Perhiasan Mewah Comyns

JENAMA pertukangan perak tulen, Comyns cuba mengembalikan suasana eksklusif dan mewah hari lebaran menerusi aksesori kontemporari pasu Buloh, jag air berbucu empat dan koleksi pinggan dan pasu siri Ripple.

Raikan kaum keluarga dan sanak saudara dengan gubahan bunga sofistikated dalam pasu Buloh di kediaman anda. Diilhamkan dari perangkap ikan tradisional yang digunakan oleh kaum Iban di Sarawak, ianya diperbuat dari campuran perak membentuk corak yang cukup menarik.

Jadikan meja makan anda 'conversation piece' dengan 'Four Angled Angled Bean Water Pitcher" yang menjelmakan rekaan bentuk unik.

Tambah keindahan deko rumah anda dengan 'Ripple Vase & Platter' yang dibentuk cukup spontan hasil gabungan kaca dan tanah liat.

Koleksi Comyns boleh didapati di Comyns Pavilion KL, Bangsar Shopping Centre, Suria KLCC and cawangan pengedar Royal Selangor.