Pemimpin akar umbi digesa pertingkat kerjasama dengan kerajaan

Rate of bankruptcy of youths aged 25 and below worrying, says Nancy – Bernama

Pemimpin akar umbi terutama di kawasan luar bandar, digesa mempertingkat kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan rakyat di kawasan masing-masing dapat menikmati pembangunan secara berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (gambar) berkata kerjasama itu amat penting terutama dalam menyalurkan maklumat kepada kerajaan mengenai masalah rakyat, khususnya infrastruktur.

"Kerajaan sentiasa menumpukan pembangunan luar bandar, tetapi ini memerlukan kerjasama erat daripada masyarakat setempat dalam menyuarakan kehendak pembangunan di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam berbuka puasa bersama penduduk Kampung Segama, Batu 8, di Masjid Nurul Ulum malam tadi.

"Pembangunan bukan hanya air, elektrik, jalan raya tetapi merangkumi pelbagai perkara termasuk pembangunan modal insan, sosial dan apa sahaja yang boleh membantu negara melahirkan bijak pandai dalam kalangan rakyat," katanya.

Dalam majlis berkenaan, Nancy turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk dua buah masjid iaitu Masjid Kampung Segama, Batu 8 dan Masjid Kampung Kokos, Lahad Datu. – Bernama, 26 Julai, 2014.