PEMBENIHAN AWAN PERLU DILAKUKAN SEGERA BAGI MENGATASI MASALAH JEREBU- PAKAR

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Langkah pembenihan awan perlu dilaksanakan

segera bagi menangani kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan di selatan

Semenanjung akibat jerebu, kata Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) Jabatan

Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rosaidi Che Abas.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksana jika Bacaan Indeks Pencemaran

Udara (IPU) di kawasan yang dilanda jerebu semakin meruncing dan boleh menjejas

kesihatan penduduk sekitar.

"Kalau tahap jerebu melebihi IPU yang ditetapkan, pembenihan awan perlu

dilakukan bagi mengawal masalah jerebu itu, bagaimanapun, kalau hendak lakukan

pembenihan awan tersebut, perlu lihat keadaan cuaca juga kerana sekiranya

kawasan itu tiada awan, maka sukar untuk melakukan pembenihan awan," katanya

ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, statistik IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat

pukul 5 petang ini menyaksikan lima stesen berada pada tahap baik, 40 pada tahap

sederhana manakala dua stesen, iaitu Bandaraya Melaka (IPU 150) dan Bukit Rambai

di Melaka (IPU 129) mencatat bacaan pada tahap tidak sihat.

Dua stesen di Kota Tinggi (IPU 291) dan Larkin Lama (IPU 219) di Johor pula

mencatat bacaan pada tahap sangat tidak sihat manakala satu stesen di Pasir

Gudang mencatat bacaan IPU 333 iaitu paras bahaya.

-- LAGI

JEREBU-METEOROLOGI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Dr Rosaidi berkata masalah jerebu di beberapa kawasan di selatan negara

merupakan satu masalah serius yang perlu diberi perhatian oleh JAS dan Majlis

Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata MKN dan JAS perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi

masalah itu, termasuk kaedah yang dicadang beliau iaitu melakukan pembenihan

awan bagi menghasilkan hujan.

"Saya yakin jika berlaku masalah jerebu ini, MKN dan JAS sudah ada SOP

(Prosedur Operasi Standard) mereka sendiri, jadi saya yakin mereka ada kaedah

penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi perkara itu," katanya.

Ditanya saranan untuk orang ramai yang tinggal di kawasan dilanda jerebu,

beliau berkata mereka perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa serta mengelak

daripada melakukan aktiviti luar dalam keadaan cuaca tidak sihat itu.

Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup

dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di

Johor dan Melaka.

-- BERNAMA

MAF JM SBB

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …