Sungai Limau: PAS hilang maruah jika tewas

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

  • Kelantan yet to decide on special sitting to discuss Hudud law – Bernama

    The Kelantan government has yet to make any decision if it was necessary to convene a special state legislative assembly sitting to discuss the proposed implementation of Hudud law in the state. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob said the state government would think carefully if the government needed to call for such a meeting. "We will see if... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report... to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, he reiterated: …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …

  • Cabinet approves international probe team for MH370
    Cabinet approves international probe team for MH370

    Putrajaya today announced the formation of an international investigation team to probe the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370, which went missing on March 8. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said Cabinet approved the establishment of the team at its meeting today. "The Transport Ministry has been... …

Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sangat penting untuk Umno dan PAS, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir cuba untuk memastikan ia bukan sekadar kebetulan sementara lawannya pula mahu menilai popularitinya.

Namun jika kekalahan yang diterima PAS, ia bakal memberikan impak yang lebih besar kepada parti komponen Pakatan itu selepas kehilangan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Ia bukan lagi dianggap kehilangan satu kerusi sahaja bahkan akan membuktikan prestasi PAS memang sedang menurun selepas pemergian Pesuruhjayanya, Tan Sri Azizan Razak.

Ia bakal menjadi trauma dan beban besar kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku.

"Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata.

"Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya.

Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13  Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre.

Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri.

"Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu, PRK itu sangat penting bagi kepimpinan baru PAS Kedah untuk menang.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian bekas Adunnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN.

Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya.

"Bagi saya kerja penting yang perlu dibuat oleh Datuk Mahfuz (gambar) selaku pesuruhjaya baru PAS adalah menyatukan jentera PAS Kedah supaya bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya ini.

"Buat masa sekarang, saya tidak nampak Mahfuz menyatukan PAS Kedah selepas berpecah sebelum ini," kata Hisomudin.

Satu lagi faktor penting dalam pilihan raya ini adalah faktor keluarga besar Azizan.

Bekas Setiausaha Akhbar Azizan semasa beliau menjadi Menteri Besar, Helmi Khalid, berkata keluarga besar Azizan sentiasa menjadi faktor penting pilihan raya di DUN ini.

Azizan mula bertanding pada pilihan raya 1995 di DUN yang pada ketika itu dikenali dengan nama Sala dan menang. Sebelum itu,  pada pilihan raya umum 1990, sepupu Azizan, Azahari menang kerusi itu.

Sebelum  Azahari, bapa saudara Azizan yang dikenali sebagai Pak Teh Mat menjadi wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional.

Secara ringkasnya, Sala atau kini namanya Sungai Limau sentiasa di tangan keluarga besar Azizan.

Selain keluarga besar Azizan, satu lagi keluarga besar di sini adalah keluarga allahyarham Yahya Junid pengasas Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al Halimiah.

Kini anaknya, Najib Fahmi menjadi Setiausaha sekolah agama itu.

Menjelang pilihan raya umum lalu, Najib yang juga bekas aktivis PAS Kedah dan bekas Setiausaha PAS kawasan Jerai, adalah musuh peribadi Azizan.

Beliau membantu calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir melawan calon PAS dan menang. Namun usaha beliau mengalahkan Azizan gagal.

Azizan memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.

Beliau memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Abdullah Hashim yang diletakkan Najib gagal untuk mendapatkan balik wang pertaruhannya kerana kalah teruk.

"Berdasarkan kerja baik Azizan selama ini, saya yakin PAS boleh kekalkan kerusi ini dalam pilihan raya kecil nanti,"  kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya, PRK itu juga bakal menilai kesepakatan dalam Pakatan Rakyat ekoran cadangan kajian kepada tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dikemukakan ulama PAS.

Sementara itu, keputusan kepada pertandingan di  Sungai Limau sangat diperlukan oleh Mukhriz yang baru mengambil alih kerajaan negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Beliau yang mahu mencuba nasib bertanding kerusi Naib Presiden Umno, mahukan kemenangan dalam pilihan raya ini untuk buktikan Umno semakin kuat di Kedah dan kemenangannya dalam pilihan raya lalu bukan kebetulan sahaja.

"Kemenangan di Sungai Limau akan akan menjadi 'testimonial' kepada Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahthir," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad.

Ini kerana, katanya, pertandingan ini adalah yang pertama untuk Mukhriz selepas dilantik sebagai Menteri Besar dan beliau sangat memerlukan kemenangan ini.

Katanya, ia juga bakal memberikan nota penting untuknya bagi penyertaan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.

Kesimpulannya, walaupun ia hanya satu kerusi dan tidak akan mengubah status qou kerajaan negeri Kedah tetapi kesannya bakal mendalam kepada kedua-dua pihak yang bertentangan ini. – 4 Oktober, 2013.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …