Pengusaha ladang didakwa beri latihan ketenteraan kepada pengganas

Mahkamah putuskan NSTP amalkan kewartawanan bertanggungjawab

Seorang pengusaha ladang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar semalam atas pertuduhan memberi latihan ketenteraan kepada orang yang bersedia melibatkan diri dalam perbuatan pengganas pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muamar Gadaffi Mohamad Shafawi, 30, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noordura Mohamed Din.

Muamar Gadaffi didakwa dengan niat untuk memajukan tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bukit Ara Para, Kampung Ketior Dalam, Mukim Senggang di antara 2 petang hingga 4 petang pada 25 hingga 27 Disember tahun lepas.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh sehingga 30 tahun dan denda.

Majistret tidak membenarkan tertuduk diikat jamin berikutan tiada peruntukan jaminan bagi kesalahanan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni.

Mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebutan semula kes. – Bernama, 12 Julai, 2014.