Polis didesak siasat semula kes Altantuya

Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis meminta agar kertas siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula berikutan kenyataan yang dibuat oleh peguam Americk Sidhu mengenai akuan bersumpah (SD) kedua P Balasubramaniam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, beliau juga meminta agar pihak polis memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Americk, ahli perniagaan Deepak Jaikishan serta peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham bagi memberi keterangan kepada polis berhubung perkara itu.

Shamsul yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 4 petang semalam juga berkata, beliau juga akan menghantar memorandum pada minggu hadapan kepada Cecil bagi meminta penjelasan apakah arahan yang diberikan oleh Najib.

"Kita meminta agar mereka dipanggil polis apabila kertas siasatan dibuka. Polis polis ini dibuat susulan daripada kenyataan Americk semasa mesyuarat agung (AGM) Majlis Peguam pada 16 Mac lalu.

"Dalam mesyuarat itu, Americk buat kenyataan bahawa Najib mengarahkan peguam Cecil Abraham buat SD kedua PI Bala bagi mengubah kenyataan asal.

"Kita juga akan hantar memorandum pada Cecil minggu hadapan untuk minta penjelasan apa arahan yang diberi Najib," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Sebelum ini, dalam AGM itu, Americk membuat aduan serius semasa membahaskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengarang akuan berkanun kedua Balasubramaniam.

Americk mendakwa beliau menemui pengarang tersebut - didakwa Cecil - yang memberitahunya bahawa beliau membuat akuan bersumpah itu atas arahan timbalan perdana menteri pada masa itu iaitu Najib.

Sehubungan itu, pada 16 Mac lalu, Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan Cecil.

Pengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong berkata, Bar Malaysia juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes yang melibatkan dua anggota polis itu.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …