PENDAPATAN DAN PEROLEHAN YANG DIKECUALIKAN CUKAI

  • EC to hold meeting on Bukit Gelugor seat – Bernama
    EC to hold meeting on Bukit Gelugor seat – Bernama

    The Election Commission (EC) will hold a special meeting to discuss the Bukit Gelugor parliamentary seat in Penang this Thursday.     EC secretary Datuk Abdul Ghani Salleh said it received notification from the Speaker of Dewan Rakyat at 11am today on the vacant Bukit Gelugor seat following the death of its MP, Karpal Singh (pic).     The... …

  • Transfer not voluntary, Albukhary university gave us ultimatum, says student
    Transfer not voluntary, Albukhary university gave us ultimatum, says student

    The pending closure of Malaysian tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary's full-scholarship university in Kedah has taken on another twist with a student refuting the university's claim that the transfer of students to other institutions was on a "voluntary" basis. He said the Albukhary International University (AIU) had not given students much... …

  • Rafizi barred from entering Sarawak, again
    Rafizi barred from entering Sarawak, again

    PKR's strategic director Rafizi Ramli (pic) was this afternoon again denied entry into Sarawak – the second time in as many months. See Chee How, the party's state deputy chairman, in a text message said Rafizi was stopped by immigration officers on arrival at the Kuching international airport at around 6.20pm. The Pandan MP reportedly was... …

  • Penang wants answers over cops’ no-show at Karpal funeral
    Penang wants answers over cops’ no-show at Karpal funeral

    The Penang government will ask the police to explain why they were missing from crowd control duties during the state funeral for Karpal Singh. Chief Minister Lim Guan Eng said the police did not turn up as planned to conduct crowd control outside Dewan Sri Pinang, where Karpal's casket was placed for the public to pay their respects during... …

  • We will oppose hudud as it is not part of Pakatan agreement, says Guan Eng
    We will oppose hudud as it is not part of Pakatan agreement, says Guan Eng

    DAP has put its foot down against PAS's plan to table a private motion on hudud in Parliament, saying that Pakatan Rakyat's (PR) common policy platform and general election manifesto does not include the formation of an Islamic state. In stressing that the coalition's policy has not changed, DAP secretary-general Lim Guan Eng (pic) said this... …

  • Keep it legal, cops warn anti-GST rally organisers
    Keep it legal, cops warn anti-GST rally organisers

    KUALA LUMPUR, April 21 — Organisers of the upcoming May Day rally were reminded by the police today to obtain the necessary approvals before staging their protest against the implementation of the... …

Penulis ialah ejen cukai berkelayakan, akauntan berkanun dan seorang

anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Berkanun Cukai Malaysia(CTIM)

dan Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah UK (ACCA).

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Sebahagian besar pembayar cukai tidak

mendedahkan pendapatan sebenar mereka ataupun kesemua sumber pendapatan

kerana khuatir mereka terpaksa membayar kadar cukai yang tinggi.

Bagaimanapun, mereka tidak harus lupa yang terdapat peruntukan-peruntukan

relevan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memberikan pengecualian cukai

terhadap pelbagai jenis pendapatan dan perolehan yang diterima pembayar cukai.

Mari kita lihat apa dia pengecualian yang mereka boleh nikmati. Ringkasan

di bawah menunjukkan pengecualian yang relevan kepada orang ramai.

PAMPASAN KERANA KEHILANGAN PEKERJAAN

Pampasan kerana pemberhentian kerja atas sebab kesihatan adalah bebas cukai

sepenuhnya. Pengecualian yang sama diberi kepada mereka yang diberhentikan atas

perjanjian yang mengekang hak mereka untuk meneruskan dengan pekerjaan lebih

kurang sama.

Jika tidak, pengecualian itu dikira pada kadar RM10,000 bagi genap setiap

tahun perkhidmatan bersama majikan yang sama atau dengan syarikat-syarikat dalam

kumpulan yang sama. Pengecualian cukai sebanyak RM10,000 berkuatkuasa kepada

bayaran yang dibuat kepada mana-mana individu yang berhenti kerja pada atau

selepas 1 Julai 2008.

FAEDAH ATAU DISKAUN TERHADAP SEKURITI KERAJAAN ATAU BON

Faedah atau diskaun yang dibayar atau dikredit kepada mana-mana individu

berkaitan dengan Bon Simpanan Malaysia yang diterbitkan oleh Bank Negara atau

yang berkaitan dengan mana-mana sijil simpanan yang diterbitkan atau dijamin

oleh Kerajaan juga terkecuali daripada cukai. Faedah terkumpul daripada Bon

Simpanan Malaysia Siri Kedua (BSM 2) oleh Bank Simpanan Nasional juga diberi

pengecualian.

FAEDAH ATAU DISKAUN DEBENTUR, SELAIN DARIPADA STOK PINJAMAN BOLEH TUKAR

Berkuatkuasa Tahun Taksiran (Y/A) 2003, faedah, pendapatan yang diperoleh

individu-individu daripada debentur selain daripada stok pinjaman boleh

tukar yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah dikecualikan daripada

cukai. Berkuatkuasa daripada Y/A 2006, pengecualian ini dilanjutkan bagi diskaun

dan berkuatkuasa Y/A 2010, ia turut mengambil kira diskaun daripada Sekuriti

Islam.

