SEMAKAN PUSAT MENGUNDI DAN SALURAN MULAI 15 APRIL: SPR

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Orang ramai boleh mula membuat semakan

mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai

15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13

di www.pru13.gov.my serta melalui sms dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD

PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna

Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala

pengguna Digi ke 33080.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

berkata selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon

ke ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Beliau berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD)

pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

"Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya umum kali ini juga

akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat SPR atau

pengarah-pengarah pilihan raya negeri atau pegawai-pegawai pengurus pilihan

raya," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRU13 ialah Daftar Pemilih Induk

(DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama, Suku Tahun Kedua dan

Suku Tahun Ketiga dan Suku Tahun Keempat 2012.

-- BERNAMA

AYU JM ROS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …