SEMUA AJARAN SYIAH DI MALAYSIA ADALAH MENYELEWENG DARIPADA HUKUM SYARAK - JAKIM

  • PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP
    PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP

    Pakatan Rakyat would have suffered devastating setbacks in Perak, Pahang, Negri Sembilan and Melacca if it had made hudud a major issue in last year’s general election, DAP advisor Lim Kit Siang said. The Gelang Patah MP (pic), who had earlier said hudud was never a vote-winner for PAS in previous elections, gave an illustration of how PR... …

  • Court acquits PKR rep, rules 10-day notice in public assembly act ‘unconstitutional’
    Court acquits PKR rep, rules 10-day notice in public assembly act ‘unconstitutional’

    The Court of Appeal today struck out the charge against Selangor's deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad who was charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give police a 10-day notice for a rally last year. A three-man bench led by judge Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof also ruled in a unanimous decision today that Section 9 (1) of... …

  • Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules
    Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules

    PUTRAJAYA, April 25 ― The Court of Appeal today unanimously ruled it unconstitutional to criminalise spontaneous public assemblies in breach of the 10-day notice required under the Peaceful... …

  • Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama
    Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama

    The Albukhary International University (AiU) in Alor Setar, Kedah has withdrawn its decision to cease operations. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the ministry was informed of the matter by the management of AiU through a letter Wednesday. "With that decision, the matter is no longer an issue," he told reporters... …

  • Jalan Bukit Bintang stretch remains closed to traffic
    Jalan Bukit Bintang stretch remains closed to traffic

    The 500m stretch of Jalan Bukit Bintang (Jalan Tun Razak-bound) between Chulan Square and Menara Worldwide will remain closed to all traffic, said Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) today. At 10.42pm last night, a sinkhole appeared at the left lane of Jalan Bukit Bintang, said MRT Corp in a statement released this morning. The... …

  • Bible ban in Pahang hotels draws flak
    Bible ban in Pahang hotels draws flak

    Islamic authorities in Pahang have overstepped their jurisdiction by banning non-Muslim religious materials in hotels in the state, say political and religious leaders. The Pahang Islamic and Malay Customs Council's (Muip) recent prohibition is the first ever such ban to be issued in the country involving hotels, and has drawn strong criticism... …

PUTRAJAYA, 13 Dis (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng

daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau

menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman

Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara

ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab

berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula

aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini

adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya

kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.

* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Tidak ada Solat Jumaat.

* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.

* Menghalalkan nikah Muta'ah.

* Menolak Ijmak Ulama.

* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan

dengan Rasulullah S.A.W.

* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi

Muhammad S.A.W.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 2 PUTRAJAYA

Dengan memberi contoh nikah Muta'ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan

dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan

Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta'ah telah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W buat

selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda

wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

"Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini

bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam

undang-undang Islam," katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang

lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan

undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain

daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

"Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar

Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi

undang-undang.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 3 PUTRAJAYA

"Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya

melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah

Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN

yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini

kerana salah daripada sudut undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan

Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang

perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah

universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara

serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

"Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak

jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang

ditawarkan Syiah.

"Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa

kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan

nikah muta'ah...boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan

selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil

mudah dalam soal beragama," katanya.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 4 PUTRAJAYA

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan

menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber

risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar

pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000

orang.

"Ini angka kita (Jakim) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10

orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya...saya cuba pertikai dengan

pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan

yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

"Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah

kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata 'tidak boleh' ubah angka ini,

kekal...jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang

digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah," katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah

permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh

bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini

mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar

negara yang belajar di Malaysia.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 5 PUTRAJAYA

"Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya

jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah

ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak

berkuasa keselamatan.

"Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari

seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan

jumlah mereka mencecah 500 orang," katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat

Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai 'barah' di

negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih

teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama

sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

"Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi

penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih

kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani...macam barah,"

katanya.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 6 PUTRAJAYA

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah

dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus

berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

"Kita telah membuat jerayawara...bahagian fatwa telah mengadakan siri

seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang

melibatkan penyertaan semua golongan.

"Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah

seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi

penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan

kementerian," katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang

modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata

peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini

perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran

Ahli Sunnah Wal Jamaah.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 7 PUTRAJAYA

"Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli

Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran

sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa," katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih

badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah

organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli

Sunnah Wal Jamaah.

"Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan

masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau

tidak langsung," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada

di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu

Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa

masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

-- LAGI

JAKIM-SYIAH 8 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan

kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada

masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi

baru mereka sendiri sahaja.

"Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay

manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis

Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

"Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di

negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah.

Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak

mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid

sendiri," katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara

ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke

Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran

Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh

Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

"Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah

fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

"Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran

tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan

Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh

ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan

Syamsuddin al-Sumaterani," katanya.

-- BERNAMA

NHAL2 KHY NH

12/13/2013 18-53ST

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …