SEMINAR REVOLUSI HIDUP “BERANI 2013” TERBARU DARIPADA DR AZIZAN OSMAN

  • Putrajaya submits early report on flight MH370, but won’t publicise it, says CNN
    Putrajaya submits early report on flight MH370, but won’t publicise it, says CNN

    Putrajaya has sent its preliminary report on the disappearance of flight MH370, but has yet to release it publicly, CNN reported today, despite insisting that it has nothing to hide. “It just adds fuel to the fire – which is like a furnace now – of disbelief, particularly in China, as to what is going on,” Geoffrey Thomas, managing director of... …

  • It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama
    It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama

    Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was up to the president of the United States whether to see opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim or not. "It is his (Obama) right, up to him who he wants to see, he does not even want to see me, a former prime minister," Dr Mahathir (pic) told reporters in Putrajaya today. He was... …

  • Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say
    Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say

    GEORGE TOWN, April 24 — Analysts believe that Barisan Nasional (BN) does not stand a fighting chance in Bukit Gelugor, and even said it may not be worth the ruling pact’s time to contest the seat... …

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Buka lembaran baru sempena kehadiran 2013 ini

dengan mencabar diri untuk berani melihat dan memahami potensi sebenar diri bagi

membina kehidupan yang lebih baik menerusi Seminar “Berani 2013”, program

terbaru yang dicetuskan oleh Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman.

Seminar itu, menurut beliau yang sehingga ini telah membimbing lebih daripada

260,000 peserta menerusi pelbagai program pemasaran dan keusahawanan, merupakan

langkah dalam revolusi hidup dengan merealisasikan impian, bermula dengan

keberanian.

“Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan,” kata mentor terkenal

ini, memetik dialog yang menarik perhatiannya yang dituturkan Afdlin Shauki

sebagai Daniel dalam filem, Soal Hati.

“Ramai orang pengecut, takut untuk memahami apakah potensi sebenar diri mereka!

Lebih rela hidup ‘biasa-biasa’ macam ramai orang lain! Lebih rela hidup dalam

tekanan kewangan, pokai dan banyak hutang. Lebih rela hidup dengan rutin sama

tanpa kekuatan kewangan, tidak mampu menyumbang lebih banyak apatah lagi zakat

perniagaan.

“Lalu, adakah anda mempunyai sikap berani? Berani berjaya, berani gagal, berani

mencuba, berani kaya, berani bahagia, berani mempunyai ilmu, berani berniaga,

berani bertindak, berani mengambil risiko? Seminar ‘Berani 2013’ mencabar anda

untuk meraikan kehadiran tahun baru ini, pertama dengan mengenali potensi

sebenar diri anda.”

Seminar ini diadakan secara percuma. Ia ditaja sepenuhnya oleh Richworks

International Sdn Bhd, iaitu salah satu antara 15 syarikat yang bernaung di

bawah Richworks Group of Companies, di mana Dr Azizan merupakan pengasas dan

pengerusinya.

Program berbentuk ilmiah ini menerapkan konsep M.E.S.T.I iaitu mentor, ilmu,

sistem, tindakan dan impian yang jelas. Jelajah seminar ini dijadual berlangsung

selama sebulan, bermula pada 29 Disember, membabitkan 11 lokasi termasuk di

Sabah buat pertama kalinya.

Dr Azizan berkata, menerusi seminar berkenaan kelak beliau akan berkongsi

langkah demi langkah mengenai bagaimana untuk memulakan perubahan hidup bagi

melihat potensi diri membina kekuatan kewangan dan perniagaan walaupun mereka

yang belum berniaga.

“Enam perkara yang akan peserta pelajari, iaitu bagaimana untuk berani mengenali

ketakutan diri serta ramai orang lain yang mungkin menjadi penghalang utama

banyak kejayaan anda, menguasai rasa takut di dalam memperbaiki hidup seseorang

dan lebih berani untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya serta

diberkati.

“Juga, bagaimana untuk berani menguasai tujuh aspek kejayaan hidup supaya hidup

anda dan keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat, lebih jelas dengan

matlamat pada tahun 2013 serta berani untuk mencapainya, dan berani memaksimakan

potensi diri dengan menguasai sikap seperti mereka yang telah berjaya,” katanya.

Melalui seminar itu juga, menurutnya, peserta akan menerima “bonus” tahun baru,

di mana beliau akan turut memberikan tips untuk mengenali enam jenis ketakutan

manusia yang menjadi penghalang utama dalam mencapai impian, selain mendedahkan

lima strategi untuk berani berniaga dengan berjaya.

Usahawan berjaya, kata Dr Azizan, bermula sebagai “biasa-biasa” saja, tetapi

lebih 90 peratus yang menguasai bidang atau perniagaan mereka adalah berani.

Begitu pun, menurutnya, keberanian saja tidak mencukupi kecuali seseorang itu

mempunyai ‘Mentor, Ilmu dan Sistem’ yang terbukti berkesan bagi menguatkan

halatuju dalam mencapai matlamat yang diimpikan, iaitu untuk menjalani hidup

luar biasa.

“Orang yang berjaya mempunyai sikap ‘buat apa sahaja yang diperlukan’ untuk

mencapai hasil yang diimpikan. Orang yang gagal pun ‘buat apa saja yang

diperlukan’, tetapi untuk menggagalkan diri dengan memberi alasan bagi

mensabotaj diri sendiri di dalam mencapai impian atau matlamat tersebut!”

jelasnya.

Mengulangi kata-kata yang sering dilontarkannya melalui programnya, katanya:

“Orang yang berjaya, mereka bagus dalam tindakan tetapi orang yang gagal, mereka

bagus dalam memberi alasan dan mereka tinggal di satu pulau khas, namanya ‘pulau

alasan.’ Anda duduk di mana?

Pengisian seminar itu kelak, menurutnya dirangka, antaranya berdasarkan

pengalaman peribadinya termasuk kegagalan yang dilaluinya dulu.

“Saya bertanya pada diri saya 12 tahun lalu; kenapa selalu gagal, kenapa ada

masalah kewangan yang teruk, kenapa selalu rugi berniaga dan semua jenis kenapa

yang membawa kepada ‘kenapa saya’ dan ‘kenapa selalu saya’, buat apa pun tidak

menjadi dan apa pun tidak boleh, saya mula mencari dan akhirnya bertemu

jawapannya.

“Lalu, dengan jawapan yang diperolehi melalui mentor saya serta proses

pembasmian minda negatif yang dilalui ketika itu melalui pemograman semula

sistem minda saya dan memahami diri serta kekuatan dan kelemahan diri saya, maka

bermulalah episod transformasi kekayaan dan kejayaan,” katanya yang bergelar

jutawan pada usia seawal 30an.

Beliau percaya, segalanya akan mula berubah apabila minda seseorang diarahkan

oleh dirinya untuk mula berubah.

“Tetapi perubahan memerlukan keberanian kerana untuk berubah musuh paling utama

adalah diri kita,” katanya. “Diri kita yang negatif yang kita ‘bela’ sejak kecil

yang sentiasa memberikan alasan agar kita tidak bertindak, mencari alasan agar

kita ‘tidak tahu’ dan ‘tidak mahu tahu’ diri kita, mencari jalan agar ‘tidak ada

ilmu’ supaya kita akan terus rasa ‘selesalah sangat’ dengan apa yang kita ada

dan di mana kita berada.

“Lain orang, lain impian. Saya percaya, orang yang ada impian hanya perlukan

mentor yang berjaya mencapai impian mereka untuk menunjukkan jalan. Mereka hanya

perlukan ilmu, sistem atau strategi yang terbukti berjaya sepertimana yang

digunakan ramai anak murid peserta program-program saya yang telah berjaya

memperbaiki hidup dan kewangan mereka. Paling penting, kuasa bertindak dan

berani untuk bertindak, setidak-tidaknya dengan menyertai ‘Berani 2013.”

Bermula di The Zon JB Expo & Convention Centre pada 29 Disember, Seminar “Berani

2013” meneruskan siri jelajahnya ke Kuala Lumpur di Wisma MCA (30 Disember)

sebelum melangkah ke tahun baru di Sabah, iaitu di Taha D’Bayu, Kompleks Tabung

Haji, Kota Kinabalu (5 Januari) dan Promenade Hotel, Tawau (6 Januari); Pusat

Tarbiyah Islam (Putik), Kota Bahru, Kelantan (11 Januari); Setia City Convention

Centre, Shah Alam (12 Januari); Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang (13

Januari); Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah (14 Januari); Sunway

Carnival Convention Centre, Butterworth, Pulau Pinang (15 Januari); Kinta

Riverfront Hotel & Suite, Ipoh, Perak (16 Januari) sebelum berakhir di Sekolah

Menengah Tinggi Pay Fong, Melaka (27 Januari).

Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.BERANI2013.com, atau dengan

menghubungi hotline di talian 019-244 2244, 013-244 2244, 019-244 2400. Layari

juga Facebook Berani 2013 untuk maklumat tambahan.

Sempena dengan berlabuhnya tirai 2012, Dr Azizan di dalam amanat 2013, antara

lain berkata: “Tidak ada orang lain yang boleh dipertanggungjawab atau

dipersalahkan untuk jatuh bangun diri serta hidup kita melainkan diri kita!

“Kita buat sesuatu keputusan dan berada di mana kita hari ini mengikut ilmu,

pengalaman usaha dan kepercayaan kita dengan izin Allah SWT! Pilih jalan anda!

Saya doakan hidup anda sekeluarga dilimpahi rahmat, redha dan kasih sayangNya!”

SUMBER : Richworks Group Of Companies

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

NAMA: Suley Nordyana Yahya

Eksekutif Akaun Pelanggan

Richworks Group Of Companies

Tel : 03 - 03 -5523 1666

--BERNAMA

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …