PENCEROBOHAN LAHAD DATU: MASIH ADA PERKARA SULIT TIDAK DIDEDAHKAN

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Terdapat perkara sulit berhubung

pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada

umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan

proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.

"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi,

kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya...adalah sukar untuk

menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara

tiba-tiba muncul," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk ''Kerjasama Antara

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops

Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan'' anjuran Institut Pertahanan

dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.

Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi

membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden

pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

-- LAGI

KHALID-SULIT 2 KUALA LUMPUR

Khalid berkata pihaknya akan mendedahkan perkara mengenai pencerobohan itu

kepada umum apabila tiba masanya nanti.

"Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu

perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu

kami akan mendedahkannya," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan

meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini

dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

"Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman

yang perlu diberi perhatian...kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika

dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka," katanya.

Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb

lepas menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya

mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.

-- LAGI

KHALID-SULIT 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13)

adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum

melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi

bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan

mengambil tindakan menghalang mereka," katanya.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara

setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas

dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan

kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala

68 pengganas ditembak mati.

-- BERNAMA

NDJM MOK SN

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …