PENUBUHAN URB DI KAWASAN PERUMAHAN MULA MENUNJUKKAN KESAN POSITIF

JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB)

mula menunjukkan kesan positif, namun, masih terlalu awal untuk mengakui

kejayaannya dalam memantau kejadian jenayah di kawasan perumahan di negara ini.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Wira Ayub

Yaakob berkata masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan

anggota terbabit terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan penugasan rondaan

dan berinteraksi dengan masyarakat.

"Memang sudah nampak kesan positif awal unit ini dalam masa dua minggu ini

tetapi beri polis sebulan atau dua bulan lagi untuk mengetahui keberkesanannya.

Yang penting, anggota itu memahami tugas mereka manakala masyarakat perumahan

juga selesa dengan kehadiran mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi

dialog bersama polis kontinjen Johor di sini, hari ini.

Ayub berkata bagi memantau setiap jenayah yang berlaku, anggota URB disaran

mewujudkan profil penghuni di sesebuah kawasan perumahan, sebagai contoh,

mengenali tuan rumah dan kenderaan yang dimiliki.

Beliau berkata anggota URB juga digalakkan meronda setiap 15 minit sebelum

berhenti bagi mengadakan perjumpaan bersama penduduk.

-- LAGI

POLIS-URB 2 (AKHIR) JOHOR BAHARU

"Kerjasama erat antara anggota URB dan penduduk juga dilihat dapat

menjimatkan tempoh bertindak polis terhadap sesuatu kes. Mudah untuk penduduk

menghubungi polis sekiranya mereka mengenali anggota URB lebih rapat," katanya.

Sementara itu, Ayub berkata pelaksanaan fasa kedua URB akan dilakukan dalam

tempoh enam bulan lagi dengan memperluaskannya di Perak dan Pahang.

Beliau berkata 145 unit motosikal dijangka diserahkan kepada kontinjen Johor

sebagai tambahan bagi melengkapkan unit itu di 13 daerah polis di negeri ini.

URB dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Dis lepas

dengan peruntukan 1,000 motosikal kepada Polis Diraja Malaysia bagi tujuan

rondaan.

Setakat ini, 560 unit motosikal Kawasaki Ninja 250 (STDX) sudah

diterima unit URB polis, manakala selebihnya 440 unit dijangka diterima Mac

depan.

-- BERNAMA

SMK SMK NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …