Syarikat-syarikat Asia di liga Eropah

Ekonomi Asia kini semakin pesat membangun. Banyak negara dan syarikat di Asia menunjukkan pertumbuhan positif, tidak ketinggalan Malaysia.

Dengan pelbagai aktiviti perniagaan yang terus berkembang, beberapa syarikat Asia kini melebarkan sayapnya ke Eropah, termasuklah dalam arena bola sepak.  Ada syarikat Asia (Asia Barat) yang membeli dan memiliki beberapa kelab lalu menukarnya menjadi pasukan elit yang ditajanya.

Mahu tahu syarikat Asia yang manakah menjadi penaja kelab-kelab bola sepak di Eropah? Senarai berikut tidak termasuk penaja untuk pertandingan.

1.  Samsung Electronics Co. (Korea Selatan)
 Kelab: Chelsea, Britain
Tempoh: 10 tahun (diperbaharui 2012)

Samsung akhirnya melanjutkan kontrak sebagai menjadi penaja Chelsea, kelab yang berasal dari England yang mengungguli  Liga Juara-Juara  2012, untuk selama tiga tahun lagi. Dengan nilai kontrak sebanyak US$22.5 juta setahun, nama Samsung terpampang di dada jersi The Blues.

2.  Malaysia Airlines-AirAsia (Malaysia)
Kelab: Queens Park Rangers, Britain
Tempoh: 2 tahun (2012)

Nama dua syarikat berasal di Malaysia ini akan tertera di jersi pasukan QPR – Malaysia Airlines semasa beraksi di laman sendiri dan Air Asia ketika bermain di padang lawan. Nilai kontrak kedua-dua syarikat untuk tempoh dua tahun dianggarkan sebanyak US$793,000.

3.  Li Ning Company Limited (China)
Kelab: Espanyol, Sepanyol
Tempoh: 4 tahun (2010)

Nama syarikat yang mengeluarkan pakaian sukan ini terpampang pada jersi pasukan Espanyol.  Nilai kontraknya tidak dinyatakan, dengan persetujuan bersama.

 4.  Huawei (Cina)
Kelab: Atlético Madrid, Sepanyol
Tempoh:  Sekali pertandingan (2012)

Syarikat telekomunikasi ini menjadi penaja untuk satu perlawanan sahaja, iaitu ketika Atlético Madrid menentang Real Madrid. Tanpa mengumumkan nilai kontrak, nama dan logo Huwawei terpampang besar di dada jersi Atlético Madrid.

5.  Yingli Green Energy Holding Company Limited (China)
Kelab: Bayern Muenchen, Jerman
Tempoh: 3 tahun (2011)

Tahun ini, Yingli membawa Bayern Muenchen ke China untuk bertanding melawan kelab tempatan. Perkara ini ialah sebahagian daripada kontrak tajaan Yingli dengan kelab yang telah 22 kali menjuarai Liga Jerman itu. Yingli juga mendapat hak penjualan tiket, iklan Bayern sehinggalah kepada aktiviti perhubungan awamnya.

6.  DuaKelinci (Indonesia)
Kelab: Real Madrid, Sepanyol
Tempoh: 2 tahun (2011)

Dalam kerjasama hingga akhir tahun ini, PT Dua Kelinci berhak menggunakan dan memanfaatkan nama Los Blancos untuk kepentingan produk DuaKelinci, termasuk penggunaan logonya. Syarikat ini juga mengikat kontrak dengan Luis Figo sebagai duta produknya.

 7.  Chang Beer Thai Beverage plc. ( Thailand)
 Kelab: Everton (Britain), Barcelona dan Real Madrid (Sepanyol)
 Tempoh: 3 tahun (2010)

Kontrak yang bakal berakhir tahun depan ini adalah lanjutan daripada kontrak sebelumnya.  Jenama berasal dari Thailand ini jelas tertera pada jersi rasmi pasukan Everton. Nilai kontrak ialah sebanyak US$18.7juta. Syarikat ini juga menaja Barcelona dan Real Madrid selama tiga tahun. Selain dapat menjalankan promosi di Sepanyol, Chang Beer juga adalah promoter  tunggal yang kedua kelab itu di Thailand.

8.  Hutchinson Telecommunications International Ltd. (Hong Kong)
Kelab: Manchester United, Britain
Tempoh: 3½ tahun (2009)

Kerjasama penajaan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Hutchinson bagi mempromosikan jenama TRI iaitu pembekal telefon mudah alih di Indonesia. Tajaan itu ialah untuk kunjungan United ke Asia. Selain itu, beberapa pemain The Red Devils termasuk Rio Ferdinand telah mempromosikan jenama TRI di Indonesia.

9.  Telekom Malaysia Bhd. (Malaysia)
Kelab: Manchester United, Britain
Tempoh: 5 tahun (2010)

Dengan kerjasama ini, Telekom Malaysia mendapat lesen untuk menjual produk dengan menggunakan jenama Manchester United, sekaligus menggunakan imej kelab MU. Bagi TM, kerjasama ini bertujuan untuk menarik peminat MU yang begitu ramai di Malaysia.

10. Singha Beer (Thailand)
Kelab: Manchester United, Britain
Tempoh: 3 Tahun (2010)

Kedua-dua pihak keberatan mendedahkan nilai tajaan atas persetujuan bersama. Namun yang pasti, bir jenama Singha boleh didapati di Stadium Old Trafford, milik Manchester United.  Jenama Singha juga dipaparkan di gerai-gerai media MU.