Sambutan Hari Ibu haram?

  • Express bus drivers say crashes not entirely their fault
    Express bus drivers say crashes not entirely their fault

    KUALA LUMPUR, April 24 — Swift enforcement and a proper monitoring system must be put in place as bus drivers and passengers shared their views over the Transport Ministry’s latest guidelines on... …

  • MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama
    MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama

    Preliminary investigation findings on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH192 incident has revealed that the number three main wheel of the aircraft had burst during take off. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the aircraft was currently grounded at the MAS Engineering facility in Kuala Lumpur International... …

  • Bible banned from Pahang hotel rooms – Bernama

    The Pahang Islamic and Malay Customs Council (MAIP) has prohibited hotel proprietors in the state from placing religious reading materials of other religions other than Islam in their rooms. According to MAIP deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, a letter of prohibition on the matter had been sent to 147 hotels across the... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report. We've sent it to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, …

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Tayangan video berdurasi 10 minit sempena sambutan Hari Ibu di sebuah hotel di sini baru-baru ini, yang menyorot pengorbanan dan kasih seorang ibu dalam membesarkan anak yang masih kecil selepas kematian suami, telah membuatkan hadirin menitiskan air mata.

Dengan lampu dewan dimalapkan ketika penayangan video dimainkan, ia tidak lagi dapat diselindungi bahawa penayangan video itu terbukti meninggalkan kesan yang mendalam di hati sesetengah tetamu yang hadir pada sambutan Hari Ibu di Hotel De Palma, Ampang di sini Ahad lepas.

Seperti juga di hotel lain sekitar kota raya ini, Hotel De Palma, mempunyai senarai program untuk seisi keluarga untuk menikmati dan menyambut hari berkenaan bagi menghargai jasa ibu masing-masing.

Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan untuk menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar "ibu, mama, emak" atau apa sahaja panggilannya.

Baca juga: Najib harap rakyat tunjuk penghargaan kepada ibu

SAMBUTAN HARI IBU HARAM?

Pada hari itu, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam mengekspresikan ucapan ''terima kasih'' kepada insan istimewa ini.

Ada yang menghadiahkan ibu mereka dengan sejambak bunga dan pelukan kasih, membelikan rantai mahupun gelang, meluangkan masa makan bersama di tempat istimewa ataupun melancong ke destinasi menarik.

Malahan, ketika inilah pelbagai promosi hadiah, tawaran hidangan istimewa di restoran dengan diskaun harga mewarnai ruang akhbar, Internet dan risalah sebagai antara alternatif kepada anak untuk meraikan ibu mereka.

Namun, dalam kemeriahan sambutan menggembirakan insan bernama ibu ini terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan atau tidak harus meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari ''Mother of Church''.

Akan tetapi, adakah benar dakwaan sedemikian?

Baca juga: Bertazkirah sambil meraikan Hari Ibu di hotel

IA BUKAN HARAM

"Mereka kata sambutan Hari Ibu ini adalah haram kerana ada orang yang menyatakan sedemikian. Jangan cepat-cepat keluarkan fatwa, hukum. Apabila orang tanya saya apakah hukumnya menyambut Hari Ibu, saya jawab sila rujuk pada majlis fatwa.

"Setakat ini majlis fatwa tidak menyatakan ia haram malahan Jabatan Agama Islam Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa sambutan Hari Ibu adalah ''harus''," jelas pendakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias ketika menyampaikan tazkirah sempena Hari Ibu di Hotel De Palma, Ampang.

Mengulas lebih lanjut akan isu berkenaan, Mohd Kazim berkata sambutan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia adalah jauh berbeza dengan pengamalan Yunani purba atau Greece purba yang mana mereka mendewa-dewikan ibu pada hari berkenaan.

Berbanding di sini, sambutan Hari Ibu hanyalah berorientasikan ataupun meliputi aspek penceriaan warga ibu oleh anak mereka dan tidak lebih daripada itu, jadi tidak timbul akan kewujudan ''pengharaman'' berkenaan.

Lagipun adakah menjadi satu ''kesalahan'' untuk menggembirakan insan yang telah banyak berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anaknya itu, satu persoalan berbangkit yang dikemukakan Mohd Kazim pada sesi tazkirah berkenaan.

TIDAK ADA DALAM AL-QURAN PUN

Biarpun begitu, masih lagi terdapat mereka yang ''sempit'' pemikiran dalam pertikaian berhubung isu berkenaan apabila mendakwa sambutan Hari Ibu tidak termaktub dalam Al-Quran yakni kitab Allah yang maha agung itu.

"Saya sudah buka dalam Al-Quran tidak pula disuruh sambut Hari Ibu.

Memanglah tidak ada sambutan Hari Ibu dalam Al-Quran. Tetapi, ada satu perkataan yang disebut "berbuatlah baik kamu kepada ibu bapa kamu," katanya.

Islam sendiri telahpun meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Ini bermakna, anak sudah pasti tidak mendapat ''tiket'' ke syurga tanpa keredaan ibunya biarpun sebaik mana pun amalan soleh yang dilakukannya itu.

Malahan, Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".

Justeru, biarpun sambutan Hari Ibu tidak termaktub secara jelas dalam al-Quran namun implikasi menunjukkan akan betapa besarnya pengorbanan seorang ''ibu'' sehinggakan Rasulullah SAW telah menyebutkannya sebanyak tiga kali untuk berbakti kepada ibu mengatasi lain walaupun kepada bapa sekalipun.

TENGOK KEPADA PENGISIAN

Dalam meraikan orang yang tidak pernah mengeluh mahupun berputus asa mendepani onak dan duri membesarkan anak, ia juga harus dilihat dalam konteks pengisian sambutan Hari Ibu.

Mohd Kazim menjelaskan bahawa sambutan Hari Ibu ''diharuskan'' berlandaskan kepada beberapa faktor dan ini termasuklah ia bukan diraikan seperti perayaan hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

"Perbuatan meraikan Hari Ibu ini bukanlah seperti hari raya. Ia bukannya wajib, sunat pun tidak, haram pun tidak. Hukumnya harus, maknanya kalau kita hendak sambut pun boleh, tidak mahu pun tidak mengapa.

"Ia bukanlah satu perayaan khusus untuk orang Islam sambut sebab itulah tokoh ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan ia adalah harus," katanya.

Menggembirakan ibu sememangnya termaktub jelas dalam ajaran agama Islam namun ia juga perlulah berlandaskan kepada batasan syarak dalam pengisian sambutannya serta niat yang betul.

Tidak kisahlah apa cara sekalipun sama ada membawa ibu mengerjakan umrah mahupun sebagainya namun janganlah ia diisi dengan unsur-unsur yang menyalahi akidah, sekali gus menjadikannya sebagai haram disambut.

SAYA SAMBUT TETIAP HARI

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut menegur sebilangan anak hari ini yang mempertikaikan sambutan hari berkenaan kerana disifatkan tiada logikal untuk meraikan dan menyayangi ibu pada setahun sekali.

Katanya, tidak dinafikan adalah menjadi kewajipan para anak sekalian untuk menghargai ibu mereka pada setiap masa dan bukannya setahun sekali.

Namun begitu, beliau ingin memperluaskan konsep pemikiran sesetengah warga anak itu untuk berpandangan lebih jauh akan makna tersirat di sebalik sambutan berkenaan.

"Memanglah kita sayang ibu kita setiap hari, setiap saat dan masa. Tetapi, ada satu hari yang istimewa kita bawa emak kita pergi jalan-jalan, belikan hadiah istimewa dan sebagainya yang kita raikan ibu kita secara luar biasa.

"Ini untuk menghargai ibu kita, dia akan seronok dan gembira," tambahnya.

Lagipun, apalah salahnya untuk meraikan hari ibu pada dasaran penuh keistimewaan sementelah mereka tidak pernah letih mahupun berkira dalam menyejahterakan kehidupan anak.

Tambahan pula, sejuta sekalipun pengorbanan dan wang ringgit yang diberikan anak kepada ibunya, sedikit pun tidak tertanding akan nilai setitik susu ibu yang mengalir dalam badan mereka.

Justeru, hargailah dan limpahilah kehidupan ibu anda dengan penuh kasih sayang apatah lagi masa mereka untuk mengecapi nilai kegembiraan pun bukanlah selama mana, akhiri Mohd Kazim.

-- BERNAMA

SKMS CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …