Permainan bagi skrin besar

Permainan Video sudah jauh berevolusi. Sekarang ramai orang mampu memiliki satu mesin permainan, tak kira ianya PC, XboX, Playstation ataupun Wii (maaflah pengguna Mac). Tapi yang lebih penting, semakin teknologi moden membolehkan harga TV yang besar menjadi lebih murah, lebih dekat kita dengan impian dapat bermain dengan skrin yang besar gedabak. Di sini adalah satu senarai permainan yang patut dimainkan pada skrin yang paling besar kamu boleh beli. Walaupun begitu senarai ini bukan muktamad, dan anda boleh memilih tajuk yang anda sendiri suka

1 - Okami

Walaupun permainan lama kalau dibandingkan dengan tajuk lain pada senarai ini, tapi ia patut berada di paling atas. Di mana permainan moden lebih mementingkan rekaan yang kartun atau 3D yang kelihatan seperti dunia betul, Okami menggunakan seni lukisan sumi-e Jepun. Ini sahaja sudah menjadi sebab kenapa ia patut dimainkan pada skrin yang besar oleh kerana animasi cell shading bagai berus lukisan ini memberikan nyawa yang tersendiri pada karakter. Penggunaan seni lukisan ini penting kerana banyak karakter di dalam permainan ini dipinjam dari cerita dongeng Jepun. Kepada kamu yang tidak tahu lagi mengenai Okami, ia adalah mengenai dewa matahari, Ameterasu yang lahir sebagai serigala putih bagi menyelamatkan dunia. Cara permainan adalah dengan kamu menggerakkan kursos bagi meniru berus lukisan untuk mencapai matlamat kamu. Sebenarnya tak kisah nak main di mana. Main je permainan ni

2 - The Elder Scrolls V: Skyrim

Permainan terbaik 2011 (senyapla korang peminat Portal 2), Skyrim telah melepasi populariti mereka dan telah melahirkan beberapa meme. Bagi kamu yang tidak pernah bermain permainan ini, ia adalah berdasarkan siri permainan berdekad sudah yang diberi nama Elder Scrolls. Kesemua permainan ini ada sangkut paut antara satu sama lain dan mempunyai format dunia terbuka yang sama membolehkan pemain bermain pada kelajuan mereka sendiri. Dengan Elder Scrolls V, ini ditambah lagi dengan grafik yang cantik seperti animasi bahagian musim sejuk di dunia Skyrim. Kamu akan pasti menyukai melihat dunia yang cantik ini pada skrin besar

3 - Rock Band 3

Rock Band 3 adalah satu simulasi yang memaparkan kumpulan kugiran rock melakukan konsert, bagus bagi individu yang tidak dapat mencapai impian mereka untuk menjadi bintang. Pada dasarnya Rock Band adalah satu permainan ritma di mana pemain perlu menekan kekunci warna pada masa yang sama ia keluar di skrin. Siri ini menjadi popular oleh kerana kamu boleh mengawal peralatan musik yang berlainan. Dengan lebih dari 2000 lagu di dalam pengkalan data online, memang ada banyak lagu yang kamu boleh pilih. Kenapa kami letakkan ia pada nombor 3 walaupun grafik permainan ini tidak begitu tinggi? Ini kerana pada skrin besar tidaklah kamu terpaksa bersesak ketika bermain dengan orang lain. Kamu juga boleh membuat headbanging tanpa takut terlanggar kepala orang lain

4 - Shadow of the Colossus

Cara permainan Shadow of Colossus adalam untuk membunuh raksasa yang lebih besar dari diri anda. Tiada tahap untuk dicapai, dilompat atau dimasuki. Tiada karakter cipisan untuk dibunuh beramai ramai. Hanya kamu dan raksasa besar yang kamu perlu bunuh kerana sebab yang tidak dinyatakan. Cara permainan adalah dengan mencari jalan memanjat apa yang kamu kena bunuh dan menetak tempat bercahaya yang adalah tempat lemah mereka (evolusi apa ini?). Sekarang ada sedikit masaalah. Untuk kamu betul — betul menghayati Colossi yang amat besar ini, ia patut dimainkan pada skrin yang besar tapi permainan ini adalah untuk Playstation 2 yang grafik sudah agak lama. Tapi oleh kerana saya sukakan raksasa besar saya masukkan ini pada tempat keempat.

5- Marvel vs Capcom 3

Satu lagi permainan dari 2011, Marvel vs Capcom 3 meneruskan tradisi untuk kita mendapat tahu siapa dapat lawan siapa. Pada kali ini Dr Doom telah bergabung tenaga dengan Alber Wesker untuk cuba menakluki kedua — dua dunia mereka (kesemua karakter Capcom di dalam dunia yang sama ke?). Cara permainan adalah sama dengan tajuk yang terdahulu di mana kesemua perlawanan akan dimainkan pada 2D. Selain dari itu kawalan telah dibubah bagi membuatkan ia lebih senang untuk membuat kombo. Model karakter dibuat dalam 3D menyebabkan ia amat cantik dipandang pada skrin yang besar. Grafik yang cantik, permainan pantas dan penuh aksi dan juga ramai karakter pujaan anda!

6 - Gran Turismo 5

Kegemaran penggemar permainan perlumbaan, Gran Turismo 5 menggabungkan simulasi fizik dengan grafik yang cantik. Ditambah lagi dengan tambahan kereta menjadikan permainan ini amat popular. Siri ini selalu disebut tajuk perdana bagi Playstation untuk menunjukkan kuasa pemprosesan dan grafik mesin mereka. Pembangun permainan ini Kzunori Yamauchi mendakwa kereta di dalam GT5 adalah terdiri daripada 500,000 poligon dibandingkan dengan hanya 300 pada permainan pertama mereka. Hanya ada satu sebab kenapa kamu perlu bermmain GT5 pada skrin besar, dan ini adalah untuk membuat pemilik Xbox mahukan Playstation 3

7 - FIFA 12

Kebanyakan permainan sukan boleh diletakkan di sini tapi pasal tajuk — tajuk tu bukan pasal bola sepak jadi kita boleh lupakan saja. FIFA tebaru ini datang dengan grafik dan juga cara main yang telah diperbaiki dengan AI yang lebih bijak dan juga lebih kawalan pada pemain anda. Mod kerjaya telah diubah bagi memberikan lebih menekankan hubungan pengurus dengan pemain yang membuatkan lebih susah pemain untuk menyertai kelab anda. Bola sepak memang best ditonton pada skrin besar, jadi FIFA pun sama juga

8 — Siri Assassins Creed

Ada lagi tak orang ingat apa jalan cerita permainan ini? Ke semua dah tak kisah? Bandar purba yang terbuka luas adalah bagai padang permainan kamu untuk melakukan lompatan akrobetik sambil untuk cuba menjalankan misi anda. Walaupun jalan cerita permainan ini agak bagus dan boleh dimainkan pada skrin yang kecil, namun untuk betul — betul menghayati luas dunia permainan ini, ia patut dimainkan pada skrin yang bersaiz sekurang — kurangnya 50 inci. Prince of Persia sepatutnya diletakkan di sini namun Assassin's Creed: Brotherhood mempunyai mod multi pemain bagi menggunakan kehebatan persembunyian kamu ke atas pemain lain dan kerana itu kami memilih AC.

9 - Transformers: War for Cybertron

Semenjak beberapa tahun yang lampau, banyak permainan Transformers dikeluarkan dan tak boleh disangkalkan, kebanyakan adalah sampah (macam adaptasi Michael Bay kot). Namun begitu War for Cybertron adalah agak bagus. Pemain akan mengalami konflik Autobots di mana mereka cuba untuk mendapatkan balik planet mereka, Cybertron. Cara permainan adalah gabungan penembak orang ketiga dan juga perlumbaan. Satu misi yang saya suka adalah kamu akan mengawal Decepticon yang bernama Seekers dan berlawan di ruang angkasa. Bagi yang gemarkan Transformers, ini boleh menjadi ganti bagi filem

10 - Call of Duty: Modern Warfare 3/Battlefield 3

Dua permainan ini diasenaraikan sekali kerana dari segi cara bermain dan juga gaya tiada beze antara mereka. Kamu akan disajikan grafik berkualiti tinggi dan juga pelbagai cara untuk membunuh musuh kamu. Pada skrin yang besar, grafik ini akan dapat menggunakan kesemua kuasa pemproses pada XboX360 dan Playstation 3 bagi menunjukkan kekalutan pada padang perang. Skrin yang besar juga bermaksud ia lebih senang untuk melihat apa yang kamu sedang tembak. Sesetengah orang tidak suka permainan penembak orang pertama untuk dimainkan pada skrin besar kerana akan cepat sangat keliru dengan apa yang kamu lihat jadi disebabkan itu tajuk ini berada di paling bawah