PEMUDA MCA CADANG KERAJAAN KAJI SEMULA SISTEM PENGAMBILAN PELAJAR IPTA

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

  • On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA
    On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA

    SUBANG JAYA, April 24 — The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) announced today a May Day rally to protest against Putrajaya’s newly-approved consumption tax system and a US-led free trade... …

  • Rafizi rips apart deputy minister's grant denial

    A PKR leader has pointed out that Abu Bakar Mohamad Diah referred to grant recipients from a different time period when denying that RM100 million was allocated to a firm purportedly favoured by Prime Minister Najib Abdul Razak. Rafizi Ramli also questioned if this was an oversight on the part of the science, technology and innovation deputy minister or a deliberate attempt to put a lid on the matter. In a statement today, the PKR director of strategy said Abu Bakar (left) disclosed to the …

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemuda MCA mencadangkan kerajaan

menubuhkan jawatankuasa khas sama ada di peringkat kabinet ataupun Parlimen

bagi mengkaji semula sistem pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi

awam (IPTA).

Ketuanya, Datuk Wee Ka Siong berkata selain menubuhkan jawatankuasa,

pihaknya juga meminta Kementerian Pendidikan mengumumkan kaedah pengambilan

pelajar ke IPTA.

Katanya, hal ini penting kerana semakin ramai pelajar lepasan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi serta Diploma yang mendapat CGPA 4.0

serta markah ko-kurikulum yang cemerlang tetapi tidak ditawarkan sebarang kursus

ataupun mendapat kursus di luar daripada pilihan mereka.

"Sebagai contoh, pelajar lepasan STPM mendapat CGPA 4.0 dan markah

kokurikulum sebanyak 9.8 markah memohon kursus perubatan tetapi ditawarkan

kursus Sains Penternakan ataupun tidak mendapat sebarang tawaran dalam mana-mana

IPTA.

"Kami merasakan tawaran ini tidak munasabah memandangkan pelajar itu

bercita-cita untuk mengambil kursus yang diidam-idamkan selama ini tetapi

ditawarkan kursus yang luar daripada pilihannya ataupun tidak langsung mendapat

tempat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

-- LAGI

MCA-IPTA 2 KUALA LUMPUR

Katanya, pihaknya telah membuat kajian berdasarkan maklumat yang dibekalkan

serta 361 kes rayuan mendapati bilangan pengambilan pelajar bagi kursus popular

seperti Perubatan, Pergigian serta Farmasi semakin berkurangan.

"Kalau kita lihat Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi dalam tempoh tiga

tahun, mereka (kementerian) telah menurunkan angka dengan mendadak yang mana

dari tahun 2011 hingga tahun ini, bilangan pengambilan pelajar untuk

kursus-kursus itu telah berkurangan seramai 262 orang.

"Saya difahamkan bilangan tempat yang ditawarkan dalam kursus-kursus

tersebut sudah ditetapkan dan tidak boleh ditambah bilangannya lagi tetapi tidak

mungkin bilangan (pengambilan pelajar) itu akan berkurangan," katanya.

Wee, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran bagi tempoh Mac 2008 hingga

Mei 2013 turut mengesyorkan untuk menggunakan kaedah tahun lalu iaitu memberi

biasiswa tajaan kerajaan kepada pelajar cemerlang tetapi gagal ke IPTA untuk

melanjutkan pelajaran ke IPTS dalam bidang yang diminati mereka.

Katanya, selain itu sistem penilaian markah kokurikulum dalam kalangan

pelajar Matrikulasi dan STPM juga perlu dikaji semula memandangkan wujudnya

penilaian yang tidak adil dan memerlukan penyelarasan.

-- LAGI

MCA-IPTA 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Ini kerana markah kokurikulum pelajar matrikulasi dinilai berdasarkan

penyertaan mereka selama setahun manakala markah pelajar STPM dinilai

berdasarkan penyertaan aktiviti kokurikulum dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

Atas, ini tidak adil kepada pelajar STPM kerana biasanya markah mereka lebih

sedikit berbanding pelajar matrikulasi " katanya.

Katanya dalam sistem permohonan terdahulu semua IPTA terletak di bawah Unit

Pusat Universiti (UPU) dan calon hanya dikehendaki mengemukakan lapan pilihan

kursus sahaja.

"Apabila kerajaan telah memberi kuasa autonomi kepada Universiti

penyelidikan serta Apex (Accelerated Programme for Excellence) seperti

Universiti Sains Malaysia (USM) untuk memilih sendiri pelajar-pelajarnya, calon

menghadapi masalah yang mana mereka terpaksa mengisi borang yang berasingan

dalam satu masa.

"Ini akan menjadi satu perkara kompleks (rumit) kepada mereka dan mudah

timbul masalah ''double offer'' yang mana dalam masa yang sama mereka mendapat dua

tawaran dan tidak adil kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang tetapi

tidak ditawarkan sebarang tawaran," katanya.

Oleh itu, Wee berkata adalah perlu kerajaan mengambil cadangan-cadangan

yang diutarakan oleh pihaknya dalam usaha menambahbaik sistem pengambilan

pelajar IPTA.

-- BERNAMA

NHMS SLW JM RHM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …