SARAWAK TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2013

KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan

Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di beberapa

lokasi di sini, mulai 22 hingga 27 Mei depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail berkata sambutan

Hari Muzium Antarabangsa diraikan setiap tahun pada 18 Mei dan tema tahun ini

ialah ''Muzium (Kenangan + Kreativiti = Perubahan Sosial)''.

"Sebanyak 21 muzium dari seluruh negara, dua dari Indonesia dan satu dari

Australia akan mengambil bahagian bagi menjayakan sambutan kali ini," katanya

pada sidang akhbar mengenai sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat

kebangsaan 2013, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Ipoi Datan.

Menurut beliau, Presiden International Council of Museums (ICOM)

Dr Hans-Martin Hinz dijangka hadir pada sambutan kali ini.

-- LAGI

SARAWAK-SAMBUTAN 2 (AKHIR) KUCHING

Ibrahim berkata melalui sambutan itu, orang ramai berpeluang mengunjungi dan

mengenali muzium dengan lebih dekat selain mendidik mereka untuk bersama-sama

melindungi warisan budaya bangsa.

Ia juga sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang

dimainkan oleh muzium.

Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan itu ialah pameran, larian

muzium, kembara muzium dan seminar, katanya.

"Lebih menarik sambutan kali ini turut diadakan bersempena Sambutan ulang

tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia dan juga Tahun Melawat Sarawak

2013," katanya.

-- BERNAMA

NBA2 NBA2 RAM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …