Perlindungan terbaik untuk kamera berharga anda

Selamat datang ke segmen Fotografi Majalah tech. Kali ini kita akan berbincang sedikit tentang beg kamera anda dan apa jenis yang terdapat di pasaran sekarang. Yelah, nak selamatkan kamera kesayangan anda kan?

Perkara yang paling penting anda perlu ingat ialah kamera anda sebenarnya bukannya kuat sangat. Walaupun pengeluar meletakkan label seperti 'TOUGH' ataupun 'RUGGED' ke kamera anda, ianya tidak lebih daripada kotak plastik penuh dengan litar elektronik dan juga sensor yang sangat rapuh. Lensa anda pula ialah silinder plastik ataupun besi nipis yang penuh dengan gelas yang mudah pecah! Walaupun badan kamera yang tahan lasak digunakan, anda perlu juga untuk menyimpan kamera anda semasa anda tidak menggunakannya bukan?

Sememangnya anda boleh menjadi rambang mata memilih beg yang sesuai untuk kegunaan anda. Tak kisah juka kamera anda kecil ke, besar gaban ke, kompak ke, DSLR ke — akan ada beg yang akan memenuhi kehendak anda.
Jenis Beg

Untuk menyenangkan hidup, ada 5 jenis beg kamera untuk pilihan anda di pasaran sekarang:

- Beg Bahu
- Beg Sandang
- Backpack / Beg Galas
- Beg Keras
- Beg Sarung

Apa kelebihan dan kekurangan setiap beg? Mari kita lihatkan:

Shoulder Bags / Beg Bahu

+ Senang untuk mencapai kamera di dalam beg
+ Datang dalam pelgabai bentuk dan saiz

- Berat sebelah, menyakitkan bahu
- Terlampau banyak peralatan membuatkan beg ini boyot

Beg Galas

+ Berat beg diagihkan dengan sekata di belakang
+ Banyak alatan boleh dimuatkan

- Susah untuk mencapai kamera dengan pantas

Beg Sandang

+ Gabungan beg bahu dan beg galas
+ Boleh disandang ataupun digalas

- Tidak seluas beg galas

Beg Keras

+ Perlindungan terbaik untuk kamera anda
+ Disaluti dengan busa untuk perlindungan tambahan

- Berat

Beg Sarung

+ Beg terkecil di sini
+ Ada beg yang boleh simpan DSLR besar

- Tidak boleh membawa banyak barang

_________________________________________________________________

Seperti yang anda boleh lihat, ada pelbagai jenis beg yang boleh memenuhi apa jua cara anda membawa kamera kesayangan anda. Semasa keluar membeli beg untuk kamera, tanyakan soalan-soalan ini:

- Besar mana beg anda perlukan?
- Berapa banyak lensa yang hendak dibawa bersama?
- Bawa flash tak?
- Apa aksesori yang lain yang akan dimasukkan sekali?

Jawab soalan-soalan ini, kami pasti anda akan berjumpa dengan beg yang diperlukan — saiz, bentuk dan mungkin juga warnanya!

Kami berharap segmen kali ini boleh membantu anda memilih apa jenis beg yang diperlukan.