Advertisement

REVIU kamera siri EOS -1D MARK IV

Pengeluar jenama Canon tidak asing lagi dalam menghasilkan pembuatan kamera berteknologi tinggi sesuai dengan peredaran teknologi. Walaupun kekuatan pesaing dari jenama berasingan Canon masih gah dengan jenama unggul siri 1D untuk kamera digital.

Kali ini penulis mengupas tentang kewujudan kamera Canon EOS- 1D Mark IV. Belum tertalu lewat untuk mengemudi jenama ini di pasaran kerana khususnya kamera berteknologi ini mampu memberikan daya tahan dan jangka hayat lama bergantung dengan cara penggunaan jurufoto.

Kemunculan siri terbaru kamera Canon kategori 1DX di pasaran tetapi Canon EOS 1D Mark IV masih mendapat tempat di kalangan jurufoto professional amnya. Canon Mark IV dicipta khas oleh professional untuk professional.

Pemprosesan Dual Digic 4 —CMOS sensor dengan kekuatan 16.1 megapixel masih berada dalam kelas professional. Bagi jurufoto yang menginginkan kualiti dalam bentuk format RAW, Canon EOS-1D Mark IV tidak harus dipersoalkan lagi kemampuannya.

Didatangi dengan 45unit titik fokus AF ditambah dengan 39 struktur titik fokus-silang berfungsi mempercepatkan kaedah memfokus dengan penggunaan AI Servo. Kejuteraan ini telah di pertingkatkan kini dengan AI Servo II digabungkan dengan 10 bingkai sesaat untuk kesinambungan rakaman.

EOS -1DMark IV boleh merakam dalam situasi pantas terutamanya pergerakan fotografi sukan. Ia juga memastikan titik fokus tepat dan jelas daalm apa jua situasi.Dari segi julat ISO kamera ini mempunyai dari 100-12800 (boleh mencapai sehingga 102400 dalam mod H3). Untuk rakaman kawasan rendah ia tidak mustahil untuk melakukannya.

Rekaan bentuk badan masih sama seperti siri 1D terdahulu cuma kelebaran pada skrin paparan untuk kepuasan jurufoto dalam melihat imej rakaman. Struktur badan di saluti magnesium aloi disamping kemasan bahagian luar terutama nya pada panel butang pengatup untuk anti habuk, kalis air serta mengelakkan gangguan semasa rakaman cuaca buruk.

Bagi jurufoto yang trend terkini menggunakan format video DSLR, Canon EOS-1D Mark IV tidak ketingglan dalam memperincikan format ini. Definisi tinggi (HD) rakaman mencapai ukuran 27.9mm x 15.7mm, menyamai kawasan rakaman video untuk sebuah filem.

Antara pertambahan kelebihan rakaman video dalam siri the EOS-1D Mark IV imbangan kesamarataan dedahan julat rakaman untuk penataan cahaya, ISO, pengatup dan bukaan lubang cahaya untuk mod auto. Selain itu juga penghlihatan terus menerus (live view) juga didapati walaupun tanpa rakaman video.

Kelebihan memiliki kamera Canon EOS-1D Mark IV adalah amat berbaloi dari sudut penggunaan lasak dan kemantapan dari sudut penghasilan foto berkualiti bagi jurufoto yang mementingkan aspek taraf profesionalisama dalam berkarya.