PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA INDIA TAWAR 3,200 TEMPAT DI LIMA INSTITUSI

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama ) - Program Latihan Kemahiran Belia India

menawarkan 3,200 tempat untuk pelajar India melanjutkan pendidikan kemahiran dan

teknikal di lima institusi kemahiran di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata program yang

diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ucapan Belanjawan

2013, merupakan usaha kerajaan untuk memastikan golongan belia India memperoleh

akses pendidikan kemahiran dan teknikal dengan lebih teratur dan inklusif ke

arah meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.

"Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk program khas ini bagi melatih 3,200

pelajar India memperlengkap mereka dengan kemahiran, selaras dengan permintaan

pasaran pekerjaan.

"Kerajaan berharap program ini akan meningkatkan tahap kemahiran kepada

pelajar India yang miskin yang memperoleh keputusan kurang memuaskan dalam

peperiksaan untuk mendapat peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan,"

katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau menambah program ini merupakan usaha kerajaan untuk menyelesaikan

masalah sosial dalam kalangan remaja India khasnya mereka yang tidak mendapat

kelulusan yang memuaskan dalam peperiksaan.

-- LAGI

INDIA-LATIHAN 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

Subramaniam berkata lima insitutisi yang dikenal pasti untuk menerajui

pelaksanaan program itu ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat

Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) di

bawah Kementerian Sumber Manusia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di

bawah Kementerian Belia dan Sukan serta Kolej Komuniti di bawah Kementerian

Pengajian Tinggi.

Beliau berkata kursus-kursus yang dipilih berdasarkan permintaan tinggi dan

lebih peluang pekerjaan dan antaranya termasuk kimpalan, elektrik, elektronik,

automatif, membaiki penghawa dingin, teknologi binaan bangunan, teknologi

mikroelektronik, penyelenggaraan motosikal, dan kejuruteraan telekomunikasi.

"Kemasukkan pertama program ini ialah pada sesi Julai tahun ini.

"Segala kos termasuk kos pengajian, penginapan asrama, elaun latihan

industri, elaun sara hidup, perlindungan insurans kemalangan sepanjang pengajian

dan bayaran Sijil Kemahiran Malaysia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,"

katanya.

Subramaniam berkata program ini agak unik kerana pemantauan berterusan

selama tiga tahun akan diadakan untuk memastikan pelajar menamatkan kursus dan

penempatan pekerjaan bagi pelajar yang layak.

Katanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berumur 17 hingga

35 tahun boleh memohon dengan mengisi borang yang diiklankan dalam surat khabar

atau secara dalam talian.

"Permohonan boleh dibuat dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

-- BERNAMA

KHL KHL KLS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …