Advertisement

Semua Pakai Jari, Produk Logitech baru direka khusus untuk Windows 8

Tidak mahu ketinggalan di dalam keghairahan Windows 8, Logitech juga telah memperkenalkan produk-produk baru untuk digunakan dengan peranti Windows 8. Logitech Touch MNouse T620, Logitech Zone Touch Mouse T400 dan Logitech Wireless Touch Mouse Keyboard K400r adalah produk-produk yang direka khusus untuk digunakan dengan sistem operasi Microsoft yang baru, yang menggunakan sentuhan.

T400 dan T620 mempunyai permukaan sentuhan di atasnya untuk membolehkan anda untuk menggunakan gerak isyarat Windows 8 dengan tetikus anda, tanpa memerlukan skrin sesentuh. Reka bentuk tetikus ini juga menarik perhatian, dan selesa di dalam tangan.

K400r pula kompak, bergaya dengan kekunci rendah yang selesa untuk ditaip. Ianya juga mempunyai pad sesentuh 3.5 inci terbina dalam yang juga menyokong gerak isyarat sesentuh Windows 8. Ianya juga senang disimpan, terima kasih kepada badannya yang nipis.