Advertisement

Pembesar Suara Wireless Speaker Audyssey

Pasaran bagi pembesar suara Bluetooth kelas tinggi adalah kecil sehinggakan jika terdapat peranti baru yang diperkenalkan, ramai akan bercakap mengenainya.

Pembesar suara Audeyssey, diberi nama Wireless Speaker menggunakan sambungan Bluetooth dan komponen yang direka semula untuk memberikan kotak pembesar suara yang unik. Syarikat ini mendakwa yang tak kira jika telefon disambungkan menggunakan kabel audio atau Bluetooth, kualiti bunyi akan tetap sama memastikan ia tajam dan jelas didengari pada setiap masa.

Rekabentuk keseluruhan membolehkan pembesar suara ini disimpan dengan senang. Juga kerana ia menggunakan Bluetooth, hampir kesemua peranti mobil pintar boleh menggunakannya.