Sinaran emas Aidilfitri Poh Kong

Dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, serikan penampilan anda dengan koleksi barang kemas Anggun dari Poh Kong.

Jenama terkenal ini mengolah tiga koleksi perhiasan emas – Orkid, Karya Anggun dan Manja buat sang puteri tampil bergaya di hari lebaran ini.

Koleksi terbaru ini menarik kerana ianya akur pada paksi alam semula jadi, koleksi Orkid terbahagi kepada empat set meliputi gelang tangan, loket, subang dan anting-anting – menyentuh lingkaran bunga orkid menjalar dan kelihatan mewah bersinaran di sekitar tangan, leher dan telinga anda.

Karya Anggun mempesona dengan seni kaligrafi halus Arab menghimpun 10 loket berbentuk bunga Melur dan Alamanda yang menterjemahkan kata-kata, ‘Anggun’, ‘Cinta’, ‘Malaysia’, ‘Setiabudi’, ‘Perpaduan’ dan banyak lagi.

Koleksi Hari Raya Poh Kong dijual oleh Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Diamond & Gold.