Selamatkan Data Penting Anda!

Backup Data Anda!

Bertahun-tahun anda telah mengumpul informasi yang penting buat diri anda – gambar orang kesayangan, kertas-kertas kerja, video dari percutian dengan ahli keluarga. Semua diletakkan di dalam cakera keras komputer anda. Akan tetapi dengan tiba-tiba semua data ini boleh hilang dalam sekelip mata – akibat kebakaran, kecurian, malahan kerosakan cakera tersebut. Kami di Majalah Tech telah melalui detik-detik gusar dimana kami tidak tahu jika data di dalam cakera keras kami masih selamat atau tidak. Kami juga pernah kehilangan data akibat cakera keras yang menyimpan gambar-gambar berharga rosak dan tidak boleh digunakan semula.

Jadi kami ingin memberi beberapa tip-tip untuk anda menyimpan dengan selamat data anda atau lebih dikenali sebagai backup. Diharap tip-tip ini dapat menyelamatkan anda dari kerugian dari segi wang mahupun emosi apabila cakera keras anda tiba-tiba rosak/hilang/punah:

Pelan backup anda

Buat pelan untuk backup anda

Anda harus fikirkan lokasi yang anda ingin buat – ianya selamat? Tak ada bencana alam? Kawasan yang tinggi/rendah laporan kecurian? Berapa besar storan yang anda perlukan untuk membuat backup buat pertama kali dan juga backup harian? Jika soalan-soalan ini boleh dijawab, anda boleh mulakan pelan backup anda.

Sediakan rutin untuk backup

Jadikan backup sebahagian daripada rutin anda. Tetapkan waktu tertentu setiap hari atau setiap dua hari sebagai waktu untuk menyimpan data penting ada. Anda tidak perlu mmbazir masa yang banyak – sejam pun sudah mencukupi.

Pilih fail yang perlu sahaja

Ikut data anda – pilih apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk disimpan

Tak semestinya anda perlu menyalin keseluruhan cakera keras anda untuk dijadikan sebagai backup anda. Anda boleh pilih apa data yang perlu di-backup, dari folder mana ianya berasal dan juga jenis fail yang akan disimpan.

Pastikan data yang telah di-backup boleh dibaca can diguna semula

Tidak guna kalau data yang disimpan rosak dan tidak boleh digunakan. Jika anda menggunakan perisian untuk backup, anda dinasihatkan untuk memeriksa fail yang tel;ah di-backup. Kalau perisian yang anda gunakan boleh memeriksa fail-fail tersebut, gunakan fungsi tersebut agar usaha anda tidak sia-sia

Simpan salinan data di tempat dari lokasi backup

Jika boleh, buat satu salinan yang lain fail-fail backup anda dan letak salinan ini di lokasi sekunder untuk keselamatan fail anda. Ini mungkin macam berlebihan tetapi lebih baik sebelum nasi menjadi bubur. Jika data anda hilang walaupun anda telah lakukan sedaya upaya yang boleh, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai data anda – walaupun ianya versi yang lama.

Pastikan peranti yang digunakan bagus

Gunakan peranti/perisian yang direka untuk backup

Ramai pengeluar kini mempunyai peranti dan perisian yang direka khas untuk memudahkan pengguna membuat backup data penting mereka. Jenama seperti Western Digital, Seagate, Buffalo, Iomega dan banyak lagi mempunyai produk yang senang untuk digunakan. Kebanyakan daripada produk ini hanya perlu cucuk, dan boleh terus digunakan.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.