Advertisement

Penswastaan MAS akan kos Khazanah RM1.18 bilion

MH370 underwater search may be completed in May – Bernama

Kemungkinan penswastaan Malaysia Airlines akan menyebabkan pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd, menanggung kos RM1.18 bilion, mengandaikan premium 10% pada harga saham semasa, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

"Dengan mengandaikan perniagaan yang menguntungkan diasing dan disenaraikan secara berasingan dengan Khazanah melepaskan 30% pegangan, Khazanah akan mendapat balik RM1.25 bilion tunai," kata bank pelaburan itu dalam satu nota hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, saham MAS mencatat harga paling rendah dan ia menaik taraf kedudukannya kepada 'pegang' daripada 'jual' dengan harga sasaran 22 sen sesaham.

Pada jam 11.50 pagi, harga saham MAS tidak berubah pada 21 sen dengan 7.441 juta lot bertukar tangan.

Maybank IB berkata, isu pesawat MH370 akan memberi sumbangan negatif kepada kewangan MAS tetapi ia yakin menjelang 2015, syarikat induk penerbangan itu akan berprestasi lebih baik berikutan peremajaan pesawat dan faedah daripada pemotongan kos.

"Berdasarkan keadaan ini, adalah wajar untuk menswastakan MAS pada 2014, menjalankan penstrukturan semula sebelum penyenaraian pada 2015," kata Maybank IB. – Bernama, 16 April, 2014.