Selepas Surface RT, Kini Datangnya Pro 7 Jun Ini

Microsoft telah mengumumkan bahawa selepas Surface RT yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, bahaa mereka akan membawa model Pro mereka ke pasaran tempatan mulai 7 Jun ini.

Perbezaan diantara dua model ini besar. Surface RT menggunakan prosessor NVIDIA Tegra 3 yang berasaskan binaan ARM, manakala Surface Pro akan menggunakan prosessor Intel Core i5.

Windows 8 pula sistem operasi yang akan digunakan oleh Surface Pro berbanding dengan Windows RT yang digunapakai oleh Surface RT. Ini membolehkan pengguna menikmati sokongan perkomputeran sepenuhnya di mana jua mereka berada.

Microsoft masih belum memberitahu harga untuk Surface Pro. Kami akan berkongsi informasi ini apabila ianya diumumkan nanti.