Ilham rekaan etnik Indonesia Raden Sirait

MELIHAT serakan rona-rona terang dan hangat dibancuh perincian batu dan labuci, membibitkan rasa eksklusiviti dalam koleksi pereka Indonesia, Raden Sirait.

Tahun ini, paduan rona jubah menggabungkan fabrik songket dan perincian batu serta sulaman sarat di keliling leher untuk menjadikan penampilan si pemakai lebih elegan dan anggun.

Jubah polos diserikan dengan motif songket berwarna-warni bertatah manik menjadi tumpuan penggemar label ini.

Antara yang menjadi perhatian ialah himpunan kebaya Raden Sirait sering menjadi tumpuan kerana menyelitkan elemen-elemen moden daripada aspek perincian, hiasan dan kepelbagaian tekstur fabrik.

“Raden memang gemar menggunakan rona ‘bold’ yang digabungkan dengan warna ‘pastel’ untuk membangkitkan romansa romantik dalam rekaan beliau,” kata Thata Joyce Siragar, pemilik dan pengarah Miracle Ventura-Orlaith Inc.,  syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk jenama Raden Sirait ke Malaysia.

Raden Sirait turut menampilkan Luire by Raden Sirait yang lebih tertumpu kepada koleksi ‘ready-to-wear’ yang mampu dimiliki dengan harga di antara RM150 dan RM600.

“Pencinta koleksi Raden terdiri dari berbilang bangsa termasuk mereka yang menggemari fesyen etnik.

Terkenal dengan gabungan tradisional dan kontemporari, koleksi 'avant garde' Raden Sirait juga pernah menghiasi kapet merah di acara gemilang di Festival Filem Cannes oleh pelakon Indonesia.

Bagi wanita bertudung yang inginkan kelainan pada Syawal ini, Luire turut menampilkan himpunan turban yang cukup menarik.

Masih tidak terlambat sekiranya anda ingin berkunjung ke butik Luire by Raden Sirait yang terletak di Parkson Subang Parade, Parkson KLCC, Parkson Pavilion dan LFL Boutique di aras pertama Subang Parade dan berpeluang menikmati potongan harga sehinga 70 peratus.