PROGRAM PEMULIHAN DIDIK BEKAS BANDUAN UNTUK BERDIKARI

  • Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin
    Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin

    DAP today extended an invitation to both the prime minister and his deputy to be guests of honour at a memorial service for the late Bukit Gelugor MP Karpal Singh tomorrow to prove that the event is non-political. Gelang Patah MP and party adviser Lim Kit Siang (pic) said the invitation has been extended to Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri... …

  • Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris
    Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris

    Police in Western Australia have attended to a report of material washed ashore 10 kilometres east of Augusta and have secured the material, the Joint Agency Coordination Centre in charge of the search for Malaysia Airlines flight MH370 in the southern Indian Ocean said in a statement. The Australian Transport Safety Bureau (ATSB) is examining... …

  • Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama
    Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama

    Malaysia's Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin (pic) has denounced political and religious extremists in Malaysia, saying they did not belong "in our society". Addressing more than 800 Malaysian university students who had come from all parts of Australia to attend the Second Malaysian Summit of Australia (Masa) in Melbourne, he... …

  • Selangor MCA reveals receipts for 'illegal water sales'

    Selangor MCA has produced a quotation and receipts from a private water-tanker operator, purportedly revealing that he had sold water to the industrial community at prices up to 23 times more than what he had paid the water concessionaire. A document distributed to the media shows that the operator had bought water on March 4 from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) at RM2.07 per 1,000 litres, but was sold to industrial users at RM48.48. Selangor MCA information bureau deputy …

  • Cops will act if May 1 rally 'threatens public order'

    The police will act against the May 1 anti-GST rally if it is found to threaten public order, Kuala Lumpur Criminal Investigations Department (CID) deputy chief ACP Khairi Ahrasa said today. "So far, our actions are to ensure peace, but if there is a threat against public order, we will take action," he told a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters. Asked whether the police have identified individuals who will be the main personalities behind the rally, like how they did for …

  • PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks
    PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks

    PETALING JAYA, April 23 -- Following the annual controversy over the allocation of federal scholarships, PKR today announced a special panel to help deserving secondary school leavers appeal... …

KAJANG, 6 Mac (Bernama) -- Masih ramai masyarakat memandang serong serta

mempunyai perasaan takut terhadap bekas penghuni penjara yang mempunyai rekod

jenayah silam.

Namun tanpa disedari ramai penghuni di sebalik ''tirai besi'' itu setelah

melalui beberapa aktiviti pemulihan mampu berubah menjadi individu normal lain

selepas dibebaskan.

Baru-baru ini penulis menemubual Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan Jabatan

Penjara Malaysia (JPM), Darussalam Budin di pejabatnya di sini, untuk mendekati

dengan lebih lanjut mengenai aktiviti pemulihan dalam penjara untuk menjadikan

penghuninya seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

FASA PEMULIHAN

Darussalam berkata dalam usaha membentuk semula sahsiah diri setiap penghuni

penjara, banduan dimestikan melalui empat fasa pemulihan di mana setiap fasa itu

dinilai dan diberi markah sebelum melangkah ke fasa berikutnya.

Fasa pertama dalam pemulihan lebih kepada membina semula disiplin dalam diri

setiap banduan seperti berkawad, melalui fasa yang dijalankan selama dua bulan

ini, ciri-ciri kehidupan orang berdisiplin akan diterapkan.

"Kalau banduan berulang, pelatih akan menggunakan modul berulang kepada

banduan dan jika banduan pertama kali akan digunakan modul orientasi," katanya.

Fasa kedua, yang mengambil masa enam bulan melibatkan penerapan akhlak yang

baik dalam diri banduan.

"Untuk banduan berulang, kalau beragama Islam menjurus kepada pendidikan

halaqah kalau bukan Islam dan banduan disabitkan kesalahan dadah kepada modul

terapi komuniti, dan untuk banduan jenayah kecil diterapkan modul bimbingan,"

tambah Darussalam.

Melangkah ke fasa ketiga pula ialah pemulihan dalam bentuk bagaimana untuk

mengawal kemarahan, tekanan serta masalah kewangan di mana kawalan kemarahan

juga harus diterapkan dalam sel bagi mengelakkan banduan melakukan jenayah.

"Kalau dulu, untuk fasa ini kita latih kemahiran dalam bentuk vokasional,

tetapi sekarang lebih kepada ilmu untuk mengatasi stres. Kebiasaannya untuk fasa

ini banduan jangka panjang akan merasainya," katanya.

Terakhir ialah fasa keempat iaitu persiapan sebelum banduan bebas di mana

mereka akan dididik bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas

bebas kelak.

"Mereka akan diajar cara untuk berhadapan dengan tanggapan masyarakat yang

memandang serong terhadap mereka. Kebiasaannya banduan yang berada dalam penjara

untuk jangka masa melebihi enam tahun akan sempat berada dalam fasa ini,"

katanya.

PEMULIHAN BERKESAN

Darussalam menyifatkan pemulihan yang diberi adalah berkesan dan banduan

telah mempraktikkan segala pemulihan yang diajar selepas dibebaskan.

Ini terbukti apabila kadar residivis (kemasukan berulang) pada tahun lepas

hanya 7.97 peratus daripada kira-kira 27,000 banduan (sabitan).

"Jangkaan kita ialah 10 peratus tetapi ia tidak sampai dan ini menunjukkan

pemulihan yang kita berikan sangat berkesan," katanya.

Melalui aktiviti dalam penjara juga dapat dilihat bahawa penghuni di

dalamnya mempunyai peraturan seharian yang sangat teratur dan berkemungkinan

manusia di luar tidak mempunyai kehidupan yang sebegitu.

"Mereka (banduan) mempunyai aktiviti yang sangat teratur seperti waktu makan

dan waktu menunaikan perintah Allah," katanya.

TANGGAPAN MASYARAKAT

Darussalam menganggap tanggapan serta penerimaan masyarakat juga menjadi

faktor yang penting ke arah perubahan setiap banduan.

Oleh itu, Jabatan Penjara mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan antara

jabatan dengan masyarakat.

"Antara program yang kita laksanakan ialah program pemulihan kemasyarakatan

dan kekeluargaan, program pemulihan di luar tembok serta program rumah

perantaraan," katanya.

Program pemulihan kemasyarakatan dan kekeluargaan ialah program yang

melibatkan penyertaan golongan profesional dan pelajar menganggotai badan

sukarela mengikut kepakaran masing-masing.

Antara sukarelawan yang telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara ialah

Persatuan Membantu Bekas-bekas Banduan, Pengasih dan Angkatan Belia Islam

Malaysia (Abim) serta persatuan-persatuan agama seperti Malaysian Care, Buddist

Care Centre dan Malaysia Hindu Sangam, dalam usaha memberi pemulihan kepada

banduan.

Terdapat juga program pemulihan di luar tembok penjara di mana pada tahun

2011, kira-kira 1,200 banduan ditempatkan di lima kem tentera di seluruh negara,

termasuk sebuah di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan untuk tujuan

pemulihan.

Program lain ialah program ''Rumah Perantaraan'' di mana terdapat 14 buah

pusat didirikan di seluruh negara sejak Mei 2011. Banduan akan ditempatkan di

rumah berkenaan bagi tempoh tiga bulan sebaik dibebaskan dari penjara.

"Tempat ini untuk mereka yang tidak diterima keluarga dan masyarakat dan

ditempatkan sementara sehingga memperoleh pekerjaan dan seterusnya mampu membina

sahsiah diri selepas tempoh itu.

Sementara itu, seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Joe, 22,

yang mempunyai seorang rakan bekas banduan berkata, kehidupan setahun setengah

rakannya di dalam penjara dilihat banyak perubahan dan tidak dinafikan lebih

baik dari sebelum dipenjarakan.

"Rakan saya itu dipenjarakan kerana bergaduh, tetapi selepas dibebaskan

tingkah lakunya sangat berbeza dan beliau sekarang lebih banyak menghabiskan

masa dengan keluarga," katanya.

LUAHAN PENGHUNI SEL

Tiong, 37, (bukan nama sebenar) penghuni di penjara Kajang sejak lapan tahun

lepas di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang

membawa hukuman penjara seumur hidup menganggap pemulihan di dalam penjara amat

memberi kesan yang mendalam di dalam hidupnya.

Tiong berkata melalui latihan yang diberi, beliau kini mahir menjahit

pakaian perempuan.

"Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk belajar menjahit, tetapi bila

sudah mencuba rasa seronok pula," katanya.

Beliau berasa sangat bersyukur kerana ditangkap dan dipenjarakan daripada

ditembak mati ketika melakukan jenayah dan baginya hukuman penjara seumur hidup

mengajarnya bahawa takdir memberi peluang kedua untuk hidup dan memperbaiki

karmanya ke arah yang lebih baik.

"Pengetahuan, pengalaman serta pemulihan yang ditimba di dalam penjara

mengajar saya mengenal erti kemanusiaan dan ia mendidik saya berusaha menjadi

seorang insan yang lebih berdisiplin serta menerima hakikat untuk kehidupan yang

lebih elok tiada cara lain selain berusaha melalui cara yang baik," katanya.

-- BERNAMA

NAK2 MRA CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …