PENDIDIKAN KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA

  • After Karpal’s death, DAP rep tells AG to drop bid for jail time
    After Karpal’s death, DAP rep tells AG to drop bid for jail time

    SHAH ALAM, April 17 — The Attorney-General’s Chambers (AGC) should symbolically withdraw its recent bid for custodial sentence against late DAP veteran Karpal Singh after his death today,  state... …

  • Best leads for MH370 search will be exhausted in about a week, says Abbott
    Best leads for MH370 search will be exhausted in about a week, says Abbott

    The best leads in the underwater search for Malaysia Airlines flight 370 will be exhausted in about a week, Australia's Prime Minister Tony Abbott said in an interview with The Wall Street Journal (WSJ), as search efforts continue in the Indian Ocean. Abbott said authorities would need to rethink their approach if the mini-submarine,... …

  • Opposition MPs censure Karpal’s critics for insensitive remarks
    Opposition MPs censure Karpal’s critics for insensitive remarks

    Pakatan Rakyat MPs have condemned remarks by certain critics of the late Karpal Singh, saying their insensitive remarks and stupid logic have no place in a modern educated society like Malaysia. On former Perkasa deputy president Zulkifli Noordin's comment that Allah had killed off Karpal who had rejected the implementation of hudud laws in... …

  • Karpal makes last journey home to Penang
    Karpal makes last journey home to Penang

    Amid tears of sorrow, a coffin bearing Karpal Singh's remains was loaded onto a van for his final journey back to Penang today. The 73-year-old, popularly known as the Tiger of Jelutong, died early this morning after the Toyota Alphard he was in collided with a five-tonne Mitsubishi Canter. Karpal's remains had been brought to the Raja... …

  • Anwar pays tribute to defender of human rights
    Anwar pays tribute to defender of human rights

    Malaysia has lost a selfless, courageous and noble defender of  fundamental liberties, said opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in a tribute to his political comrade and lawyer Karpal Singh, who died in an accident this morning. Anwar, who found out about Karpal's passing at 3am today, said that Malaysia had lost an illustrious hero and... …

  • Nurul Izzah’s husband appoints relative as member of reconciliation committee
    Nurul Izzah’s husband appoints relative as member of reconciliation committee

    Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar's husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, has appointed his relative as a member of a reconciliation committee for the couple's ongoing divorce case, The Star Online reported today. According to the report, Raja Ahmad Shahrir proposed Mohd Fauzi Mustaffa for the position today. The report said Raja... …

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Komited untuk terus berbakti. Ini tekad

Microsoft Malaysia setelah hampir dua dekad beroperasi di negara ini.

Gergasi Teknologi Maklumat (IT) ini berazam untuk terus memainkan peranan

demi mencapai wawasan Malaysia yang lebih makmur menjelang 2020.

Naib Presiden Microsoft Asia Pacific, Alvaro Celis, dan Pengarah Urusan

Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda berkongsi aspirasi ini dalam satu wawancara

dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Microsoft, menurut mereka, sejak 20 tahun lepas telah menjadi rakan kongsi

teknologi akrab bukan sahaja dengan kerajaan Malaysia malahan para pelanggan dan

rakan kongsi perniagaan syarikat.

Sepanjang tempoh beroperasi itu, kedua-duanya bersependapat bahawa Microsoft

Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam memperkenalkan inovasi, teknologi

dan perkhidmatan yang canggih serta terkini.

"Kisah kejayaan kami adalah termasuk mentransformasikan pendidikan dengan

memperluaskan kualiti dan akses penggunaan teknologi serta memacu transformasi

perniagaan menerusi teknologi baru," kata Celis dengan menambah Microsoft

mempunyai lebih 5,000 rakan kongsi Malaysia di seluruh negara ini.

Menurut beliau, setelah beroperasi hampir 20 tahun di Malaysia, Microsoft

kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

"Kami berasa berbesar hati berada 20 tahun di negara ini dan berharap dapat

meneruskan operasi untuk tahun-tahun yang seterusnya, itulah yang menjadi hasrat

syarikat," tambahnya.

ASET UTAMA

Rakyat adalah aset utama mana-mana negara.

Perkara itu menjadi kepercayaan yang dipupuk dan diperkukuhkan dalam setiap

falsafah perniagaan Microsoft seperti yang dikongsi Celis dengan penulis.

Sehubungan dengan itu, katanya, lahirlah komitmen Microsoft untuk

memantapkan bidang pendidikan.

Celis yang sudah berkhidmat dengan Microsoft lebih 20 tahun menyifatkan

bidang pendidikan adalah pelaburan paling penting untuk rakyat.

"Di setiap negara di mana kami beroperasi, kami mempunyai komitmen penuh

untuk menjadikan bidang pendidikan negara itu mencapai kecemerlangan.

"Kami juga memastikan apa yang kami lakukan sejajar dengan keutamaan

tertinggi kerajaan. Kami juga mahu memastikan apa juga keputusan yang dibuat

oleh negara itu, kami akan menyumbang dalam bentuk teknologi kami. Ini diharap

dapat memperkukuhkan strategi demi menjadikan negara ini lebih baik dan unik di

rantau Asia Pasifik dan lainnya.

"Dengan demikian fokus kami terhadap pendidikan meliputi pendekatan yang

menyeluruh terhadap pengalaman belajar termasuk memberi akses kepada kumpulan

minoriti," tambah Celis.

PROGRAM DI MALAYSIA

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 Microsoft di

Malaysia, syarikat itu menetapkan fokus kepada tiga perkara utama dalam

menyokong aspirasi negara ini mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Keutamaan itu ialah transformasi pendidikan, transformasi perniagaan serta

usaha mentransformasi kehidupan rakyat Malaysia.

Lacerda menjelaskan daripada tiga bidang keutamaan itu, transformasi

pendidikan menduduki tempat teratas.

Lebih penting, katanya, pendekatan pendidikan ditetapkan supaya selari

dengan pelan transformasi yang dilaksanakan Malaysia.

Menurut Lacerda, untuk 2013 dan seterusnya, Microsoft komited untuk

menerajui usaha mentransformasikan lanskap pendidikan Malaysia.

"Pelan kami mudah dan boleh dilaksanakan, menyasarkan sekolah serta

institusi pengajian tinggi, bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran

abad ke-21. Para pelajar memerlukan kemahiran abad ke-21 untuk pekerjaan hari

esok.

"Pendidikan tinggi terutamanya memainkan peranan kritikal dalam

mempersiapkan pelajar untuk kehidupan sebagai profesional. Kami mempunyai

tanggungjawab untuk memastikan pelajar di universiti bersiap-siaga," katanya.

Beliau menjelaskan, inisiatif Microsoft untuk pendidikan menjadi keutamaan

syarikat bermula sekurang-kurangnya sembilan tahun lepas bagi menyokong peluang

saksama untuk rakyat Malaysia mendapatkan pendidikan.

IMPAK KETARA

Komitmen Microsoft di Malaysia sejak tempoh hampir 20 tahun menghasilkan

banyak impak yang ketara.

Keyakinan syarikat bahawa kuasa IT adalah penting dalam mentransformasikan

pendidikan telah mencetuskan banyak program dengan mengambil kira sistem

pendidikan negara ini.

Dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi, gergasi IT ini

menyediakan banyak program serta perkhidmatan yang bukan sahaja mengeratkan

hubungan guru dan pelajar malahan ibu bapa.

Matlamat program adalah untuk membangunkan pemimpin masa depan untuk

kemakmuran negara.

Satu daripada program yang signifikan itu, Partners in Learning (Rakan

kongsi dalam Pembelajaran) menyaksikan pelaburan Microsoft di Malaysia sehingga

hari ini berjumlah lebih RM15.5 juta.

Menurut Lacerda, kira-kira 200,000 guru dan lebih tiga juta pelajar mendapat

manfaat daripada program berkenaan.

MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN

Bercakap mengenai program latihan untuk para guru, beliau menjelaskan ia

dibahagi kepada beberapa komponen dan satu daripadanya ialah mengajar kemahiran.

Para guru diajar teknologi asas dan bagaimana cara terbaik untuk

menyampaikannya kepada pelajar mereka.

"Program kami bermula dengan guru, kami latih mereka secukup-cukupnya dan

kemudian kita tengok kesediaan mereka untuk mengajar. Kami mahu memastikan

pelajar-pelajar mendapat manfaat yang sebaik-baiknya," tambahnya.

Lacerda turut berpandangan guru di Malaysia boleh bekerjasama dengan guru

dari merata dunia dengan menggunakan teknologi.

Katanya, dunia semakin kecil bukan sahaja dalam dunia perniagaan atau

kewangan tetapi juga dalam pendidikan.

Tambah beliau, bilik darjah tidak semestinya terasing kerana ia boleh

menjadi kelas interaktif dengan pertukaran pengalaman dan amalan belajar.

Beliau memberi contoh interaksi antara pelajar Malaysia dengan pelajar

Amerika dan Eropah.

"Ini boleh menjadi kenyataan dengan penggunaan teknologi, menerusi

persidangan video untuk bertukar-tukar pendapat, berkongsi amalan dan dokumen.

"Tak mustahil untuk ini berlaku. Budaya kita semakin bergabung dan kita

perlu berusaha untuk menyingkirkan sebarang halangan untuk pembelajaran dan

interaksi. Teknologi akan membolehkan kita untuk melakukannya," tambahnya.

KEMAHIRAN IT

Microsoft juga telah menjalin perkongsian dengan 20 universiti awam pada

2009 untuk menawarkan latihan lanjutan kemahiran IT menerusi program Akademi IT

Microsoft.

Seterusnya, sebagai sokongan kepada keseriusan kerajaan melabur dalam

pembangunan modal insan, syarikat itu bekerja sama dengan Universiti Malaya pada

2012 di bawah Program Hedstart.

Menurut Lacerda, inisiatif itu adalah untuk memberi peluang kepada semua

25,000 pelajar Universiti Malaya mendapat akses kepada program Microsoft Office

di mana mereka boleh mengakses lebih 200 perisian Microsoft.

Beliau menjelaskan semua program pendidikan Microsoft dilaksanakan secara

kerjasama dengan pengguna di mana kandungannya diperkemaskan dari masa ke

semasa.

TIADA KESUDAHAN

Lacerda menyifatkan pembabitan Microsoft dalam program pendidikan di

Malaysia sebagai "satu pengembaraan yang panjang."

"Di setiap negara, anda perlu bekerja dengan guru, entiti perseorangan.

Kerajaan dan pemaju tempatan untuk membangunkan penyelesaian tempatan.

"Kami juga perlu memastikan rancangan kami meliputi semua kawasan, bandar

atau desa, dengan mengambil kira perubahan dalam lanskap teknologi Malaysia.

"Matlamat muktamad kami adalah meningkatkan pendidikan dan menumpukan segala

usaha kami ke arah ini, sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun akan datang,"

tambahnya.

Celis mencelah sambil berkata Microsoft secara keseluruhannya tidak

meletakkan tempoh untuk had program pendidikan syarikat.

Ini memandangkan pendidikan memerlukan pandangan yang jangka panjang dan

menyeluruh serta komitmen yabng berterusan.

Teknologi, katanya, perlu memainkan peranan menyediakan akses sama rata

untuk pendidikan dengan merapatkan jurang antara bandar dan kampung serta

bertindak sebagai pemangkin dan pemudah cara untuk pengalaman pembelajaran.

"Fikirkan teknoloji sebagai cara untuk mencapai kecemerlangan dalam sistem

pendidikan. Guru dan pihak berkuasa di semua peringkat perlu bekerjasama untuk

mencapat matlamat yang diidam-idamkan," tegasnya.

-- BERNAMA

MMA CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says The Malay Mail Online
    ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says

    KUALA LUMPUR, April 16 — The “huge” statues at a Hindu temple in Batu Caves and Buddhist temple in Penang are an affront to Islam as the religion forbids idolatry, a retired Court of Appeals judge... …

  • My dad was in KL to see me, says Gobind The Malaysian Insider
    My dad was in KL to see me, says Gobind

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh, who died in an accident early this morning, was in Kuala Lumpur to visit his son Gobind Singh Deo who was ill. A distraught Gobind said he was informed of the accident at 2.15am today, and he and his wife rushed to the scene where he saw his father's mangled car and his father's body. "My brother Ramkarpal was... …

  • Wreck hunter confident MH370 crash site found, says Aussie paper The Malaysian Insider
    Wreck hunter confident MH370 crash site found, says Aussie paper

    A wreck hunter is confident that the search teams had pinpointed the crash site of Malaysia Airlines flight MH370 and believes that the black boxes will be located soon, the Sydney Morning Herald (SMH) reports. David Mearns, director of Blue Water Recoveries told the ABC's 7.30 programme yesterday, he was confident that, because of their... …