SUMBANGAN KECIL SUKARELAWAN IM4U

  • Ketika dunia gembira dengan bola, rakyat Palestin derita diserang bola api
    Ketika dunia gembira dengan bola, rakyat Palestin derita diserang bola api

    Ketika rakyat dunia bergembira dengan bola Piala Dunia 2014, rakyat Palestin di Gaza sedang menderita dengan bola-bola api apabila Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atasnya. Pada masa sama, Palestin membalas dengan tembakan peluru berpandu Al Qassam ke beberapa bandar di Israel. Susulan itu, semua pihak di Malaysia mengecamnya... …

  • Court releases documents on Malaysian soldier in NZ sexual assault case
    Court releases documents on Malaysian soldier in NZ sexual assault case

    Several court documents pertaining to the arrest of a Malaysian soldier at the centre of a sexual assault case in New Zealand have been released, media reports said today. The New Zealand Herald, citing a report in Newstalk ZB, said according to the released documents, a police request to lift defence staff assistant Muhammad Rizalman Ismail's... …

  • Negara-Ku a non-confrontational movement to tackle conflicts, say founders
    Negara-Ku a non-confrontational movement to tackle conflicts, say founders

    The Negara-Ku movement is to bring Malaysians together to ensure a peaceful co-existence and counter negative developments that threaten to tear society apart, says its patron Datuk Ambiga Sreenevasan. The new people's movement was launched yesterday with the support of 68 non-governmental organisations (NGOs) but has also received brickbats... …

  • PM’s visit to homeless step in right direction, say NGOs
    PM’s visit to homeless step in right direction, say NGOs

    PETALING JAYA, July 11 — Datuk Seri Najib Razak’s visit to the homeless is a move in the right direction, say non-governmental organisations (NGOs) operating soup kitchens in Kuala Lumpur.... …

  • Woman in adoption row mulls legal action against baby’s parents
    Woman in adoption row mulls legal action against baby’s parents

    PETALING JAYA, July 11 — The woman implicated in a custody battle over an eight-month baby is considering legal action against the baby’s biological mother. The 31-year-old said she was... …

  • Saying sorry and meaning it too!
    Saying sorry and meaning it too!

    “Please say sorry to Dylan, Athena,” I say to her after she deliberately snatches a toy that her cousin is playing with. “Athena! You better say sorry now!” …

KAJANG, 10 Dis (Bernama) -- Mereka bertepuk tangan sambil menyanyi, menari

''Chicken dance" dan ketawa bersama, bagai terlupa seketika kekurangan dan

keperitan yang pernah dilalui.

Suasana bertambah riuh ketika sesi asas pertolongan cemas apabila diberi

peluang mencuba mengikat pembalut tiga segi (bandage) kepada rakan

masing-masing.

Kesemua mereka, adalah 34 penghuni kanak-kanak dan remaja yang kini

mendapatkan perlindungan di Rumah Keluarga Kami di sini.

Datang dari pelbagai latar belakang keluarga, mereka mempunyai kisah dan

pengalaman hidup tersendiri. Ada dalam kalangan mereka, pada usia yang masih

kecil telah ditempat di rumah yang dianggap syurga itu setelah berjaya

diselamatkan daripada menjadi mangsa penderaan.

Ada juga yang ditinggalkan terbiar kerana kemiskinan serta masalah lain yang

memaksa mereka berpisah daripada keluarga.

Perjalanan hidup yang getir, memberi kesan kepada emosi serta keyakinan

mereka berbanding anak yang hidup sempurna dengan kasih sayang dan perhatian

daripada keluarga.

PERLUKAN SOKONGAN

Kehadiran 15 sukarelawan IM4U ke rumah perlindungan itu untuk berkongsi

pengalaman dan memberi motivasi kepada anak tersebut melalui program "Inspired

Me" mungkin dilihat tidak memberi apa-apa makna.

Namun bagi penghuni Rumah Keluarga Kami, mereka sentiasa dahagakan perhatian

dan dorongan untuk menyuntik semangat mereka agar berjaya dalam hidup.

Pemangku Pentadbir Rumah Keluarga Kami, Carol Pillai, 67, mengakui

kanak-kanak terutama yang tinggal di rumah perlindungan sering berhadapan dengan

krisis tiada keyakinan diri dan cukup sensitif.

Mereka merasa terdapat kekurangan berbanding rakan lain terutama yang

mempunyai penyakit kritikal dan mangsa penderaan.

"Di sini terdapat beberapa kanak-kanak mangsa penderaan keluarga terdekat,

masalah kesihatan seperti jantung dan buah pinggang yang memerlukan pemantauan

rapi.

"Ada juga yang mempunyai masalah keluarga yang hidupnya terbiar atau menjadi

mangsa perebutan keluarga yang kadang kala membuatkan tumpuan dan emosi mereka

sering terganggu," katanya yang juga pesara guru.

Diwujudkan sejak 22 tahun lepas, rumah tersebut menempatkan 15 lelaki dan 19

perempuan dan mereka diberikan pendidikan yang secukupnya sebagai bekalan masa

hadapan.

"Kita hantar mereka belajar setinggi yang mereka mampu. Di peringkat sekolah

rendah dan menengah, mereka belajar di sekolah berdekatan. Jika ada yang tidak

minat lagi belajar kita hantar ke sekolah kemahiran.

"Buat masa ini dua penghuni di sini belajar di universiti manakala tiga lagi

ke kolej komuniti dan kemahiran," katanya yang berbangga dengan kejayaan

penghuni di sini.

KEHADIRAN SUKARELAWAN IM4U

Program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan

dengan kerjasama Malaysia Young Humantarians dan Persatuan Asrama Belia Malaysia

itu turut melibatkan pelajar institut pengajian tinggi dalam pelbagai jurusan

profesional antaranya kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat dan ekonomi.

Perkongsian kisah hidup bersama sukarelawan terlibat dalam satu slot program

tersebut diharap menyuntik semangat baru kepada anak dan remaja rumah

perlindungan untuk mereka membina keazaman dan cita-cita sepertimana abang dan

kakak yang hadir, menurut penyelaras program, Mohd Rizan Hassan.

"Ini sebahagian usaha kesukarelaan yang dijalankan bagi membantu mereka yang

memerlukan. Walaupun nampak kecil namun dengan bantuan sekecil itu diharapkan

memberi kesan yang mendalam serta inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja di

sini yang sentiasa memerlukan perhatian.

"Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup asalkan mempunyai cita-cita

dan keinginan serta berusaha mendapatnya. Itulah yang cuba diterapkan oleh

sukarelawan dalam perkongsian kisah mereka kepada penghuni di sini agar mereka

melihat satu perspektif yang positif dalam meneruskan kehidupan," katanya.

Menurut Tokoh Belia Negara 2011 itu, program "Inspired Me" adalah satu

daripada 15 aktiviti IM4U yang berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga

Disember ini.

Melibatkan sukarelawan daripada kaum Cina, India dan Melayu, ia juga menjadi

jambatan perkongsian dan pengalaman berguna kepada sukarelawan sendiri dalam

mengendalikan kerja kesukarelaan, katanya.

BELAJAR DARI KESUSAHAN

Melihat keceriaan anak penghuni ketika mengikuti program setengah hari itu,

cukup memberi kepuasan kepada Khairuddin Othman, 28.

Bukan ucapan terima kasih yang diharapkan, cukup sekadar orang yang dibantu

tersenyum, ujar Penolong Pengarah Pasukan Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah

Selangor ini.

Beliau terlibat untuk sesi asas pertolongan cemas dan aktiviti berkumpulan,

yang memberi pendedahan kepada anak-anak tersebut tentang nilai kerjasama.

Aktif dalam sukarela sejak 10 tahun lepas terutama membabitkan Persatuan

Bulan Sabit Merah (PBSM) , beliau mengambil inspirasi daripada kesusahan hidup

yang dialami untuk menyumbang kepada masyarakat.

Pernah sekeluarga dihalau keluar dari rumah dan terpaksa berpindah ke

perkampungan orang asli di Hulu Langat, memakai baju sekolah yang tidak pernah

berganti, mandi dan minum air sungai dan telaga, mengutip tin untuk mendapat

duit belanja ke sekolah, semuanya pernah dilalui Khairuddin ketika masih

kanak-kanak.

"Bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Saya pernah

hidup susah dan teramat susah. Pada waktu itu yang saya perlukan ialah semangat

dan dorongan untuk terus hidup.

"Begitu juga anak di sini, mereka mungkin mendapat keperluan yang cukup

walaupun tidak mewah, namun saya percaya dalam hati mereka terdapat kekosongan

kerana keadaan hidup yang memaksa mereka berjauhan daripada keluarga," katanya.

Berpengalaman terlibat melakukan kerja sukerala di dalam dan luar negara di

bawah tiket PBSM antaranya di Acheh, Indonesia, Pakistan, Filipina, Myanmar dan

Iran, menjadi pembakar semangatnya untuk terus terlibat dalam kerja sukarela.

Walaupun telah lapan kali dibuang kerja kerana komitmen pada kerja sukerela

namun beliau sedikitpun tidak menyesal sebaliknya menganggap rezeki sentiasa ada

di mana-mana.

PENGALAMAN BARU

Bagi pelajar perubatan, Management and Science University (MSU),

Thaneshuaran Ramadass, 25, perkongsian pengalaman bersama adik-adik di rumah

perlindungan tersebut memberi makna yang besar kepada dirinya.

Pelajar tahun tiga itu berkata ia sedikit sebanyak membantunya lebih

memahami dan mendekati kehidupan dan emosi yang dilalui kanak-kanak dan remaja

seperti yang dilalui oleh mereka yang tinggal di situ.

"Pengalaman ini juga turut membantu saya dalam pengajian dan menjadi hasrat

utama saya sejak kecil membantu mereka yang memerlukan," katanya yang akan

memilih bidang sakit puan sebagai subjek pengkhususan nanti.

Mendapat sokongan keluarga untuk menceburi dalam kesukarelaan, Ramadass yang

pernah mewakili Malaysia dalam Kapal Belia Asia Tenggara dan simposium Bali

berhasrat untuk menyertai misi-misi bantuan ke negara-negara yang ditimpa

bencana.

-- BERNAMA

KK CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Bung’s Hitler remark ‘unacceptable’, German ambassador says The Malay Mail Online
    Bung’s Hitler remark ‘unacceptable’, German ambassador says

    KUALA LUMPUR, July 9 — Germany’s Ambassador to Malaysia objected today to a Malaysian leader’s salute of Nazi dictator Adolf Hitler in his praise for the country’s performance in the World Cup,... …

  • Najib turun melihat sendiri kegiatan dapur jalanan selepas dikritik hebat The Malaysian Insider
    Najib turun melihat sendiri kegiatan dapur jalanan selepas dikritik hebat

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat kegiatan memberikan bantuan makanan (dapur jalanan atau soup kitchen) kepada gelandangan di Kuala Lumpur malam tadi selepas kerajaannya dikritik hebat minggu lalu kerana melarang kegiatan sedemikian di ibu negara. Turut menyertai beliau adalah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor yang... …

  • 'Calm' Kardashian joins Emma Watson at Valentino Associated Press
    'Calm' Kardashian joins Emma Watson at Valentino

    PARIS (AP) — She says her life is a lot calmer since she married fashionista-rapper Kanye West. And she prefers to stay at home with her baby. …