Suasana nostalgia di e@Curve


17 Ogos – Dengan Hari Raya yang semakin hampir, para pengunjung pusat membeli-belah e@Curve boleh merasai suasana nostalgia dengan hiasan persekitaran raya era retro, yang diiringi dengan lagu klasik popular seperti "Balik Kampung", "Pesta Muda Mudi" dan "Bunyi Gitar" yang berkumandang sehingga 26 Ogos.

Sebagai imbasan kenangan lama, pelbagai tarian dan muzik dipersembahkan kepada orang ramai yang mana mereka semuanya menggayakan fesyen zaman dahulu seperti skirt vintaj, seluar ketat, kasut platform dan kaca mata hitam besar.

Tarian "Dendang Orang Jauh", Perkusi Raya oleh Yayasan Anak Warisan Alam Eco Drum Circle, serta persembahan akustik lagu Raya adalah antara persembahan yang boleh ditonton pengunjung.

Kawasan luar e@Curve turut membawa tema sedemikian dengan adanya bas lama yang sebenar dan stesen bas mini.

Para pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dengan maksimum 2 resit boleh mendapatkan paket raya istimewa dan balang biskut raya secara percuma.