TAKAFUL MALAYSIA TAWAR LEBIH 15 PERATUS REBAT TIADA TUNTUTAN

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pelanggan Syarikat Takaful Malaysia Bhd

yang membeli Takaful myMortgage akan menikmati Rebat Tiada Tuntutan (NCR) 15

peratus daripada jumlah sumbangan di bawah Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang

(LTHT) jika mereka tidak membuat apa-apa tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

"Tahun ini kami menawarkan tambahan NCR lima peratus di samping NCR 15

peratus untuk produk bukan kenderaan yang termasuk LTHT menjadikan sejumlah 20

peratus NCR untuk dinikmati oleh pelanggan yang layak dengan sijil berakhir

2013," kata pengarah urusan kumpulan, Datuk Mohamed Hassan Kamil, dalam satu

kenyataan di sini hari ini.

"Kami adalah pengendali Takaful tunggal dalam industri ini untuk membayar

NCR secara konsisten sepanjang 25 tahun," kata beliau.

Takaful Malaysia hari ini menyampaikan hadiah bernilai lebih RM100,000

kepada 23 pemenang bagi cabutan pertama Kempen 2013 Bahagian Pinjaman Perumahan

Perbendaharaan Malaysia (BPP).

Takaful Malaysia adalah ahli panel penginsurans bagi BPP.

-- BERNAMA

SPSA MAS NN NHZ

Loading...