PENGGABUNGAN KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI PERLU DIKEKALKAN LEBIH LAMA

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pengabungan dua kementerian - Kementerian

Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu dikekalkan untuk tempoh lebih

lama bagi memastikan kesinambungan sistem pendidikan negara yang lebih

berkualiti dan dinamik.

Menerusi pengabungan dua entiti itu juga, dasar pendidikan negara dipercayai

mampu menandingi standard pendidikan antarabangsa dalam tempoh berbaki tujuh

tahun ke arah mencapai Wawasan 2020, menjadikan Malaysia negara maju.

Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya,

Dr Ghazali Darusalam berkata penggabungan itu perlu dikekalkan 10 hingga 15

tahun akan datang bagi melihat kesan lebih jelas dari segi pencapaian dan

penambahbaikan sistem pendidikan yang perlu dilaksanakan.

"Idea penggabungan ini adalah sangat futuristik dalam memperjuang

kelangsungan pendidikan negara, dan ia seharusnya dikekalkan di bawah satu

bumbung memandangkan ia akan memudahkan pentadbiran melibatkan bidang pendidikan

negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, kementerian yang digabungkan di bawah satu nama itu, perlu ditadbir

urus dengan sistematik dan menyeluruh bagi memastikan pentadbirannya lebih

tersusun sekali gus berada pada landasan yang betul.

-- LAGI

PENGGABUNGAN-PENDIDIKAN 2 KUALA LUMPUR

Ghazali berkata melalui penggabungan itu, kerajaan mampu menjimatkan kos

operasi dan memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia dengan lebih efektif.

Katanya dalam usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara, kementerian

perlu mengalakkan guru supaya meningkatkan taraf pendidikan mereka dari Ijazah

Sarjana kepada Sarjana kerana syarat kelayakan itu adalah standard yang

digunakan negara-negara maju.

Beliau berkata transformasi pendidikan yang mengandungi nilai

pengantarabangsaan dengan mengambil contoh model sistem pendidikan negara maju

perlu diaplikasi oleh kementerian dalam meningkatkan struktur kurikulum

pendidikan dan pengajian tinggi.

"Setiap sekolah harus menjadikan jurusan sains dan teknikal sebagai fokus

utama, selain memperkasa bidang vokasional kerana ia adalah asas pendidikan bagi

sesebuah negara maju," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,

Universiti Putra Malaysia Dr Ismi Arif Ismail berkata penggabungan tersebut

akan memperkukuh pelaksanaan dua pelan pendidikan utama yang direncanakan

kedua-dua kementerian sebelum ini iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2013-2025) dan Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara.

-- LAGI

PENGGABUNGAN-PENDIDIKAN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Apabila pelan pendidikan ini dimurnikan, setiap unit akan berbincang dan

berkomunikasi antara satu sama lain bagi memastikan pelaksanaannya itu berjalan

lancar dan sempurna," katanya.

Beliau berkata audit pengurusan sumber manusia perlu diwujudkan bagi

memastikan tiada pertindihan tugas dan pegawai serta kakitangan kementerian

dapat memainkan peranan masing-masing secara optimum.

"Maksudnya kerjasama mobiliti kakitangan akan berlaku dengan lebih agresif

dan efektif sebab bila dah ada satu kementerian sahaja, contohnya, pensyarah di

institut pengajian tinggi boleh berkongsi idea dengan guru sekolah," katanya.

Ismi Arif berkata kementerian juga perlu memberi penerangan dari semasa ke

semasa berkenaan rasionalnya pengabungan ini kerana masyarakat Malaysia

pastinya ingin melihat kemajuan dalam bidang pendidikan negara.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri

Muhyiddin Yassin berkata penyeragaman struktur kedua-dua kementerian yang

bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan negara, dijangka dapat diselesaikan

dalam tempoh sebulan.

-- BERNAMA

RBN JM NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …