PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU TIADA KAITAN TUNTUTAN "SULTAN SULU" - MUSA

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada

kaitan dengan tuntutan ''Sultan Sulu'' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba

mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk

Seri Musa Aman.

Sabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam

Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk ''Putting to Rest the Claim to Sabah by

Self-proclaimed Sultanate of Sulu'', beliau berkata Peguam Negara Malaysia

menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah

adalah berdasarkan dua asas utama.

"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang,

''Sultan Sulu'' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan

muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua

tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

"Kedua, sebarang tuntutan atau hak ''Sultan Sulu'' terhadap Wilayah Sabah

walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan

termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan

suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan

September 1963," katanya.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 2 KOTA KINABALU

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha

Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah

telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan

British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu,

Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin

(PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri

Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang penerobohan itu, semasa sesi soal

jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas

yang menggelarkan diri mereka sebagai ''Tentera Di Raja Kesultanan Sulu'' yang

dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.

"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail

Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari

kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan

gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac,"

katanya.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 3 KOTA KINABALU

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban,

termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk

kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.

Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah

mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan

meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)

yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden

pencerobohan di daerah Lahad Datu.

Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara

lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai

entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja

Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggungjawabkan kepada

ESSCOM ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan

Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 4 KOTA KINABALU

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan

Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas,

Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya ESSCOM kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring

dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

Justeru, visi ESSCOM adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan

kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017,

katanya.

Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan

di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.

Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri

dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan

rakyat, katanya.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 5 KOTA KINABALU

Selain itu, Musa berkata ESSCOM juga bermatlamat untuk memastikan dan

mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya

dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk

terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.

Penubuhan ESSCOM turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat

perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya

bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan

berkenaan.

Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM

mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013

hingga 2017.

Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah

secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan

keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan

semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan

kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di

kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan

nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin

kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 6 KOTA KINABALU

Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ESSCOM, antaranya

mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan

ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan

ESSCOM di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah

(ESSZONE).

Katanya pihak ESSCOM berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan

dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi

keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang

berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.

Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan

prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah

ESSCOM.

Sehubungan itu, katanya lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai

Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan

Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima

batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat

ESSCOM dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

-- LAGI

DEWAN-SABAH (PENCEROBOHAN) 7 (AKHIR) KOTA KINABALU

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung

yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua

cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung

Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini,"

katanya.

Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung

berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung

Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah

baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala

sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika

ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap

sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.

Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian,

penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad

Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada

Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum

diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.

Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah

dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui

Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.

Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan

ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan

dalang dalam pencerobohan itu.

Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di

bawah liputan ESSCOM adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden

pencerobohan baru yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Musa berkata ESSCOM sentiasa memantau perkembangan keselamatan

terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan

termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu

dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baharu ke atas

keselamatan Sabah.

-- BERNAMA

NT NT ROS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …