PERABOT M'SIA: KUALITI EKSPORT, HARGA TEMPATAN

  • As the Tiger of Jelutong finally rests, thousands pay tribute
    As the Tiger of Jelutong finally rests, thousands pay tribute

    GEORGE TOWN, April 20 — In a send-off befitting of the man who championed against injustice, thousands thronged Dewan Seri Pinang here today to pay Karpal Singh their final respects before his... …

  • DAP to hold memorial services to pay tribute to Karpal Singh
    DAP to hold memorial services to pay tribute to Karpal Singh

    In memory of their former chairman, the late Karpal Singh, the DAP will be organising memorial services at the state level beginning with Penang, a statement from the party said today. The national level memorial event will be held in Kuala Lumpur on April 24, the statement said. The venues and other details will be decided and released soon.... …

  • Utusan says MB heads to roll in two states

    Two states will see a change of Menteri Besar, claimed Umno-owned Utusan Malaysia today, although it did not name them. "Apparently, two Menteris Besar are expected to be replaced soon. Speculation on this has started, akin to the gentle evening winds along the beach,” Awang Selamat, the pseudonym for Utusan's collective editorial voice, wrote... …

  • Robot submarine completes 50% of MH370 underwater search area
    Robot submarine completes 50% of MH370 underwater search area

    The Bluefin-21 robot submarine has searched half of the focused underwater search area for flight MH370, as the search for the missing Malaysia Airlines passenger jet enters its 44th day, say Australian authorities. The Australian Maritime Safety Authority (Amsa) said nothing has been found yet in the seven underwater searches. Another... …

  • Karpal inspired us, say mourners from near and far bidding farewell to their hero
    Karpal inspired us, say mourners from near and far bidding farewell to their hero

    As thousands of mourners bid farewell to the "Tiger of Jelutong", lawyer R. Joethy, 73, remembered his old law school buddy as one who rarely ever studied at university. Karpal Singh had so many distractions from his involvement in the student union where he was one of the leaders, Joethy said. "But he was very bright boy. He worked very... …

  • Karpal’s final journey
    Karpal’s final journey

    GEORGE TOWN, April 20 — The air in front of Number 144A, Jalan Utama was laden with grief and emotion as one of Penang’s most prominent sons, Karpal Singh, left his family home on his final journey... …

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia sebenarnya menghasilkan perabot

berkualiti eksport.

Namun begitu, rakyatnya berbelanja secara purata hanya RM120 setahun untuk

membeli perabot, kata Datuk Dr Tan Chin Huat, Pengarah Urusan Pameran Perabot

Antarabangsa Malaysia (MIFF).

Sebaliknya, penduduk Eropah rata-rata membelanjakan 400 euro setahun membeli

perabot manakala rakyat Amerika Syarikat secara purata melabur AS$300 setahun

hanya untuk perabot.

"Perabot di Malaysia sebenarnya murah. Kita boleh membeli sejenis perabot di

sini dengan harga RM1,000 dan produk yang sama dijual di Taiwan pada harga

RM1,600 dan di Hong Kong untuk RM2,500.

"Namun masih ramai rakyat Malaysia suka membeli perabot buatan luar negara.

Tidak hairanlah ramai pengeluar perabot tempatan terpaksa mengeksport," katanya

kepada Bernama dalam satu temubual sempena MIFF ke-17 bulan depan.

Turut hadir ketika temubual itu ialah Pengarah Urusan MIECO Manufacturing,

Datuk Yong Seng Yeow dan Ketua Pengarah Eksekutif Jemaramas Jaya Sdn Bhd, Roland

Law.

POTENSI EKSPORT BAIK DI ASIA

Tan berkata, walaupun Malaysia adalah pengeluar perabot bertaraf dunia,

namun hampir 85 peratus daripada perabotnya dieksport ke luar negara.

Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

menunjukkan Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar perabot buatan Malaysia,

dengan jumlah eksport ke negara itu sebanyak RM1,982.7 juta pada Januari hingga

Oktober tahun lepas. Ini diikuti Jepun (RM573 juta), Singapura (RM477 juta) dan

United Kingdom (RM407 juta).

Pasaran tertinggi eksport Malaysia bagi tempoh yang sama ialah Australia,

Canada, Emiriah Arab Bersatu, India, Arab Saudi dan Jerman.

Tan mengakui kebanyakan negara dalam pasaran eksport tertingginya adalah

negara Barat. Namun beliau merasakan pasaran Asia juga harus diterokai.

"Secara tradisinya negara-negara Asia lebih suka mengeksport ke Barat.

Jarang sekali mereka cuba memasarkan di negara-negara jiran walaupun sebenarnya

ada potensi yang amat baik.

"China mempunyai 1.3 bilion penduduk, populasi India juga mencecah lebih

satu billion. Di samping itu, populasi rantau ASEAN kira-kira 550 juta orang."

Beliau menggesa industri itu agar menerokai pasaran seumpama dan malahan

hingga ke Russia.

"Saya berpendapat ada potensi pasaran yang bagus di sana," katanya.

Bulan lepas, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengumumkan ia

telah meluluskan 42 projek industri tahun lepas yang membuka 5,163 peluang

pekerjaan. Sebanyak RM218 juta pelaburan domestik dan RM241.2 pelaburan asing

telah dilaburkan bagi projek berkenaan dan daripada jumlah itu RM443 juta untuk

industri perabot.

MENGIKUT ARUS PERUBAHAN ZAMAN

Sementara itu, Yong berkata industri perabot tempatan selama ini dapat

menandingi saingan luar negara kerana kualiti, jaminan dan harga yang kompetitif

bagi produknya.

"Kami menjadi terkenal pun kerananya," katanya.

Malaysia adalah pengeksport perabot kesembilan di dunia.

Beliau berkata, industri itu telah banyak berubah di samping mengalami

pelbagai cabaran sejak ia bertapak 30 tahun lepas.

Selain krisis ekonomi dunia yang memberi kesan yang agak mendalam kepada

industri, ia terpaksa berhadapan dengan cabaran yang tidak wujud pun beberapa

dekad lepas.

Contohnya, bagaimana ia harus menangani kekurangan kayu-kayan berkualiti dan

kenaikan harga barang mentah seperti besi?

Kata Tan, ianya bukan saja masalah tempatan malah masalah global. Semuanya

bergantung kepada kecekapan industri berubah mengikut keadaan semasa.

"Sememangnya sumber kayu-kayan berkualiti makin berkurangan. Tetapi kita

kini ada pilihan bahan alternatif yang juga mesra alam."

Yong sendiri terlibat dalam perniagaan yang mengitar semula bahan buangan

industri untuk mengeluarkan produk mesra alam seperti kayu papan dan chipboard"

keluaran syarikat MIECO.

"Saya ni seperti "pengumpul bahan kitar semula". Apa sahaja yang orang

buang, saya akan ambil. Ini termasuk kayu lebihan dari kilang ataupun batang

pokok. Jadi bahan-bahan saya bolehlah dikatakan sebagai "hijau".

"Hari ini kita dapat menghasilkan sebuah kerusi yang kukuh dan selesa

menggunakan sedikit kayu berbanding dahulu. Kualitinya tetap bagus."

Katanya tahap kecekapan industri itu berubah dari segi bahan, reka bentuk

dan pemasaran memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan hayatnya

dalam industri.

MAJU KE DEPAN DENGAN PENDEKATAN HIJAU

Menggunakan pendekatan hijau juga sebahagian daripada mengikuti arus

peredaran zaman.

"Pengeluar tempatan sememangnya sedang menuju ke arah itu. Kerajaan juga

memainkan peranan penting dalam memastikannya dengan mengawal penebangan hutan."

Selain itu, kata Tan, permintaan pasaran juga memainkan peranan.

"Kini lebih banyak permintaan untuk perabot yang dihasilkan dengan cara

mesra alam."

Pendekatan hijau itu bukan sahaja bermaksud menggunakan bahan hijau untuk

menghasilkan perabot, tetapi kaedah pembungkusan juga diambil kira.

"Misalnya kalau kita hendak mengeksport ke negara seperti Jepun, kita tidak

boleh membungkus produk kita dengan plastik kerana ianya amat memudaratkan alam

sekitar. Jadi kita kena pastikan bahan pembungkusan juga adalah hijau."

MIFF 2011

Mengenai MIFF 2011, Tan berkata ianya merupakan peluang yang baik untuk

pengusaha perabot tempatan mempamerkan produk mereka pada harga yang rendah

iaitu RM550 per meter persegi.

"Bandingkan ini dengan pameran perabot antarabangsa seperti di Dubai di mana

kos semeter persegi adalah AS$750, atau di Russia yang mengenakan caj AS$1,350

sementara di Eropah pula mereka dikenakan bayaran 700 euros per meter persegi."

Katanya MIFF mensasarkan jualan eksport lebih daripada AS$755 juta yang

diperoleh pada pameran tahun lepas.

Lebih 15,000 pelawat hadir pada pameran tahun lepas yang kebanyakannya

adalah dari Malaysia, rantau Asean, Eropah dan Timur Tengah.

MIFF tahun ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pusat

Konvensyen Kuala Lumpur dari 1 hingga 5 Mac.

Kata Tan, setakat ini seramai 450 peserta pameran telah mengesahkan

kehadiran mereka dan shuttle percuma akan disediakan di kedua-dua pusat pameran

untuk kemudahan pelawat.

-- BERNAMA

SHM SHM CR

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily news updates.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user The Malaysian Insider
    Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user

    A Barisan Nasional MP whose Facebook posting poking fun at the death of Karpal Singh shocked Malaysians has again insulted the late DAP leader, this time comparing him to a hostile figure in Islamic history who fought against Prophet Muhammad. Facebook user Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, told The Malaysian Insider that Langkawi MP,... …

  • Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police The Malaysian Insider
    Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police

    Initial investigations have revealed that Karpal Singh’s Toyota Alphard crashed into a five-ton lorry in the accident yesterday that claimed his life and that of his assistant, Perak police said today. State police chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani also dismissed rumours and speculation that the accident was caused by the lorry crashing... …

  • Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views The Malay Mail Online
    Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views

    KUALA LUMPUR, April 19 — An interfaith group expressed shock today at the “racist” views of a former high-ranking judge who had called the presence of large Hindu and Buddhist statues in the... …