memakan makanan yang mencukupi

dan sesuai untuk kesihatan mereka pada waktu sahur.

Ini turut akan memastikan ibadah puasa mereka dapat diselesaikan dengan

sempurna setiap hari.

“Makanan yang lengkap perlu ada buah-buahan dan segelas minuman ''malt''

atau susu. Air kopi dan teh elok digantikan dengan minuman ''malt'' ini,”

jelas Joan.

Sebaik-baiknya makanan seperti sandwich atau nasi dengan lauk yang seimbang,

dengan kuantiti sayuran, protin dan kekacang yang merupakan serat untuk

memudahkan lagi proses menghadamkan makanan seseorang itu, dijadikan pilihan.

“Makanlah nasi daripada beras yang kurang kandungan kanjinya seperti beras

basmathi atau jenis yang berwarna perang, Ia lebih menyihatkan. Dua hingga tiga

sudu rata nasi untuk setiap waktu makan disyorkan walaupun pengambilan nasi

perlu dikawal,” tambah Joan sambil merujuk kepada slaid tentang pemakanan

yang telah disediakannya.

Sayur-sayuran pula perlu diambil mengikut sukatan, dalam kuantiti tidak

kurang daripada secawan pada setiap waktu makan.

Joan mengesyorkan sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan labu

selain sayur-sayuran berdaun hijau yang mudah didapati di negara ini.

BUAH-BUAHAN

Penulis pernah terdengar perbualan antara beberapa orang kawan

tentang perlunya seseorang itu menghadkan pengambilan sesetengah

jenis buah-buahn tempatan pada bulan Ramadan.

Adakah buah-buahan yang tertentu boleh mendatangkan kesan yang negatif

kepada seseorang itu?

Bukankah apa yang dimakan atau diminum dalam kesederhanaan tidak

memudaratkan?

Apa kata Joan?

“Saya merasakan buah-buahan seperti dua hingga tiga biji buah tamar atau

sebiji pisang atau buah ciku, buah limau, epal atau satu sudu besar buah kismis

boleh dicampurkan ke dalam bijirin seperti ‘oat’ atau emping jagung, sesuai

untuk dimakan pada waktu sahur. Ia mengenyangkan dan berkhasiat kerana

kandungan serat dan nutriennya mencukupi,” jawab Joan.

Buah-buahan yang disebut Joan ini tidak pula digalakkan dimakan sebagai satu

hidangan bersama-sama tetapi dipilih salah satu daripadanya untuk hidangan pada

waktu sahur atau ketika berbuka.

Untuk waktu berbuka, buah-buahan juga elok dijadikan sebahagian daripada

menu hidangan kerana ia boleh mengelakkan masalah sembelit.

“Sebaiknya dua hingga tiga biji tamar dimakan pada waktu berbuka. Kalau

ingin digantikan dengan sekeping kuih atau sebiji buah ataupun segelas jus

buah-buahan juga boleh dan ia memang digalakkan. Pilihan pembuka hidangan atau

‘appetizer’ ini bergula. Dan ia akan memberi tenaga yang mencukupi semula

setelah sehari menahan diri daripada makan dan minum,” tambah Joan.

Memandangkan bulan Ramadan hanya tinggal beberapa hari lagi, Joan turut

mengingatkan warga Malaysia sekalian agar meneruskan pemakanan yang sihat

apabila berdepan dengan 1 Syawal.

“Kekal dengan pilihan yang sihat, yang memberikan tenaga yang mencukupi dan

diperlukan setiap hari supaya ia tidak disimpan sebagai lemak dalam tubuh

badan. Nanti sukar untuk dipecahkan. Itu yang terbaik dan amat digalakkan

kerana ia boleh memanfaatkan tahap kesihatan seseorang itu dalam jangka

panjang. Pilihlah makanan anda dengan bijak dan pastikan sukatannya tidak

melebihi had pada setiap masa,” kata Joan.

Makanan yang sihat pasti akan memberikan warga Malaysia keceriaan dan

kebahagiaan yang berterusan, selain kehidupan yang penuh bertenaga dan

semangat positif di samping keluarga masing-masing.

-- BERNAMA

HBH PR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user The Malaysian Insider
    Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user

    A Barisan Nasional MP whose Facebook posting poking fun at the death of Karpal Singh shocked Malaysians has again insulted the late DAP leader, this time comparing him to a hostile figure in Islamic history who fought against Prophet Muhammad. Facebook user Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, told The Malaysian Insider that Langkawi MP,... …

  • Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police The Malaysian Insider
    Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police

    Initial investigations have revealed that Karpal Singh’s Toyota Alphard crashed into a five-ton lorry in the accident yesterday that claimed his life and that of his assistant, Perak police said today. State police chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani also dismissed rumours and speculation that the accident was caused by the lorry crashing... …

  • Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy The Malay Mail Online
    Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy

    KUALA LUMPUR, April 18 — A feud is breaking out between former Perkasa vice president Datuk Zulkifli Noordin and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin on Twitter. Told unequivocally by the minister... …