Pemimpin Pakatan Sabah dakwa Dr Mahathir menipu di RCI

  • Muslims not encouraged to use ‘RIP’, says National Fatwa Council
    Muslims not encouraged to use ‘RIP’, says National Fatwa Council

    Hours after the death of Karpal Singh, Muslims were told by the National Fatwa Council today they were not encouraged to use the phrase “Rest in Peace" (RIP) to a non-Muslim because the term had Christian connotations. In a statement issued on its website, www.e-fatwa.gov.my, the National Fatwa Council said Muslims could express their... …

  • Amid furore over Karpal jibe, Perkasa distances itself from Zul Noordin
    Amid furore over Karpal jibe, Perkasa distances itself from Zul Noordin

    KUALA LUMPUR, April 17 — The right wing Malay group, Perkasa, has distanced itself from Datuk Zulkifli Noordin, who had earlier tweeted that the passing of veteran DAP politician Karpal Singh was... …

  • Legacy of the 'Tiger of Jelutong' will endure

    Karpal Singh's story may have come to an abrupt end this morning, but the author of his biography says the legacy of the 'Tiger of Jelutong' will endure in Malaysia, where he was a warrior in the fight for equality and justice. New Zealand journalist Tim Donoghue first met Karpal in Penang in 1987 and spent nearly 30 years researching the biography he wrote on the fearless lawyer and advocate, titled "Karpal Singh - Tiger of Jelutong", which was published in 2013. "I've done a few things in …

  • Soldiers injured as ceiling collapses during defence exhibition at PWTC
    Soldiers injured as ceiling collapses during defence exhibition at PWTC

    KUALA LUMPUR, April 17 — Two soldiers suffered minor injuries after the ceiling at one section of the Putra World Trade Centre (PWTC) collapsed today, on the last day of the 14th Defence Services... …

  • Penang to give Karpal official send-off

    The Penang government will provide veteran lawmaker Karpal Singh an official send off.   According to Chief Minister Lim Guan Eng, the Penang flag would be used to cover Karpal's cortege.   All state agencies will fly the Penang flags at half-mast for three days until the funeral on Sunday, said Lim.   He added that a public ceremony at the Dewan Sri Pinang will be held on Sunday from 9am to 11am for the public to pay their respects.    Lim said that the state exco had decided this during an …

  • Karpal to be given send-off with state honours
    Karpal to be given send-off with state honours

    After a lifetime of service to the country, the Penang government will acknowledge Karpal Singh's contributions by giving him a funeral with state honours. The Penang flag will be flown at half-mast until his funeral on Sunday. Chief Minister Lim Guan Eng said the flag would also drape Karpal's casket. "We can't accord a state funeral as... …

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam Projek IC kerana hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan.

“Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beliau telah mengakui sebanyak 200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan.

“Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik Projek IC tersebut.

“Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang yang belum layak menjadi warganegara,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya Projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis.

Katanya, Projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas.

“Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan Projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya. Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah.” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong turut mengecam Dr Mahathir kerana tidak berkata jujur dalam RCI berkenaan.

Katanya, Dr. Mahathir jelas terlibat dalam kontroversi itu sejak bekas Pengarah JPN Tamparuli Yakup Damsa mendakwa Abdul Aziz membenarkan rumahnya digunakan sebagai pusat tandatangan kad pengenalan biru untuk pendatang asing di bawah Projek IC.

“Sejak Abdul Aziz mendakwa tidak mengetahui hal ini, maka jawablah dengan tuhan nanti. Dia boleh nafi apa sahaja tetapi tidak pada tuhan,” katanya.

Katanya, tidak boleh dibayangkan terlalu ramai pendatang asing boleh mendapatkan kad pengenalan di Sabah meskipun ada warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia masih sukar mendapatkan status penduduk tetap.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain.

"Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya.

Jeffrey menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak konsisten apabila sebelum ini mantan perdana menteri itu pernah menyatakan bukan satu kesalahan memberi kad pengenalan kepada penduduk yang telah lama tinggal di negara ini.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang pernah memberi keterangan di RCI berkata Dr Mahathir berpura-pura lupa semasa memberi maklum balas di RCI hari ini bagi membolehkan dirinya terlepas dari bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Katanya, perdana menteri keempat itu sering menggunakan alasan faktor usia lanjut sebagaimana untuk menafikan penglibatan Tun Dr. Ling Liong Sik dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Seperti yang kita maklum, Dr Mahathir telah memberi arahan kepada allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk melakukan projek tersebut. Tanpa arahan Dr. Mahathir, pastinya perkara ini tidak berlaku," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider yang juga pernah terlibat dalam kajian pemberian kad pengenalan secara haram kepada pendatang asing Sabah.

Dr Mahathir semasa RCI hari ini berkata tidak pernah mendengar mengenai Projek IC sehingga pendedahan baru-baru ini dan katanya tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Beliau menjelaskan proses pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram sudah pun dijalankan sebelum PBS berkuasa di negeri itu dan berdasarkan perlembagaan, kewarganegaraan boleh diberikan kepada pendatang jika mereka layak dan menepati semua syarat ditetapkan.

Pemimpin paling lama menerajui kerajaan itu berkata tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak memerlukan arahan kerana ia adalah proses biasa.

Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang. – 11 September, 2013.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says The Malay Mail Online
    ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says

    KUALA LUMPUR, April 16 — The “huge” statues at a Hindu temple in Batu Caves and Buddhist temple in Penang are an affront to Islam as the religion forbids idolatry, a retired Court of Appeals judge... …

  • My dad was in KL to see me, says Gobind The Malaysian Insider
    My dad was in KL to see me, says Gobind

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh, who died in an accident early this morning, was in Kuala Lumpur to visit his son Gobind Singh Deo who was ill. A distraught Gobind said he was informed of the accident at 2.15am today, and he and his wife rushed to the scene where he saw his father's mangled car and his father's body. "My brother Ramkarpal was... …

  • Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains The Malaysian Insider
    Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains

    As the nation mourns the passing of a great politician, BN MP Datuk Nawawi Ahmad insulted the late Karpal Singh by posting a picture of the veteran politician's blood-smeared face as he lay in his Toyota Alphard following a tragic accident this morning. Along with the Facebook picture was a newspaper cutting on Karpal being opposed to the... …