PRU13: Semua calon sudah sedia di garisan permulaan

  • Now, Putrajaya denies giving RM100 million grant to bank-rejected firm

    Putrajaya today denied that it had awarded NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd (NSERC) a RM100 million grant, as claimed by a PKR leader. Malaysiakini reported that Deputy Science, Technology and Innovation Minister Datuk Abu Bakar Mohd Diah today revealed the list of grant recipients by his ministry. The list, which has more than... …

  • Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit
    Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit

    Barack Obama will this weekend become the first US president to visit Malaysia for nearly 50 years, seeking to put decades of uneasy relations behind him as both cast wary eyes on a rising China. Obama – who visits Saturday-Monday – is expected to tout the US's friendship with the economically thriving moderate Muslim nation. As one of... …

  • Malaysian jailed 8 weeks for Singapore border dash

    A Malaysian motorist who tried to dodge Singapore's border control has been jailed for eight weeks after a judge rejected his pleas that he was lost and overheating in his car, officials said today. Koh Chin Had, a 42-year-old poultry seller, tailgated another car passing through a raised barrier on April 13, triggering a security lockdown on... …

  • KL school not allowed as Karpal memorial venue

    The Education Department has rejected the use of a school in Kuala Lumpur for a memorial service for Karpal Singh as it is perceived as a political event, said its organisers DAP in a press conference today. The memorial service was scheduled to be held tomorrow night at SJK(C) Chung Kwo near Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, said acting DAP chairperson Tan Kok Wai. …

  • Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit
    Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit

    Student group Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) is against US President Barack Obama's (pic) scheduled visit to Universiti Malaya on Sunday where he is expected to host a town hall session with young leaders from Southeast Asia. In a statement, the student group said that this was because Obama had disappointed many quarters, including... …

  • Cops to act on May 1 rally if 'public order threatened'

    The police would act against the May 1 anti-GST rally if it is found to be threatening public order, Kuala Lumpur Criminal Investigations Department (CID) deputy chief ACP Khairi Ahrasa said today. Khairi ( at podium ) said so when pressed by reporters on whether the cops were planning to make any pre-emptive arrests ahead of the rally, in order to prevent the rally from going on as planned. …

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Semua parti politik sudah bersedia di garisan permulaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan tekanan semakin dirasai memandangkan tarikh pengundian, 5 Mei ini, semakin hampir.

Tindakan melobi keterlaluan menyaksikan pertukaran senarai calon di saat akhir bukan sahaja oleh Barisan Nasional (BN) tetapi juga kem pembangkang yang telah menimbulkan ketegangan, terutama antara DAP dan PKR.

Calon yang bertanding atas tiket Bebas mungkin bilangannya lebih ramai kali ini selepas nama mereka tidak disenaraikan dan PRU13 bakal menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru.

Kita telah memutuskan calon. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah merapatkan barisan dan membantu calon untuk menang
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tweet this
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah meminta semua pihak bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar dan aman bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjelang penamaan calon, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai BN pada pilihan raya untuk pertama kali sebagai Perdana Menteri dengan manifesto ''Rakyat Didahulukan'' kembali ke kawasan Parlimen Pekan dan menyertai penduduk tempatan untuk menunaikan solat Maghrib dan hajat di Masjid Sultan Abu Bakar.

Beliau akan menyerahkan kertas pencalonan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pagi esok.

Najib berharap mendapat mandat yang besar daripada rakyat untuk meneruskan agenda transformasi kerajaan untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia yang beliau mulakan empat tahun lepas selepas mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebagaimana sebelum ini, BN menampilkan calon bagi semua kerusi yang dipertaruhkan. Pada PRU 2008, BN memperoleh tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN tanpa bertanding pada hari penamaan calon manakala pembangkang PAS mendapat satu kerusi DUN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berada di Johor hari ini, menyeru penyandang yang tidak disenaraikan supaya menghormati keputusan kepimpinan BN.

"Kita telah memutuskan calon. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah merapatkan barisan dan membantu calon untuk menang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah Sungai Terap, di sini.

Muhyiddin mengingatkan parti pembangkang agar tidak memutar belit fakta dan mengaitkan Umno dengan sebarang keputusan yang dibuat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), yang merujuk kepada siasatan dakwaan penyelewengan ketika pemilihan parti berikutan aduan daripada beberapa anggota DAP.

ROS menyatakan pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada PRU13.

Berlaku kekeliruan berhubung logo yang akan digunakan DAP selepas pengerusinya Karpal Singh berkata parti itu akan bertanding di bawah logo PAS di Semenanjung Malaysia dan menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak.

Penasihat parti itu, Lim Kit Siang berkata di Johor, bahawa parti itu mungkin akan menggunakan pendekatan itu manakala setiausaha agung parti Lim Guan Eng memberitahu media di Pulau Pinang bahawa calon mereka akan membawa dua surat watikah, satu daripada DAP dan satu lagi daripada parti alternatif untuk penamaan calon.

DAP yang akan bertanding di 53 kerusi Parlimen dan 103 kerusi DUN, terus berdepan dengan tentangan di Kedah berhubung pilihan calonnya bagi DUN Derga dan Kota Darul Aman.

Di IPOH, kira-kira 60 penyokong DAP mengadakan bantahan di depan Pejabat DAP negeri ekoran tidak berpuas hati apabila penyandang kerusi DUN Jalong Leong Mee Meng digugurkan daripada senarai calon parti.

Dalam apa yang dilihat sebagai serangan terlebih dahulu, PKR mewajibkan calonnya membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka belot selepas menerima watikah calon untuk bertanding sama ada bagi kerusi DUN atau Parlimen, kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.

Di JOHOR, yang bakal menyaksikan pertandingan sengit antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Kit Siang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah akan mengesahkan pertandingan mereka di Dewan Serbaguna Skudai, iaitu venue yang sama bagi keputusan siapakah pemenangnya.

Di KEDAH, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang bertanding di kerusi DUN untuk pertama kalinya, akan ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu untuk mengesahkan pencalonan beliau bagi kerusi Ayer Hitam di bawah kawasan Parlimen Jerlun yang beliau menangi semasa penyertaan sulung beliau pada pilihan raya 2008.

Tumpuan terhadap Mukhriz, yang juga satu-satunya anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik dan beliau dilihat sebagai bakal menteri besar Kedah setelah BN berusaha mendapat kembali negeri itu yang jatuh ke tangan pembangkang buat pertama kalinya pada 2008.

Di KELANTAN, Datuk Seri Mustapa Mohamed, seorang daripada dua calon BN yang akan bertanding untuk dua kerusi pada pilihan raya ini, akan menyerahkan borang pencalonan beliau di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli bagi mempertahankan kerusi Parlimen Jeli dan beliau kembali bertanding DUN Air Lanas yang dimenanginya sebelum ini pada 2004.

Veteran Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah, yang dinamakan calon untuk mempertahankan kubu kuatnya Gua Musang, telah menolak spekulasi bahawa beliau akan keluar Umno dan menyertai pembangkang pada PRU.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyertai PAS dan akan tetap bersama Umno dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di Gua Musang.

-- BERNAMA

TCL TCL GR KLS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …