PENGGABUNGAN KEMENTERIAN AKAN SERAGAMKAN PELAKSANAAN DASAR - MUHYIDDIN

  • MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama
    MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama

    Preliminary investigation findings on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH192 incident has revealed that the number three main wheel of the aircraft had burst during take off. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the aircraft was currently grounded at the MAS Engineering facility in Kuala Lumpur International... …

  • Bible banned from Pahang hotel rooms – Bernama

    The Pahang Islamic and Malay Customs Council (MAIP) has prohibited hotel proprietors in the state from placing religious reading materials of other religions other than Islam in their rooms. According to MAIP deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, a letter of prohibition on the matter had been sent to 147 hotels across the... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report. We've sent it to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, …

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …

NILAI, 16 Mei (Bernama) -- Penggabungan Kementerian Pelajaran dan

Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung akan menyeragamkan

pelaksanaan dasar-dasar bagi melonjakkan mutu pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi

penggabungan itu, semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber

dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap

seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

"Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menggabungkan

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung

dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat.

"Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat bidang

pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara

lebih berkesan kepada kemajuan negara," katanya semasa berucap merasmikan

sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013 yang bertemakan

''Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda'' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam ini.

Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kementerian baharu hasil gabungan dua

kementerian itu akan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran sahaja, berbanding

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebelum ini, selepas mendapat

persetujuan Perdana Menteri.

-- LAGI

MUHYIDDIN-GABUNGAN 2 NILAI

Muhyiddin berkata, dengan penggabungan itu usaha-usaha transformasi

pendidikan juga akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran

daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng secara lebih menyeluruh

untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.

Sementara itu beliau berkata, pemilihan tema ''Guru Malaysia: 1Aspirasi,

1Agenda'' untuk sambutan Hari Guru tahun ini adalah amat bertepatan dengan hasrat

kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan.

Katanya, tema tersebut merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan

generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini dan seluruh warga

pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dan berusaha memberikan

pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan pelajar.

Katanya, sejak dilancarkan sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang

pertama PPPM telah pun berjaya dicapai.

Ini termasuk seramai 61,000 guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui

Ujian Penempatan Cambridge (CPT) bagi mengenal pasti tahap kemahiran dalam

Bahasa Inggeris dengan kohort pertama seramai 5,000 guru telah memulakan latihan

bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka, katanya.

-- LAGI

MUHYIDDIN-GABUNGAN 3 NILAI

Selain itu, katanya, peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan

mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing

Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah

di seluruh negara menjelang tahun depan.

Katanya, SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru

melalui Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah yang akan membantu

meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisien di

samping pengurusan sekolah yang lebih cekap.

"Saya yakin guru mendapat sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan

kualiti sekolah dengan pengurangan sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan

7 di negeri Sabah dan Kedah. Insya-Allah, menjelang tahun 2015 kita akan berjaya

mencapai sasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut," katanya.

Bagaimana pun beliau mengingatkan agar warga pendidik tidak mudah lalai dan

leka dengan pencapaian itu dan usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi

memastikan para pelajar menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman

pembelajaran yang berkualiti.

Katanya dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru perlu memiliki satu

wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran

aras tinggi dan mampu berinovasi untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke

tahap bertaraf dunia.

-- LAGI

MUHYIDDIN-GABUNGAN 4 NILAI

Selain itu para guru perlu memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan

persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang holistik, katanya.

"Bagi menilai keberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam

peperiksaan pusat seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen

KBAT. Dalam kalangan murid juga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa

seperti TIMSS dan PISA sesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan murid

yang mampu bersaing di peringkat global," katanya.

Muhyiddin berkata dalam menghargai jasa dan pengorbanan warga guru kerajaan

telah menggariskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan taraf guru terutama

berkaitan laluan kerjaya.

Katanya menerusi PPPM juga, pelan untuk menaik taraf profesion keguruan akan

dirangka supaya 420,000 guru berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi.

Selain itu, katanya, untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran

dan pembelajaran dan murid mendapat faedah semaksimum mungkin, kerajaan juga

sedang menjalankan kajian rintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17

di sekolah bagi menguruskan tugas perkeranian guru data, perpustakaan dan media.

-- LAGI

MUHYIDDIN-GABUNGAN 5 (AKHIR) NILAI

"Dapatan awal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Sekiranya kajian rintis ini berjaya, maka Insya-Allah kita akan memperluaskan

khidmat sokongan pembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara

berperingkat-peringkat," katanya.

Dalam ucapannya Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di

daerah Lahad Datu, Sabah yang telah menjalankan tanggungjawab dengan berani

walaupun berdepan cabaran insiden pencerobohan.

Pada majlis itu Muhyiddin kemudiannya menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan

Pendidikan Kebangsaan 2013 kepada Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim dan Anugerah

Tokoh Guru Kebangsaan 2013 kepada tiga penerima iaitu Rabiah Johari, Wan Hamzah

Wan Daud dan Jacob a/l P.C Mathews.

Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2013 diterima Datuk Freida

Mohd Pilus.

Turut hadir ke majlis itu adalah Menteri Pelajaran 2 yang baharu dilantik,

Datuk Seri Idris Jusoh dan timbalan menteri pelajaran 1 Datuk Mary Yap dan

timbalan menteri pelajaran 2, P. Kamalanathan serta Menteri Besar Datuk Seri

Mohamad Hasan.

-- BERNAMA

RHO RHO NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …