Advertisement

Lapan pemain yang terima gaji lebih dari Ronaldo dan Messi

Apabila menyentuh tentang kemampuan menggelecek, menjaringkan gol dan prestasi dalam kelab, Cristiano Ronaldo (CR7) dan Lionel Messi adalah dua bintang bola sepak yang terunggul di dunia. Namun dari segi gaji yang diterima pada satu musim, kedua-duanya bukanlah yang utama.

Bagi satu musim, gaji Ronaldo yang bermain untuk Real Madrid hanyalah separuh daripada jumlah yang diterima oleh Samuel Eto'o yang kini bermain dengan kelab Rusia, Anzhi.

Menyusul selepas Eto'o ialah Zlatan Ibrahimovich, bekas pemain AC Milan yang ketika ini menyertai Paris Saint-Germain (PSG). Ibra menerima kesan suntikan dana daripada Syeikh Nasser al-Khelafi iaitu hartawan dari Qatar yang juga pemilik PSG.  Ketika ini, pemain asal Sweden itu menerima gaji sebanyak 14.5 juta euro untuk satu musim.

Menurut senarai Marca, CR7 berada di kedudukan tercorot  dalam senarai 10 pemain yang menerima gaji terbesar.  Hal ini boleh saja dijadikan ukuran untuk membolehkan penyerang yang berasal dari Portugal itu menuntut kenaikan gaji.

Berikut senarai lengkap pemain dan gaji yang diterima:


1.  Samuel Eto'o

, dari kelab Anzhi.


Gaji untuk satu musim: 20 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a. Mallorca:       Juara Copa del Rey (2003)

b. Barcelona:     Juara La Liga: (2004/05, 2005/06, 2008/09)
                        Juara Copa del Rey (2009)
                        Juara Supercopa Sepanyol (2005 & 2006)
                        Juara Liga Juara-Juara (2005/06, 2008/09)

c. Internazionale:  Juara Serie A (2009/10)
                           Juara Coppa Itali (2010, 2011)
                           Juara Supercoppa Italiana (2010)
                           Juara Liga Juara-Juara (2009/10)
                           Juara Piala Dunia Kelab FIFA (2010)

d. Negara (Cameroon):     Juara Piala Afrika (2000 & 2002)
                                      Juara LG Cup (2011)
                                       Pingat emas Sukan Olimpik (2000)




2. Zlatan Ibrahimovich

, dari kelab Paris Saint-Germain.

Gaji untuk satu musim: 14.5 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a. Ajax:      Juara Eredivisie (2001/02 & 2003/04)
                  Juara KNVB Cup (2001/02)
                  Juara Johan Cruijff Shield (1)(2002)

b. Juventus:      Juara Serie A (2004/05 & 2005/06)                         namun terbukti Juventus terbabit dengan rasuah.

c.  Internazionale:   Juara Serie A (2006/07, 2007/08, 2008/09)
                             Juara Supercoppa Italiana (2006 & 2008)

d.  Barcelona:         Juara La Liga (2009/10)
                             Juara Supercopa Sepanyol (2009, 2010)
                             Juara UEFA Super Cup (2009)
                             Juara Piala Dunia Kelab FIFA (2009)

e.  AC Milan:        Juara Serie A (2010/11)
                           Juara Supercoppa Italiana (2011)

f.  Pencapaian peribadi:
Penjaring Gol Terbanyak Serie A (2009, 2012)
Pemain Asing Terbaik Serie A (2005, 2008, 2009 & 2011)
Pemain Terbaik Serie A (2008, 2009 & 2011)
Guldbollen (Anugerah bagi pemain terbaik Sweden dari negaranya) (2005, 2007, 2008, 2009, 2010 & 2011)
Pasukan Terbaik UEFA (2007, 2009)
Olahragawan Lelaki Terbaik Sweden (2007 & 2010)
Jerringpriset (anugerah oleh radio di Sweden untuk atlet) (2007)




 3. Wayne Rooney,

dari kelab Manchester United.

Gaji untuk satu musim: 13.8 juta euro.

Kelab diwakili dan perkembangan karier:
a. Manchester United:   Juara Liga Premier                                                 (2006/07, 2007/08, 2008/09 &  2010/11)
                                   Juara Piala Liga Inggeris (2005-06, 2009-10)
                                   Juara FA Community Shield (2007, 2010, 2011)
                                   Juara Liga Juara-Juara         (2007/08)                     
Juara Piala Dunia Kelab FIFA ( 2008)

b. Pencapaian peribadi: 
Pemain Terbaik Musim (2009/10)
Pemain Muda Terbaik Musim (2004/05, 2005/06)
Pemain Terbaik Pilihan Peminat (2005/06, 2009/10)
Pasukan Terbaik Liga Premier Musim (2005/06, 2009/10, 2011/12)
Pemain Terbaik FWA (2009/10)
Gol Terbaik Musim (2004/05, 2006/07  & 2010/11)
Gol Terbaik Bulan (Oktober 2003, Januari 2005, April 2005, Januari 2007, Februari 2007 & Februari 2011)
Anugerah Pemain Terbaik Sir Matt Busby (2005/06, 2009/10)
Personaliti Sukan Muda Terbaik BBC (2002)
Anugerah Bravo Award (2003)
Pasukan kejohanan UEFA Euro (2004)
Pemain Muda Terbaik Dunia FIFPro (2004/05)
Pemain Muda Terbaik Liga Premier (Feb 2005, Dis 2005, Mac 2006, Okt 2007 & Jan 2010)
Pemain Terbaik Barclays ( 2009/10)
Penghargaan Pemain Terbaik 20 Tahun Liga Premier (musim 1992/93 hingga 2011/12)
Gol Terbaik 20 Tahun Liga Premier (mlwn. Manchester City, 12 Februari 2011)
Bola Emas Piala Dunia Kelab FIFA ( 2008)
Pemain terbaik England (2008, 2009)
Anugerah Golden Boot Landmark Award 20 (2009/10)
Anugerah FIFA/FIFPro World XI (2011)




4.  Yaya Toure

, dari kelab Manchester City.

Gaji untuk satu musim: 13 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:

a. ASEC Mimosas:  Ivory Coast Premier Division                                   (2001)

b. Olympiacos:  Liga Super Greece (2005/06)
                        Piala Greece (2005/06)

c. Barcelona:  Juara La Liga (2008/09 & 2009/10)
                     Juara Copa del Rey (2008/09)
                     Juara Supercopa Sepanyol (2009)
                     Juara Liga Juara-Juara ( 2008/09)
                     Juara UEFA Super Cup (2009)
                     Juara Piala Dunia Kelab FIFA (2009)

d. Manchester City:  Juara Liga Premier League (2011/12)
                              Juara FA Cup (2010/11)
                              Juara FA Community Shield (2012)

e. Pencapaian peribadi: 
Pemain Terbaik Afrika (2011)
Pasukan Terbaik Liga Premier Musim (2011/12)




5. Sergio Aguero

, dari kelab Manchester City.

Gaji untuk satu musim: 12.5 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a.  Atlético Madrid:  Juara Piala Intertoto UEFA     (2007)
                             Juara Liga Eropah UEFA         (2009/10)
                             Juara Piala Super Eropah        UEFA (2010)

b. Manchester City:  Juara Liga Premier (2011/12)
                                                                                                             Juara FA Community Shield (2012)

c. Negara (Argentina): Pingat emas Sukan Olimpik 2008
                                 Piala Dunia U-20 FIFA (2005 & 2007)

d. Pencapaian peribadi:
Pemain Muda Terbaik FIFA (2007)
Penjaring Gol Terbanyak Piala Dunia U-20 (2007)
Pemain Terbaik Piala Dunia U-20 (2007)
Pemain Terbaik La Liga Ibero-American (2008)
Anugerah Don Balon (2007/08)
Tuttosport Golden Boy (2007)
Pemain Terbaik Etihad (2011/12)
Penjaring Gol Terbanyak Etihad (Musim 2011/12)



6. Didier Drogba

, dari kelab Shanghai Shenhua.

Gaji untuk satu musim: 12 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a. Chelsea:   Juara FA Cup (2006/07, 2008/09,    2009/10 & 2011/12)
                   Juara Liga Premier (2004/05, 2005/06 & 2009 / 10)
                   Juara Piala Liga (2004/05 & 2006/07)
                   Juara Liga Juara-Juara (2011/12)
                   Juara FA Community Shield (2005 & 2009)

b. Pencapaian peribadi: 
Onze d'Or (2004)
Penjaring Gol Terbanyak Piala UEFA (2003/04)
Gol Terbaik Ligue 1 Musim (2003/04)
Pasukan Terbaik Ligue 1 Musim (2003/04)
Pemain Terbaik Ligue 1 Musim (2003/04)
Pemain Terbaik Afrika (2006 & 2009)
Pemain Terbaik Chelsea Musim (2007)
Anugerah Kasut Emas Landmark 10 (2006/07 )
Anugerah Kasut Emas Landmark 20(2006/07)
Pasukan Terbaik PFA (2006-07 & 2009/10)
FA Community Shield Man of the Match (2005)
Pemain Terbaik Ivory Coast (2007 & 2012)
Pemain Terbaik di Final Piala Liga (2007)
Kasut Emas Liga Premier Musim (2007 & 2010)
Pemain Terbaik di Final Piala FA (2010
Pasukan Terbaik ESM (2006/07)
Pasukan Terbaik UEFA (2007)
FIFA / FIFPro World XI (2007)
Pemain Terbaik Afrika BBC (2009)
Pemain Terbaik Afrika Barat (2010)
Pemain Terbaik Chelsea (2010)
Time Top 100 (2010)
Penjaring Gol Terbanyak Piala Afrika (2012)
Africa Cup Team of the Tournament (2006, 2008 & 2012)
Pemain Terbaik di Final Liga Juara-Juara (2012)
Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman Ivory Coast



7.  Fernando Torres,

dari kelab Chelsea.

Gaji untuk satu musim: 10.8 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a.  Atlético Madrid: Juara Segunda División           (2001/02)

b.  Chelsea:   Juara Piala FA (2011/12)
                    Juara Liga Juara-Juara (2011/12)

c.  Negara (Sepanyol ): Juara Kejohanan Bola        Sepak Bawah 16 Tahun Eropah UEFA (2001)
                                   Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Eropah UEFA (2002 [183])
                                   Juara Piala Eropah (2008 & 2012)
                                   Juara Piala Dunia (2010)

d. Pencapaian Peribadi: 
Penjaring Gol Terbanyak Piala Nike (1999)
Pemain Terbaik Kejohanan Algarve (2001)
Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan Algarve (2001)
Pemain Terbaik Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Eropah UEFA (2001)
Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Eropah UEFA (2001)
Pemain Terbaik Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Eropah UEFA (2002)
Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Eropah UEFA (2002 )
Pasukan Terbaik PFA (2007/08 & 2008/09)
Pemain Terbaik Liga Premier (Februari 2008 & September 2009)
Pasukan Terbaik Piala Eropah (2008)
Pasukan Terbaik UEFA (2008)
FIFPro World XI (2008 & 2009)
Tempat ketiga Ballon d'Or (2008)
Pemain Ketiga Terbaik Dunia FIFA (2008)
Kasut emas Piala Eropah (2012)



8. Dario Conca,

dari kelab Guangzhou Evergrande.

Gaji untuk satu musim: 10.6 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a. Universidad Católica:  Juara Primera División Chile (Clausura 2005)

b. Fluminense: Juara Campeonato Brasileiro Série A (2010)

c. Guangzhou Evergrande:  Juara Chinese Super League (2011)
                                                                              Juara Chinese FA Super Cup (2012)



9. Lionel Messi,

dari kelab Barcelona.

Gaji untuk satu musim: 10.5 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a. Barcelona:  Juara La Liga (2004/05, 2005-06, 2008/09, 2009/10 & 2010/11)
                     Juara Copa del Rey (2008/09 & 2011/12)
                     Juara Supercopa Sepanyol (2005, 2006, 2009, 2010 & 2011)
                     Juara Liga Juara-Juara (2005/06, 2008/09 & 2010/11)
                     Juara Piala Super Eropah (2009, 2011)
                     Juara Piala Dunia Kelab FIFA (2009, 2011)

b. Negara (Argentina):  Pingat emas Sukan Olimpik (2008)
                                  Piala dunia FIFA U-20 (2005)
                                 Naib Juara Copa America (2007)

c. Pencapaian peribadi: 
Ballon d'Or FIFA (2010 & 2011)
Ballon d'Or (2009)
Pemain Terbaik Dunia FIFA (2009)
Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia ( 2009 & 2011)
Pemain Bola Sepak Muda Terbaik Dunia (2006, 2007 & 2008)
Pasukan Terbaik ESM (2005/06, 2007/08, 2008/09, 2009/10, 2010/11 & 2011/12)
Kasut Emas Eropah (2010 &  2012)
Trofi Pichichi (2010 & 2012)
Penjaring Gol Terbanyak Copa del rey ( 2011)
Pemain Terbaik La Liga (2009, 2010 & 2011)
Pemain Terbaik LFP (2009, 2010 & 2011)
Penyerang Terbaik LFP (2009, 2010 & 2011)
Pemain Asing Terbaik La Liga (2007, 2009 & 2010)
Pemain Terbaik La Liga Ibero-American (2007, 2009 - 2012)
Penjaring Gol Terbanyak Liga Juara-Juara UEFA (2009, 2010, 2011 & 2012)
Pemain Terbaik Anugerah Eropah UEFA (2011)
Pemain Terbaik Kelab UEFA (2009)
Penyerang Terbaik Liga Juara-Juara UEFA (2009)
Pemain Terbaik Final Liga Juara-Juara UEFA (2011)
Pasukan Terbaik UEFA (2008, 2009, 2010 & 2011)
Onze d'Or (2009, 2010, 2011 & 2012)
Bravo Award (2007)
Tuttosport Golden Boy (2005)
Bola Emas Piala Dunia Kelab FIFA (2009 & 2011)
Pemain Terbaik Kejohanan Piala Dunia FIFA U-20 (2005)
Penjaring Gol Terbanyak Piala Dunia FIFA U-20 (20050
Pemain Muda Terbaik Copa América (2007)
Pemain Muda Terbaik Dunia FIFPro ( 2006, 2007 & 2008)
FIFA / FIFPro World XI (2007, 2008, 2009, 2010 & 2011)
Olahragawan Kebangsaan Argentina (1) (2011)
Pemain Bola Sepak Terbaik Argentina (2005, 2007, 2008, 2009, 2010 & 2011)
Olahragawan Terbaik di Amerika Latin (2011)
Marca Leyenda (2009)
L'Équipe Champion of Champions (2011)
Penjaring Gol Terbanyak Dunia IFFHS – 242 gol (2011)
Anugerah Olahragawan Antarabangsa Terbaik ESPY (2012)

d. Rekod lain: 
Penjaring gol terbanyak dalam satu musim dalam semua pertandingan (73 gol)
Penjaring gol terbanyak dalam satu musim (50 gol)
Penjaring gol terbanyak dalam satu musim Liga Juara-Juara (14 gol)
Hat-trick terbanyak dalam satu musim di La Liga (8 kali )
Hat-trick terbanyak dalam Liga Juara-Juara (3 kali)
Anugerah penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara UEFA (4 kali)
Penjaring gol terbanyak dalam Piala Dunia Kelab FIFA (4 gol)
Hat-trick terpantas Barcelona (dijaringkan pada minit ke-17)
Penjaring gol terbanyak di Barcelona (260 gol)



10.  Cristiano Ronaldo

, dari kelab Real Madrid.

Gaji untuk satu musim: 10 juta euro.

Kelab disertai dan perkembangan karier:
a.  Manchester United:   Juara Liga Premier                                             (2006/07, 2007/08 & 2008/09
                                    Juara FA Cup (2003/04)
                                    Juara Piala Liga (2005/06 & 008/09)
                                    Juara FA Community Shield (2007)
                                    Juara Liga Juara-Juara (2007/08)
                                    Juara Piala Dunia Kelab FIFA ( 2008)

b. Real Madrid:   Juara La Liga (2011/12)
                        Juara Copa del Rey (2010/11)
                        Juara Supercopa Sepanyol (2012)

d. Pencapaian peribadi: 
Pasukan Terbaik Piala Eropah UEFA (2004 & 2012)
Bravo Award: 2004
Pemain Muda Terbaik  FIFPro (2004 & 2005)
Pemain Muda Terbaik PFA ( 2006/07)
Pemain Terbaik Sir Matt Busby (2003 / 04, 2006/07 & 2007/08)
Pemain Terbaik PFA (2006/07 & 2007/08)
Pemain Terbaik Pilihan Peminat PFA (2006/07 & 2007/08)
Pemain Bola Sepak Terbaik FWA (2006 / 07 &  2007/08)
Pemain Terbaik Barclays (2006/07 & 2007/08)
Pemain Terbaik Liga Premier (November 2006, Disember 2006, Januari 2008 & Februari 2008)
Kasut Emas Liga Premier (2007/08)
Anugerah Merit Barclays (2007/08)
Penjaring Gol Terbanyak Liga Juara-Juara (2007/08)
Penyerang Terbaik Kelab UEFA (2007/08)
Pemain Bola Sepak Terbaik Kelab UEFA (2007/08)
Anugerah Bola Perak Piala Dunia Kelab FIFA (2008)
Pemain Terbaik UEFA Euro (2008 - Republik Czech menentang Portugal)
Ballon d'Or (2008)
Pemain Terbaik Dunia FIFA (2008)
Pemain Terbaik Dunia FIFPro (2008)
Onze d'Or (2008)
Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia (2008)
Pasukan Terbaik Liga Premier PFA (2005/06, 2006/07, 2007/08 & 2008/09)
Anugerah Puskás FIFA ( 2009)
Kasut Emas Eropah (2007/08 & 2010/11)
Olahragawan Terbaik Portugal di Luar Negara CNID (2007, 2008, 2009 & 2011)
Pasukan Terbaik UEFA (2003/04, 2006/07, 2007/08, 2008/09, 2009/10 & 2010/11)
FIFA FIFPro World XI (2007, 2008, 2009, 2010 & 2011)
Pemain Terbaik Piala Dunia (2010 – Ivory Coast vs Portugal, Portugal vs Korea Utara, Portugal vs Brazil)
Penjaring Gol Terbanyak La Liga (2010/11 )
Penjaring Gol Terbanyak Copa del Rey (2010/11)
Trofeo Alfredo Di Stefano (2011/12)
Pasukan Terbaik  ESM (2006/07, 2007/08, 2010/11 & 2011/12)
Pemain Terbaik Euro UEFA (2012 - Portugal lawan Belanda & Republik Czech lawan Portugal)