Advertisement

RIM Kini Dipanggil Blackberry

Syarikat dari Kanada ini, yang terkenal dengan peranti Blackberry mereka, kini telah mengambil nama produk termahsyur mereka sebagai nama syarikat. Sebelumnya dikenali sebagai Research in Motion, mereka kini dikenali sebagai Blackberry.

Di majlis pelancaran Blackberry 10 mereka baru-baru ini, mereka mengumumkan penukaran nama syarikat mereka dan kini menggunakan nama Blackberry sebagai nama rasmi mereka.

Kami berharap dengan pertukaran nama ini, Blackberry dapat menjadi nama yang disegani semula di seluruh dunia. Bak kata CEO, Thorstein Heins,"Pelanggan kami menggunakan Blackberry, pekerja kami bekerja untuk Blackberry, pemegang saham kami adalah pemilik peranti Blackberry. Maka, RIM kini dikenali sebagai Blackberry."