BIASISWA

Jumlah yang diterima oleh seseorang individu dalam bentuk biasiswa atau

geran atau elaun lain yang serupa, tidak kira sama ada ia berkaitan dengan

penggajian individu itu, adalah bebas daripada cukai.

GANJARAN PERSARAAN (GRATUITI)

Ganjaran persaraan yang dibayar oleh kerana masalah kesihatan ketika

mencapai usia persaraan atau selepas mencapai usia persaraan wajib 55 tahun

ataupun mana-mana usia persaraan wajib yang lain daripada satu penggajian

selama 10 tahun bersama majikan yang sama atau dengan syarikat-syarikat dalam

kumpulan yang sama adalah bebas cukai.

Bagi mereka yang lain, berkuatkuasa Y/A 2007, pengecualian penuh cukai

pendapatan diberikan bagi manfaat persaraan jika persaraaan wajib itu adalah

pada usia 50 tahun dan bukan 55 tahun dengan syarat mereka yang berkenaan telah

berkhidmat dengan majikan terakhir itu tidak kurang daripada 10 tahun.

Pengecualian atas syarat umur persaraan wajib ini tertera dalam

kontrak penggajian ataupun dalam perjanjian kolektif antara majikan dan pekerja.

Ganjaran persaraan gantian cuti rehat (golden handshake) yang dibayar

kepada petugas kerajaan selepas persaraan ataupun selepas penamatan kontrak

penggajian adalah bebas cukai sepenuhnya.

PENCEN

Pencen yang diperoleh dari Malaysia oleh seorang individu yang mencapai usia

55 tahun atau usia persaraan wajib yang lain atau bersara atas

sebab kesihatan tidak tertakluk kepada cukai pendapatan. Bagaimanapun, jika

seseorang itu menerima lebih daripada satu pencen, pencen dengan nilai tertinggi

sahaja akan dikecualikan cukai. Yang lain tertakluk kepada cukai pendapatan.

Pencen yang dibayar di bawah mana-mana undang-undang tertulis atau di bawah

skim yang diluluskan demi manfaat balu, duda dan anak si mati juga bebas cukai.

GANJARAN ATAU PENCEN KEPADA SENATOR DAN WAKIL RAKYAT

Ganjaran atau pencen yang dibayar kepada Presiden dan Timbalan Presiden

Dewan Negara serta anggota senat, Speaker, timbalan speaker dan anggota Parlimen

Dewan Rakyat serta anggota Dewan Undangan Negeri, juga dikecualikan daripada

cukai dengan syarat mereka telah menjangkau usia 55 tahun atau tidak lagi

memegang jawatan kerana masalah kesihatan. Pengecualian ini hanya pada pencen

dengan nilai tertinggi jika mereka yang terbabit menikmati lebih daripada satu

pencen.

PENDAPATAN LAIN

Pendapatan lain yang diberi pengecualian penuh atau sebahagian adalah

pendapatan penggajian di atas kapal milik Malaysia, pendapatan daripada kerja

penterjemahan dan pengubalan muzik, hadiah wang tunai yang diterima oleh

olaragawan dan olahragawati, pendapatan daripada penggajian di Labuan,

pendapatan daripada syarikat-syarikat luar pesisir atau tabung amanah, geran

atau subsidi daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri, pendapatan yang diterima

oleh pemandu dan penunggang acara lumba kereta dan motosikal standard

antarabangsa, faedah daripada Bon Merdeka, dan yang diberikan khusus kepada

petugas seperti elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun, elaun

makanan, elaun pengangkutan dari rumah ke tempat kerja sehingga RM2,400 setahun,

elaun perjalanan bagi tugasan rasmi sehingga RM6,000 setahun, bayaran letak

kereta, cendera mata dan bayaran bil utiliti oleh majikan selain subsidi bagi

pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan.

Pada keseluruhannya terdapat lebih daripada 70 jenis pendapatan dan

perolehan yang dikecualikan daripada cukai dan pembayar cukai boleh mendapat

maklumat lanjut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun pihak akauntan atau

ejen cukai.

Penerangan menerusi buku-buku berkaitan juga akan mendedahkan pelbagai

pendapatan dan perolehan bebas cukai.

-- BERNAMA

PR RON

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily news updates.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Education Backgrounds OF Those Who Have Been Devising The Education Policies Of Malaysia Easyuni.com
    Education Backgrounds OF Those Who Have Been Devising The Education Policies Of Malaysia

    Malaysia gained its independence in the year 1957 and since its early days laid stress on improving the quality of education at all levels. Throughout its five year plans, education has been an important development objective. Right in the first development plan itself the direct relationship between the rate of economic and social advancement on […] …

  • In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO) The Malay Mail Online
    In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO)

    GEORGE TOWN, April 20 — The streets of Penang’s historical city centre roared with the voices of thousands calling out the name of their state’s beloved son — Karpal Singh.  Elbows jostled with... …

  • Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again The Malaysian Insider
    Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again

    Bomoh (shaman) Ibrahim Mat Zin (pic, third left) is in the headlines for the wrong reasons again, this time for conducting a cleansing ritual along KM306.1 of the North-South Expressway. The area has been in the spotlight since last Thursday after Bukit Gelugor MP Karpal Singh died when his Toyota Alphard was involved in a collision with a... …