Advertisement

Sony Mobile membawakan Xperia Z dan ZL ke Malaysia

Xperia Z, telefon pintar Android dari Sony Mobile Communications telah diperkenalkan di acara Sony Convention 2013 baru-baru ini. Menggabungkan teknologi-teknologi baru buat Sony Mobile, telefon ini mempunyai skrin 5 inci dengan paparan 1080p Full HD Reality Display, prosessor empat-teras Snapdragon S4, kamera 13 megapiksel dengan sensor Exmor RS dan sambungan 4G LTE.

“Dengan produk baru ini, kami di Sony membawakan inovasi dari sepanjang 50 tahun dari produk-produk kami – TV,imej, musik, filem dan gaming – untuk membina sebuah telefon pintar paling bagus di pasaran. Dengan spesifikasi ini, dan juga aplikasi media dari Sony, kami merasakan Xperia Z amat sesuai untuk pasaran Malaysia kini. Sony membolehkan lebih ramai untuk mencipta, berkongsi dan menikmati kandungan yang lebih dari sebelumnya,” kata Ola Lilja Molén, Ketua Pasaran Asia Tenggara, Sony Mobile Communications.

Menggunakan reka bentuk ‘OmniBalance’, telefon ini mempunyai bucu yang tidak begitu ketara, dengan kaca tahan lasak di bahagian depan dan belakangnya. Xperia Z juga direka untuk tahan air dan debu (IP55 dan IP57).

Satu lagi reka bentuk Xperia Z ialah ZL. Ianya dilancarkan bersama Z, dan akan berharga RM 1,899. Xperia Z pula akan diberi harga RM 2,199.

Pada masa yang sama, Sony juga telah menunjukkan tablet terkini mereka, Xperia Tablet Z. Ianya berkongsi reka bentuk dengan Xperia Z, termasuk kualiti tahan air dan debunya. Ianya akan dilancarkan di suku tahun kedua 2013.