Tablet Dan Telefon? – Samsung Galaxy Tab 7 Plus

Dimensi: 193.7 x 122.4 x 9.9 mm
Prosessor: Dwi-teras 1.2 GHz
Skrin: 7 inci
Storan: 16 GB + microSD sehingga 64GB
Berat: 345 grams

Nilai : 9/10
Ciri-ciri : 8/10
Prestasi : 8/10
Rekabentuk : 8/10
Penggunaan : 9/10

Hasil Ujian: Kemaskini Tab asli bagus sekali.

Sebab Mtech Suka Produk ini: Tablet ke telefon ni?

Keseluruhan: 8.4/10

Banyak tablet telah diperkenalkan sejak akhir-akhir ini. Malaysia tidak ketinggalan untuk mengalu-alukan kedatangan cara baru pengkomputeran ini. Di sini dua tablet melonjakkan kegillana tablet — Apple iPad dan Samsung Galaxy Tab. Tab mengubah cara pengguna di Malaysia melihat kegunaan tablet kerana ianya tidak hanya boleh digunakan untuk membaca internet atau menonton video — malahan ianya boleh membuat panggilan telefon! Kini Samsung telah mengeluarkan model yang telah dikemaskinikan — Galaxy Tab 7 Plus.

Kalau hendak dikatakan reka bentuknya unik, tidak juga. Ianya mirip dengan Galaxy Tab 10.1 — sebenarnya ia nampak macam 10.1 dikecutkan ke saiz tujuh inci. Warna belakang yang putih, kaca hadapan tanpa butang dan binaan yang bagus adalah ciri-ciri yang sama dengan keluarga tablet Samsung. Nyalakan tablet ini dan anda akan lihat ianya menggunakan sistem operasi Android 3.2 Honeycomb. Seterusnya, anda akan lihat ikon telefon di home screen. Ye, Tab 7 Plus masih boleh menjadi telefon anda. Lebih menakjubkan, kali ini anda boleh meletakkan Tab ini ke telinga anda, seperti telefon biasa! (Nampak pelik la).

Tablet ini menggunakan prosessor dwi-teras 1.2GHz jadi apa sahaja yang anda lakukan akan berlaku dengan pantas. Kami meleret di skrin untuk menukar home screen dan ianya bertukar dengan pantas, tanpa kelewatan, dibandingkan jika menggunakan prosessor yang kurang berkuasa. Kami suka.

Kerana tablet ini menggunakan Honeycomb. Pengalaman penggunaannya berbeza dengan tablet yang menggunakan Gingerbread misalannya. Menggunakan Tab 7 Plus dengan satu tangan pada masa yang sama selsesa dan tidak selesa. Tidak selesa kerana ibu jari anda tidak boleh menyentuh dengan senang apa yang ada di skrin, dan juga cara pegangnya berbesa dengan tablet yang lain kerana ianya nipis. Selesa kerana beratnya cukup ringan, sesuai untuk kegunaan satu tangan.

Perisian ujian Quadrant menjadi pilihan kami untuk melihat keupayaan Tab 7 Plus ini. Markah yang diperolehi oleh tablet ini ialah 3545 markah, menakjubkan — terima kasih kerana prosessor dwi-terasnya.

Satu benda yang kami tidak suka dengan Tab 7 Plus ialah ianya senang dikotorkan oleh cap jari — di depan dan belakang tablet ini. Rasanya pegang sedikit pun anda rasa lagi teruk kotornya — macam adegan jenayah di dalam cerita CSI.

Jadi kalau anda boleh hidup dengan tablet yang memerlukan kain pengelap, Samsung Galaxy Tab 7 Plus cocok dengan anda.